Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Monday, 25 May 2015

Baju "Den Abah Kau" KJ Curi Perhatian Pengunjung FBP 2015

KUALA LUMPUR: Seperti biasa, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan tampil dengan gaya selamba yang menarik perhatian ramai orang.

Bersempena Festival Belia Putrajaya (FBP) 2015, beliau menunjukkan kehebatannya bermain skateboard untuk mendekatkan diri dengan pengunjung.

Bukan itu sahaja, gaya sempoi dan selamba dengan mengenakan t-shirt dan jeans juga dilihat mesra dengan penampilan dan fesyen anak muda masa kini.

Bukan selalu kita dapat lihat seorang menteri dan pemimpin politik bergaya begini.

Disebabkan caranya santai itu, rata-rata pengguna media sosial memuji gayanya yang digunakan oleh beliau kerana jarang dilakukan oleh para pemimpin lain terutamanya ahli politik lain yang sebelumnya juga menjadi Menteri Belia dan Sukan.

Antara pujian-pujian pengguna media sosial

"He is the Minister for Malaysian Youth, who organises the festival we went to yesterday. He is also an Oxford graduate"

"Menteri paling berjiwa belia. nasib die xbuat kickflip skateboard tu."

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Thursday, 14 May 2015

Susulan Permainan Video: Jangan Hina Arwah Ayah Saya - Ahmad Maslan

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan tidak merasa hairan dengan permainan video android yang "dibintangi" olehnya sebagai zombie tapi beliau lebih menekankan pencipta permainan terbabit tidak tahu nama sebenar beliau.

"Ya, saya tahu tentang(permainan) itu. Saya mahu mengulangi yang Maslan bukan nama saya".

"Nama saya Ahmad bin Maslan. Mereka tu tak kenal pun saya. Main bantai saja"

Selain itu, Ahmad juga turut memuat naik satu tweet di Twitter berkenaan perkara itu :

Sebelum ini, permainan video Maslan 3.85 Extended version telah menjadi bualan pengguna internet Malaysia kerana permainan ini mendatangkan Ahmad Maslan sebagai bintang utama permainan tersebut sebagai zombie.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tuesday, 12 May 2015

Wanita Tercirit Dalam Kelab, Orang Ramai Keluar Menyelamatkan Diri

Terkini, viral di media sosial dan blog beberapa keping gambar kekecohan yang berlaku di sebuah kelab berikutan seorang wanita telah 'tercirit' ketika dalam kelab berkenaan.

Tidak tahulah apa punca sehingga menyebabkan wanita berkenaan tercirit tetapi orang ramai kelihatan keluar dari premis berkenaan.

Bagaimanapun menurut cerita yang tersebar, antaranya menerusi The Hype Media, kejadian itu berpunca daripada angkara bekas kekasih wanita itu yang mana telah memasukkan sejenis ubat ke dalam minuman. Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa dan terus meminum air minuman tersebut sehingga dia tercirit.

Tindakan itu dilakukan oleh bekas teman wanita itu kerana berang akan tindakan mangsa yang bermain kayu tiga.

Namun itu hanyalah cerita yang tersebar dan Siakapkeli tidak dapat mengesahkan kesahihan cerita tersebut.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Saturday, 9 May 2015

Nak Beli Tilam Tapi Kena Bongak Peniaga Online

Seorang pengguna Facebook menghubungi kami dan meminta tolong untuk menyebarkan penipuan yang dibuat oleh seorang peniaga online.

Difahamkan, rakan pengadu telah membuat pembayaran bagi tilam yang diingini, namun apabila mangsa meminta 'tracking number', peniaga berkenaan memberikan pelbagai alasan yang tidak masuk akal.

Assalamualaikum, nak minta tolong viralkan kes ini. Kawan saya ada order tilam untuk baby di Facebook 'Kasih Qaysia. Biasanya, sebelum dia order, dia akan tengok dulu feedback customers di page peniaga itu. Tetapi sebab dia dah nak cepat-cepat belikan hadiah untuk kawan kitorang, dia terus order je dan terus buat pembayaran. Selepas membuat pembayaran, dia minta 'tracking number' dari peniaga online itu dan pelbagai alasan yang telah diberikan.

