Thursday, 21 May 2015

Kisah sayu Ibu bersalin kehilangan darah 15 Liter beri pengajaran kepada Doktor ini

Kisah ini dikongsikan oleh Doktor Mohd Syamirulah Rahim ketika bertugas merawat ibu yang baru bersalin. Semoga menjadi iktibar kepada kita semua tentang betapa pentingnya kita terutama ibu bapa mengambil tindakan yang betul sebelum "nasi telah menjadi bubur".









KISAH BLOOD LOSS 15 LITER



Saya, meskipun dikira junior dibandingkan dengan doktor-doktor lain, alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah merasai beberapa pengalaman yang menjadi pengajaran sepanjang hayat buat diri saya.



Setiap pengalaman buruk, menimbulkan kesedaran kepada saya betapa pentingnya pencegahan serta rawatan awal, serta betapa mudahnya sesuatu yang kelihatan simple atau normal, bertukar menjadi disastrous dalam sekelip mata.



Antaranya, suka saya kongsikan sebuah pengalaman ini. Pesakit ini mengalami blood loss paling banyak sepanjang saya bertugas sebagai doktor.



Jumlah blood loss yang dialami pesakit ini, adalah 15 liter. Can you imagine, a patient with EBL 15 liter?



Some of you might ask, how is that even possible? Purata isipadu darah dalam badan seorang manusia pun sekitar 3 - 4 liter bergantung kepada saiz badan dan jantina , macam mana boleh berlaku pendarahan sampai 15 liter?



Jawapannya, pesakit ini mengalami komplikasi PPH. Post partum hemorrhage.



Saya masih ingat dengan jelas, hari kejadian ini. Ibu ini tiada masalah apa-apa, ketika mengandung, anak sulung, semasa bersalin pun tidak ada masalah yang serius.



Namun segalanya bermula apabila beliau telah selesai bersalin, namun pendarahan masih belum terhenti. Kita check habis, kalau-kalau ada luka yang tidak disedari, kalau-kalau ada cebisan uri tertinggal didalam rahim.



Rupanya pesakit ini, mengalami uterine atony. Rahimnya gagal mengecut. Rahim (uterus) adalah organ yang sangat penting, menerima salur darah secara terus dari internal iliac artery yang besar. Ia mengandungi salur darah kecil yang banyak, yang menghubungkan bayi melalui plasenta (uri).



Apabila bayi selamat dilahirkan, plasenta akan tertanggal. Hanya selepas plasenta tertanggal, barulah rahim dapat mengecut, dan hanya bila rahim mengecut barulah pendarahan dari dinding rahim akan berhenti. Sebab itulah dalam protokol kita, sebaik sahaja bayi dilahirkan, plasenta mesti tertanggal dalam tempoh 20 minit.



Kita tidak benarkan plasenta tinggal lebih lama dalam rahim, sebagaimana yang puak-puak "natural birth" hasutkan. Contoh macam kes kematian homebirth 2013 lalu, keterangan doula tu sendiri kata, bayi lahir pukul 11.30 tapi sampai zuhur plasenta masih belum tertanggal. Orang yang bertauliah seperti kami para doktor pasti akan terperanjat, "Eh gila apa biar plasenta sampai tiga jam, of course uterus tak well contracted!"



Baaaaaanyak sebab lain rahim tidak dapat contract. Tertinggal cebisan plasenta pun, menyebabkan rahim gagal mengecut, sekaligus menyebabkan pendarahan. Sebab itu kami dilatih, untuk memeriksa plasenta (uri) dengan lengkap. Setiap lapisan, setiap ketulan perlu diperiksa. Saya pernah dimarahi pakar ketika HO hanya kerana tergagap-gagap tak konfiden ketika periksa uri pesakit lengkap atau tidak.



Adakalanya kita dah rule out semua perkara - tetapi tetap masih rahim ibu tidak mengecut. Itu yang terjadi kepada pesakit saya pada hari tersebut. Kita buat bedside ultrasound, memang tak ada placenta retained. Houseman disuruh bukak balik plastik mengandungi plasenta, check balik kalau2 ada membrane tertinggal, cord dsb. Kita massage uterus tak henti-henti, kita buat nipple rub, semuanya tak menjadi.



Ketika itu, sudah dua jam postpartum, blood loss sudah mencecah 2 liter. Red alert diaktifkan, pesakit ditolak masuk ke bilik bedah dengan segera. Pakar datang, ketua jabatan datang. Jam pukul 4 pagi ketika itu. Bakri balloon dicuba, tetap masih bleeding tak berhenti. Kita request transfusi darah emergency untuk pesakit. Sambil darah ditransfuse, bleeding masih ongoing. Sebab itulah EBL boleh sampai mencecah 15 liter!