Bukan setakat itu sahaja, peniaga terbabit juga telah block FB mangsa dari terus menghubunginya menyebabkan mangsa meminta pertolongan dari rakannya (pengadu) untuk mencari Facebook dan dapatkan nombor telefon peniaga itu untuk tindakan selanjutnya.

Selepas dapat nombor telefon peniaga tu, kawan saya cuba WhatsApp, tetapi di 'blocked'. Bila kawan saya call, dia letak. Dia ada sms kawan saya kata nak kembalikan semula duit itu dan kawan saya suruh bank in semalam. Tetapi dia berikan alasan lagi ada saudaranya meninggal dan tidak dapat menunaikan permintaan kawan saya.

Menurut pengadu, rakannya cuba menghubungi peniaga berkenaan tetapi tidak dapat dihubungi dan dipercayai telah mematikan telefon bimbitnya.

Bukan nak aibkan dia ke apa, tetapi nak suruh semua berhati-hati. Ini saya sertakan gambar perbualan dan maklumat penipu ini.

Kepada peniaga penipu berkenaan, semoga Allah turunkan hidayah dan anda terbuka hati untuk membayar balik duit kawan saya. Duit haram tu, dan doa orang teraniaya insha Allah dimakbulkan.

Inilah risiko yang harus dihadapi jika berjual beli barangan secara online. Para pengguna dinasihatkan agar berhati-hati dan selidik latar belakang peniaga online sebelum membuat sebarang pembelian.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tuesday, 5 May 2015

Samseng taik kucing teruk dipukul kerana tunjuk samseng

Rakaman video seorang lelaki usia 30'an dibelasah dua lelaki tersebar di laman Facebook lewat petang hari ini.

Kejadian 'samseng' jalanan itu dirakam oleh seorang pengguna jalan raya yang dirakam melalui 'side mirror' keretanya yang menunjukkan lelaki berbaju belang biru memarahi seorang pemandu di sebelah keretanya.

Lelaki itu pada mula memarahi pemandu berkenaan yang tidak mengendahkannya.

Samseng Jalanan 'Dibelasah' - http://goo.gl/jI7kR2More: #MediaVids

Posted by My Media Hub on Tuesday, May 5, 2015

Namun, tindakan lelaki berbaju belang itu yang menendang pintu kenderaan pemandu terbabit menyebabkan rakan 'mangsa' keluar dari kereta dan terus membelasah lelaki terbabit.

Berdasarkan rakaman, lelaki yang berlagak 'samseng' itu tewas di tangan kedua-dua lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang individu yang tampil mendedahkan punca sebenar pergaduhan ketiga-tiga lelaki berkenaan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Anda Rasakan Skill Parking Kereta Teruk? Lihat Dulu Video ini

Bagi sesetengah pemandu kereta, parking adalah perkara yang paling sukar sekali untuk diselesaikan. Tidak dinafikan parking memerlukan pengalaman dan keyakinan diri yang tinggi untuk diselesaikan.

Tapi jika anda mengambil masa 30 saat untuk parking kereta anda, dan merasakan ianya satu pencapaian yang teruk, anda perlu melihat video 3 minit ini terlebih dahulu.

Keep calm, its only car parking!!

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Sayu. Laman Web Rasmi Ahmad Maslan Di Hack, Papar Surat Untuk Najib

Kuala Lumpur, 5 Mei - Laman web rasmi Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, ahmadmaslan.com telah digodam oleh penggodam yang menamakan diri mereka sebagai kumpulan penggodam terkenal "Anonymous".

Di laman web terbabit, kelihatan beberapa rangkap perkataan yang digunakan oleh Anonyous seperti "We are anonymous", "We are legion", "We do not forgive" dan "Expect us" selain dari perkataan "Suara Rakyat".

Walaupun laman web itu dimiliki oleh Datuk Ahmad Maslan, satu surat yang digodam masuk ke dalam laman web itu dikhususkan untuk Perdana Menteri, Najib Razak dengan tajuk Surat Layang.

Antara isi surat layang terbabit termasuklah isu GST, 1MDB, POTA dan juga gesaan supaya Najib Razak mengundur diri.

Selain dari surat layang terbabit, laman web itu turut disertakan dengan animasi dan juga muzik yang biasa di dengar dari filem. Satu ruangan komen facebook juga turut di letakkan di dalam laman web terbabit yang kini sudah mengandungi lebih dari 60 komen.

Kaedah penggodaman ini dikenali sebagai "defaced" dimana teknik ini memerlukan si penggodam memasuki server dan mengubah kod di dalam fail mangsa.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Monday, 4 May 2015

Gelagat ahli Familia Myvi Club ketakutan buang sticker di kereta amat mengelikan hati rakyat Malaysia

Ahli Familia Myvi Club membuang sticker pada Myvi mereka bagi mengelakan di kesan menurut sumber yang boleh dipercayai, ahli-ahli Familia Myvi Club (FMC) kini ketakutan dan cuba membuang sticker kumpulan terbabit.

Ramai yang berpendapat, sekiranya mereka di pihak yang benar, kenapa perlu lari ? Sekiranya tidak berlumba, kenapa pandu laju ? Dan pastinya kualiti Pajero lebih baik jika dibandingkan Myvi milik mereka itu.

Apapun, jom kita lihat gelagat ahli Familia Myvi Club yang cuba untuk membuang sticker kerana khuatir dengan kecaman satu Malaysia terhadap mereka.

Rancak membuang sticker

Sticker sudah di buang

Apa-apa pun biar lah pihak berkuasa menyiasat perkara ini supaya mereka yang betul betul bersalah di hadapkan ke muka pengadilan dan perkara ini diharap memberi pengajaran buat semua.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Friday, 1 May 2015

Najib minta Mat Maslan diam!!

Cakap banyak Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan tentang kad isian semula telefon prabayar sehingga menyebabkan beliau diminta diam oleh Najib.

“Shabery Cheek Please take charge of the topup issue. Mulai sekarang, sebarang pengumuman kepada rakyat hanya boleh dibuat oleh menteri KKMM saja,” kata Najib melalui laman Facebook dan Twitter.

“Ya, beliau sudah bagi arahan dan kita akur pada arahan itu. Sebelum ini beliau tak bagi arahan itu.

“Saya akur pada perdana menteri dan saya tak lagi bercakap apa-apa tentang isian semula (prabayar) ini,” kata Mat Maslan.

Kata Mat Maslan putar alam sebelum itu.

“Saya tak pernah kata isian semula tiada GST. Ini kerana saya dah bercakap tentang isian semula dan GST ini sejak setahun setengah yang lalu,” katanya.

Mat Maslan juga memberi penjelasan di akaun Twitter beliau dengan menyertakan keratan kenyataan sebelum ini.

Ini yang menyebabkan Mat Maslan dibalun orang ramai dan diarahkan diam kerana sentiasa menyebut “maka harga tidak berubah”, “maka harga sama”.

Realiti hari ini orang ramai terpaksa menambah duit mereka untuk membeli kad tambah nilai prabayar sedangkan Mat Maslan masih bercakap harga tak berubah!!

Elok Najib suruh beliau diam terus dari menyatakan semua perkara tentang GST. Itu lebih aman!!

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Najib di booooo ketika sebut GST pada sambutan Hari Pekerja di Kuching

Datuk Seri Najib Razak menerima ejekan dari beberapa orang yang hadir ketika sambutan Hari Pekerja peringkat kebangsaan yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching, Sarawak hari ini ketika beliau mengatakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak diperkenalkan untuk membebankan rakyat.