Hinggalah akhirnya, pesakit develop keadaan pendarahan yang paling menakutkan bagi setiap doktor. Ya, pesakit mengalami DIVC. Disseminated Intravascular Coagulopathy. Anda boleh tanya makcik-makcik doula tu explain, apa benda DIVC tu, memandangkan kelihatannya mereka expert dalam bidang ini.



DIVC regime ditransfuse bertalu-talu. Laparotomy terpaksa dibuat, rahim diperiksa secara direct, B-lynch suture dibuat tapi still bleeding, internal iliac artery ligation dibuat tapi still bleeding,



akhirnya, yang tinggal hanya satu cara terakhir, last resort untuk menghentikan pendarahan dan menyelamatkan nyawa pesakit...iaitu.. hysterectomy. Rahim terpaksa dibuang.



Alhamdulillah, pesakit akhirnya selamat, dirawat didalam ICU dan akhirnya discharge. Pesakit muda, berumur 19 tahun, anak baru seorang, tapi sudah tidak boleh mengandung. Namun setidaknya kami bersyukur dapat menyelamatkan nyawa sang ibu ini, mengelakkan bayi yang baru dilahirkan menjadi yatim sekelip mata.



Gambar di bawah, adalah gambar sebenar sebahagian review pesakit ini ketika dirawat didalam ICU. Ia menunjukkan pengiraan secara total berapa paket darah/komponen darah yang kita transfuse kepada beliau.



Tujuan saya mengambil dan menyimpan gambar ini, adalah sebagai peringatan kepada diri saya sendiri, betapa sesebuah kes, boleh bertukar menjadi buruk dalam sekelip mata. Tak siapa sangka, pesakit ini yang tiada masalah ketika mengandung, ketika bersalin, boleh jadi komplikasi sebegini. Lebih penting lagi, komplikasi ini, BOLEH JADI KEPADA SESIAPA SAHAJA.



Syukur alhamdulillah, ibu ini tidak membuat keputusan melulu selfish hendak homebirth dsb. Allah menggerakkan hati beliau untuk yakin dan percaya kepada kami, dan Allah jugalah yang memandu kami, memberi ilham dalam menyelamatkan nyawanya, dan alhamdulillah, dengan izinNya jua nyawa pesakit ini dapat diselamatkan.



Puak-puak homebirth/natural birth tidak suka cerita seperti ini. Mereka lebih gemar cerita "rebellious" seperti yang saya kongsikan sebelum ini. Mereka lebih suka cerita adventure mereka. Apabila kami para doktor mendedahkan hanya sesingkap dari pengalaman harian kami, mereka akan tuduh kami guna "scare tactics". Mereka tidak tahu, "scare tactics" inilah yang kami para petugas kesihatan hadapi hari demi hari.



Akhirnya, yang menjadi mangsa adalah orang awam yang terpengaruh dengan glory story mereka. Ingatlah, yang paling penting adalah keselamatan dan nyawa.



Saya sebenarnya tidak berapa gemar berkongsi kisah peribadi ataupun keluarga di FB. Namun untuk pengetahuan, saya baru sahaja menimang cahaya mata sulung minggu lepas. Isteri saya, alhamdulillah, bersalin di hospital kerajaan, disambut oleh jururawat. Hampir nyaris terjadi komplikasi, tetapi mujurlah alhamdulillah keputusan tepat pakar dan kehadiran MO senior segera menyelamatkan kedua-dua isteri dan anak saya. Alhamdulillah kedua-dua isteri dan anak saya, discaj dengan sihat.



Kepada ibu-ibu yang sedang menanti kelahiran cahaya mata masing-masing, pilihan di tangan anda. Puak-puak doula gemar memberikan hujah "ajal maut di tangan tuhan", kerana ini cara mereka mengelak dari bertanggungjawab. Namun tuhan kurniakan kita akal fikiran, tangan dan kaki sendiri, untuk kita pilih sendiri jalan yang kita lalui.



Pilihlah jalan yang selamat, yang mematuhi kedua-dua sunnatullah dan syariatullah. Hadis kata, ikat unta dan kemudian baru bertawakal, bukannya membiarkan unta bebas "natural" sambil bertawakal lepastu unta hilang kita jawab "dah takdir Allah.."



Dan ya, I am pro choice and my daughter is fully vaxxed and I'm proud of it.









PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri











No comments:

Post a Comment