Suara itu datang dari sekumpulan pekerja yang berada di belakang dewan di mana majlis itu diadakan, yang dipercayai tidak senang dengan pengenalan cukai 6% itu yang dilaksanakan kerajaan sejak 1 April.

Terdahulu, perdana menteri berkata, kerajaan kerajaan boleh mempertimbangkan untuk menggunakan sebahagian dari hasil kutipan GST bagi menambah gaji pekerja sektor awam.

Meneruskan ucapannya, Najib menerangkan, beban yang dialami rakyat ketika ini ialah akibat aktiviti mengaut keuntungan berlebihan oleh peniaga tidak bertanggungjawab atau pencatutan.

Beliau menyeru pihak berkuasa yang berkaitan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam pencatutan dan peniaga yang tidak berhati perut yang memanipulasi GST untuk poket mereka sendiri.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya menerima tepukan gemuruh apabila bercakap mengenai keputusan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menghapuskan tol di dua jambatan dan menurunkan tarif elektrik bagi pengguna komersial dan industri di Sarawak.

Rabu lepas, Adenan berkata, kadar baru itu akan melibatkan separuh daripada 85,200 pengguna komersial, atau kira-kira 46,000 rumah kedai, kedai runcit dan blok perdagangan, menikmati pengurangan tarif antara 15% dan 50% manakala 36% lagi, atau 30,500, akan menikmati pengurangan antara 8% dan 11%.

Hadirin kira-kira seramai 5,000 orang itu bersorak dan bertepuk dengan kuat.

Najib berkata, keputusan Adenan itu satu contoh jelas menggambarkan Barisan Nasional, iaitu kerajaan yang penyayang.

"Kami benar-benar mahu meningkatkan kebajikan pekerja, termasuk yang di sektor awam," katanya.

Oleh itu, katanya, Cuepacs tidak perlu bimbang kerana beliau "responsif kepada tuntutan Cuepacs", merujuk kepada permintaan kenaikan gaji sebanyak 35% bagi penjawat awam yang berpendapatan rendah, bagi menampung kos sara hidup yang meningkat.

Perdana menteri pada sambutan itu juga memberitahu mengenai cadangan untuk satu skim faedah pengangguran negara bagi menyediakan jaminan kewangan untuk mereka yang hilang pekerjaan.

Walaupun enggan mengulas lanjut lagi, Najib berkata beliau boleh menyatakan di bawah skim itu, pekerja yang diberhentikan boleh mendapat perlindungan kewangan sehingga enam bulan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Thursday, 30 April 2015

Selamat hari lahir untuk Mat Maslan. Semoga terus sihat untuk menceriakan rakyat Malaysia dengan lawak GST

Selamat hari lahir yang ke-49 untuk Datuk Mat Maslan dan ini ucapan ‘hadiah’ hari lahir daripada Tun Mahathir yang boleh diingatinya.

“Saya tak tahu apa yang dia cakap. Dia jaga kewangan tetapi dia tak tahu apa-apa tentang kewangan.”

Mat Maslan mempertahankan dirinya semalam.

“(Pembangkang mainkan isu GST) kerana mereka takut pada saya.”

“Kalau Tun Dr Mahathir, Dr Asri dan Dr Agus tahu tentang GST ini menurunkan cukai rakyat, saya kira mereka setuju dengan GST.

“Oleh kerana itu saya ingin mengesyorkan Dr Agus dan Dr Asri belajar lebih lanjut tentang GST sebelum nak kata saya bodoh dan sebagainya.

“Saya juga syorkan Tun Mahathir diceritakan yang benar jangan tidak benar, kesian orang tua tu,” kata Mat Maslan dipetik Malaysiakini.

Sekali lagi ucapan hari lahir untuk beliau, semoga berbahagia dengan lawak GSTnya…

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Kisah Najib yang bijaksana... (rugi kalau tak baca)

Satu hari Najib bertanya kpd Tun M, "Tun, macam mana ya Tun mentadbir negara dan kerajaan dgn sangat efisien dan cemerlang? Ada apa2 tips atau formula Tun boleh bagi kat saya?".

Tun pun menjawab, "Perkara yang paling penting...yang amat2 penting sekali ialah sebagai seorang PM, kita mestilah dikelilingi oleh orang2 yang bijak dan pintar".

Najib ternganga, kemudian bertanya, "Tapi macamana nak tahu orang yg berada di sekeliling kita itu benar2 bijak dan pintar?"

Tun menghirup kopi kemudian berkata, "Oh, itu senang saja.. hanya tanyakan mereka satu soalan teka-teki, dan minta mereka menjawabnya dengan tepat".

Tun menekan butang intercom. "Minta Tun Daim masuk ke bilik saya sekarang, thank you". Tun Daim berjalan masuk ke dalam bilik dan berkata, "Ye Tun?"

Tun M tersenyum dan berkata, "Tolong jawab soalan aku ini, Daim..ibu dan ayah kamu ada seorang anak. Dia bukan abang kamu dan bukan juga kakak kamu..dan bukan juga adik kamu..siapakah dia?"

Dengan pantas Tun Daim menjawab, "Jawapannya 'dia' itu sudah pasti saya, Tun". "Yaa! Sangat baguss..tepat sekali jawapannya kau memang bijak Daim ", kata Tun M.

Najib pun balik ke pejabatnya lalu memanggil Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan. Najib kemudian menanyakan soalan yg sama kpd Ahmad Maslan. "Ko jawab soalan aku ni ...ibu dan ayah kamu ada seorang anak. Dia bukan abang dan juga bukan kakak kamu. Adik kamu pun bukan. Siapakah dia?".

"Saya tak pasti, boss". Kata Ahmad Maslan. "Boss bagi saya masa kejap saya nak pikir." Ahmad Maslan pun terus pergi menemui penasihat2 dan SU2 nya, tapi seorang pun tak dapat memberikan jawapan.

Akhirnya ketika berada di dalam tandas, dia terdengar suara orang menyanyi dari dalam tandas sebelah dan dia sangat kenal suara tersebut. Itu suara Lim Guang Eng. Ahmad Maslan cuba untuk tidak bertanya kpd Lim Guang Eng krn mereka adalah musuh politik.

Tetapi kerana terdesak, Ahmad Maslan pun bertanya juga pada Lim Guang Eng. "Lim, boleh tak awak tolong jawab soalan ni untuk saya..ibu dan ayah awak ada seorang anak dan dia bukan abang atau kakak awak..adik awak pun bukan. Siapakah dia?".

Lim menjawab separuh berteriak , "Senang je tu..jawapannya dia itu ialah saya". Ahmad Maslan tersenyum lebar , dan berkata , "Terima kasih Lim !"

Kemudian diapun bergegas pergi ke pejabat Najib. "Bos, saya dah buat sedikit kajian dan research dan saya dah tahu jawapan teka teki bos tu..", kata Ahmad Maslan sambil tersenyum. "Ok, kalau macam tu, apa jawapannya? Siapakah dia?" tanya Najib.

Ahmad Maslan dengan bangganya menjawab, "Bukan abang dan bukan kakak saya dan juga bukan adik saya...dia ialah Lim Guan Eng, bos!"

Najib bangun lalu menendang Ahmad Maslan..dan dengan sangat marah dia menjerit, "Bodoh! Bahalol! Bangang! Jawapan kau tu salah, bodoh! Soalan senang macam tu pun tak boleh jawab! Bodoh!".

Kemudian Ahmad Maslan bertanya, "Bos, kalau bukan Lim Guang Eng, apa jawapan yang sebetulnya bos?"

Lalu dengan kompidennya Najib menjawab, "Jawapannya ialah Tun Daim la, bodoh..."

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Wednesday, 29 April 2015

Mawar Rashid, Gadis Cun Melecun Mohon Maaf Tidak Tahu Apa Itu GST

Baru-baru ini kecoh mengenai cerita peserta Dewi Remaja, Mawar Rashid yang gagal menjawab soalan mengenai maksud sebenar GST yang sedang rancang diperkatakan sekarang. Berpunca daripada perkara tersebut, Mawar diserang teruk oleh aktivis internat atau keyboard warrior.

Sehubungan itu, Mawar memuatnaik gambar di Instagram miliknya sambil memohon maaf di atas kesilapannya itu kerana tidak peka isu semasa dan dalam masa yang sama akan berusaha untuk memperbaiki dirinya.

“Maksud GST is goods and services tax yangg menggantikan (sst) sales and services tax. Mawar mintak maaf pada semua sebab Mawar kurang peka tentang isu ekonomi negara”

“Pelajaran & assigments serta aktiviti Mawar yang padat setiap hari telah membuat Mawar lalai tentang perkembangan isu semasa. Mawar apologise once again dan ambil setiap kritikan dan teguran untuk improve diri Mawar to b a better person,” jelasnya di Instagram.

Apa yang lebih menyedihkan ialah terdapat komen-komen yang menggambarkan bahawa kesalahan Mawar tidak tahu mengenai maksud GST itu sebagai kesalahan besar dan tidak boleh dimaafkan. Malah ada yang berbangga dan mengaku lebih bijak daripada Mawar hanya kerana mereka mempunyai sekeping ijazah. Seriously?

Tapi dari apa yang kami lihat, Mawar bagaikan sudah lali dengan tohmahan dan tidak mengendahkan pelbagai lagi cemuhan kasar yang dilemparkan kepadanya. Bagus juga Mawar jika sudah kalis kontroversi awal-awal begini, senang mahu hadapi masalah gosip apabila sudah terkenal nanti.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Keperihatinan YB BN terlondeh di Rompin!!

Edisi ‘ambil berat’ musim pilihan raya.

Kalau semasa atau sejurus selepas kejadian kebakaran tak ada yang ingin membantu. Namun apabila musim raya pilihan raya, indeks KPI keperihatian YB meningkat begitu mendadak walaupun tak pernah dihiraukan sebelum ini. Mulalah ‘page’ penyokong YB menjadi tukang kipas.

Namun apakan daya ‘keperihatinan’ YB terlondeh dengan komen ini.

Barangkali pak cik menangis mengenangkan selepas pilihan raya rumah pak cik tetap beratapkan langit lagi!!

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'LUPAKANLAH KESALAHAN NAJIB' - UNCLE SAMY VELLU

Bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu berkata, Datuk Seri Najib Razak merupakan perdana menteri yang dapat memahami kesusahan golongan tidak berkemampuan.

Beliau berkata demikian bagi mempertahankan Najib, yang kini menjadi sasaran serangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Najib... ada hati perut, dia memahami orang miskin,” kata Samy kepada pemberita.

Samy juga berkata, Najib mudah didekati dan tidak seperti yang didakwa oleh Mahathir.

"Jika saya ambil telefon untuk panggil perdana menteri (dan bertanya) 'boleh saya bertemu pada jam 6?,' dia akan akan 'datanglah segera'. Itulah Najib,” kata Samy.

Oleh itu beliau menggesa agar Mahathir menghentikan serangan tersebut dan mengadakan pertemuan dengan Najib untuk membincangkan isu yang dibangkitkan secara tertutup.

"Jika kita ada apa-apa (yang tidak disenangi), kita patut pergi bercakap secara bersemuka. Bukan menyerang satu sama lain.

"Ini bukan hanya akan melemahkan BN tapi juga semua termasuk Umno, MCA, MIC dan semua yang lain,” katanya.

Bekas menteri kerja raya itu juga meminta rakyat menghargai usaha yang dijalankan Najib dan melupakan kesalahan yang dilakukan perdana menteri.

“Setiap orang membuat kesilapan di sana sini. Perkara yang terbaik, lupakanlah dan berusaha memperbaiki keadaan demi negara,” kata Samy.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Mat Maslan Kena 'Warning' Berhenti Cerabih Pasal GST - Sumber

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan difahamkan telah diberi amaran untuk tidak terlalu menekankan isu cukai barang dan perkhidmatan (GST) sepanjang minggu kempen pada pilihan raya kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh sebelum hari pengundian Mei depan.

Menurut sumber dalaman UMNO, Ahmad juga diminta tidak bercakap isu GST terutama di Rompin yang memungkinkan kejatuhan majoriti di kawasan berkenaan.

"Ada kepimpinan tertinggi UMNO warning Ahmad Maslan mengenai kelantangannya dalam isu GST. Ia memungkinkan majoriti undi di Rompin berkurang dan kegagalan menawan Permatang Pauh.

"Usahanya bagus namun kenyataannya sering dimanipulasi pembangkang sehingga menyebabkan banyak isu yang ditimbulkannya kena semula kesannya kepada parti," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini Ahmad dilaporkan berkata tidak memerlukan pentas pembangkang untuk memberi penerangan tentang GST.

Dia menjelaskan tidak perlu baginya menerima jemputan sebagai ahli panel forum GST daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang kerana pembangkang terang-terang menafikan kebaikan sistem itu.

Sementara itu seorang lagi sumber dalaman UMNO menjelaskan, Ahmad diharap tidak menggunakan isu GST semasa berkempen terutama di Rompin.

"Mungkin dia di 'cold storage' sekejap tetapi ia hanya dalam isu GST sahaja.

"Ada betulnya amaran yang diterima Ahmad, jika diteruskan hanya memberi kesan negatif kepada parti, faktor Ahmad Maslah boleh turunkan," katanya.

Sebelum ini, ahli akademik Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof dan mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyindir Ahmad yang membuat kenyataan memperkecilkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu GST.

Bagaimanapun, Ahmad di dalam blognya berkata tidak akan berhenti bercakap mengenai isu itu selain menjelaskan hanya memberi kemenangan kepada pembangkang seandainya menuruti gesaan berkenaan.

Pada Selasa, Ahmad di dalam laman Tweetnya menyifatkan kesalahan bukan pada GST namun peniaga yang menyokong pembangkang dan menaikkan harga barang.

Ahmad sebelum ini turut dilaporkan berkata, rakyat kini mula sedar pelaksanaan GST yang mendatangkan lebih kebaikan daripada sistem cukai kepenggunaan yang lain termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan sejak tahun 1972 dan 1975.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tuesday, 21 April 2015

Lagu ABCD GST yang semakin popular [Video]

Klik video berdurasi 35 saat dimuat naik di Youtube yang menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan menyanyikan lagu GST dengan lirik tersendiri sambil menyindir PM, Najib Razak.

Dengan berpakaian sekolah sambil menyanyikan lagu tersebut yang mengutuk pelaksanaan GST.

Lagu tersebut menggunakan irama lagu kanak-kanak, ‘Baa Baa Black Sheep’ dengan lirik, “ABCD, GST harga semua naik tinggi.Gaji pun tak naik lagi, kena makan maggi mee. ABCDGST, Najib tipu rakyat lagi”.

Lagu tersebut juga mengikut rentak lagu GST di bawah.

Persoalannya patutkah ibu bapa eksploitasi anak-anak dalam perkara sedemikian?

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'ABDUL RANI UGUT TUMBUK SESIAPA HINA & KRITIK NAJIB' - INFO PALSU

Nama Abdul Rani Kulup Abdullah, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) trending di laman Facebook ekoran dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap pihak yang menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut kenyataan tersebut, Abdul Rani Kulup mengugut mahu menutup mereka yang berani menghina dan mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dakwaan itu dibuat berdasarkan kenyataan beliau dimuat naik di laman Facebook pada 9 April yang lalu seperti di bawah,

Salam jemaah2 Ayah///
Petang tadi Mydin telah mengaturkan petemuan ayah dgn Tun M dibalai raya..Ayah menasihatkan Tun jangan sesekali campur tangan dalam urusan Amirul Mukminin Dato Sri Najib Ibnu Razak..Barang siapa yang cuba mengkritik atau menghina Wali Melayu Dato Sri Najib jangan tanya kenapa penumbok ayah sampai dari belakang..Ayah dan juga ahli berbai'ah akan tetap setia menjunjung kasih kebawah pimpinan Wali Melayu Dato Sri Najib..Hidup Melayu

Kenyataan ugutan itu bagaimanapun dilabelkan sebagai cabaran dan tampil seorang individu bernama Kris Iskandar menyahut cabarannya.

Kris Iskandar yang mengelarkan dirinya 'Kris Iskandar Sik (tak) Kulup' menyahut cabarannya dan mahu menumbuk lelaki itu di depan pejabat Perdana Menteri. Dan kenyataan lelaki terbabit diwar-warkan di kebanyakkan page berasaskan negeri Sarawak yang menyatakan sokongan terhadap lelaki terbabit.

"Cabaran diterima. Orang Sarawak ini mahu tumbuk awak di depan pejabat perdana menteri,"

Akibatnya, ramai yang melemparkan kata-kata kesat dan kritikan terhadap Abdul Rani Kulup.

Bagaimanapun, kenyataan itu sebenarnya bukan dikeluarkan oleh Presiden MJMM. Sebaliknya dikeluarkan oleh pengendali laman Facebook 'Abdul Rani Kulup Fan' yang diwujudkan untuk tujuan membahankan Presiden MJMM.

Tindakan tidak bertanggungjawab individu yang mengeluarkan kenyataan itu telah mencemarkan imej Abdul Rani Kulup dan sekali gus menimbulkan persepsi yang negatif di kalangan rakyat Sarawak.

Entah berapa banyak pahala yang Abdul Rani Kulup dapat untuk dua tiga hari ini akibat dimaki tanpa usul periksa.

Untuk pengetahuan umum, beliau juga adalah seorang pemain dram bagi sebuah kumpulan kugiran bernama Sometimes Group yang mendendangkan lagu-lagu 80'an.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Punca pelacur mati dibunuh kerana komplen bau badan pelanggan busuk terjawap

JAKARTA - Gara-gara ditegur badan berbau, seorang wanita muda mati dibunuh oleh lelaki yang berang dengan keceluparan mulutnya ketika memberikan 'perkhidmatan' kepada pelanggan terakhirnya itu.

Tertuduh, Prio Santoso, 24, tidak berpuas hati dengan mangsa, Deudeuh Alfisahrin, 26, yang bekerja sebagai 'pela-cur' enggan melakukan hubungan s-eks dengannya dalam tempoh yang lama.

Menurut Prio, kali pertama dia melanggan mangsa adalah pada Mac lalu yang dikenali melalui laman Twitter sebelum bertemu muka di rumahnya.

Pada waktu itu, mangsa meminta lelaki itu melakukan hubungan s-eks dengan cepat kerana lelaki itu merupakan pelanggan wanita itu yang terakhir.

"Walaupun Deudeuh seorang wanita yang cantik, tetapi saya tidak berpuas hati dengan layanannya dan merancang untuk melanggannya smeula," kata Prio.

Prio sekali lagi melanggan perkhidmatan mangsa pada Jumaat lalu dan kali ini, perkhidmatan yang diberikan oleh mangsa jauh lebih buruk.

Lelaki itu berang apabila janda anak satu itu sekali lagi menggesanya melakukan hubungan s-eks dengan cepat. Ditambah pula mangsa mengutuk kulitnya yang hitam serta badannya berbau.

Tindakan mulut mangsa yang celupar itu menyebabkan lelaki itu berang dan menjerut leher mangsa dengan kain sehingga mati sebelum melarikan diri.

Prio ditangkap oleh pihak berkuasa pada Rabu lalu ketika sedang tidur bersama dengan isterinya di rumah mereka.