Tuesday, 12 May 2015

SOALAN CEPUMAS: 'ABANG TAK SAMAN KE KERETA TU?'







Inilah yang berlaku pada Negara kita sekarang ini. 'Peristiwa bersejarah' ini berlaku pada 11 Mei 2015, pada jam 3.00 petang.



Kenderaan yang terlibat:



JPJ 215

JPJ 217

JPJ 219



Adakah hanya kerana mereka penjawat awam mereka boleh meletakkan kereta sesuka hati? Bukan hanya kerana mereka salah dalam meletakkan kenderaan ditempat yang betul, akan tetapi mereka juga gagal dalam mempamerkan kupon letak kereta pada dashboard.



Lebih memalukan, apabila terdapat anggota polis yang sedang bertugas di kawasan tersebut lalu saya mendekatkan diri kepada pegawai tersebut dan bertanya:



Saya: salam bang tumpang tanya boleh?



Pegawai: wslm. Ye nak tanya apa, dik?



Saya: Boleh ke kalau saya nak parking tepi sini? *padahal ride motor je*



Pegawai: tak boleh dik. Tepi jalan memang tak boleh parking. Klu nak cari parking, adik boleh parking dekat 3 tempat. 1. Parking Mahkota Parade. 2. Parking Hatten 3. Parking Dataran Pahlawan.



Saya: kalau saya parking tepi jalan jugak?



Pegawai: kami akan kenakan saman kat adik kerana meletakkan kenderaan ditempat yang salah.



Saya: habis tu, 3biji kereta selamba je parking sini hampir 2jam. Saya pergi bank pukul3 balik bank pukul4.45. Abg tak saman ke kereta tu?



Pegawai: ....... Abang rasa adik tak patut cakap macam tu.



Saya: kenapa pula? Saya tengok rancak abg saman kereta kat melaka raya tadi? Yang abg saman tu manusia punya kereta. 3buah kereta ni pun manusia punya kereta. Tak boleh saman ke?



Pegawai: ..... *krik krik krik*



Saya: takpela bang, saya faham. Cuba saya nak bagitau, inilah yang dikatakan tidak amanah dalam melakukan pekerjaan.



Pegawai: *berlalu pergi ke rakan nya. dah malas nak layan lah tu*



Setelah menyeberangi zebra cross dari Hotel Hatten ke Dataran Pahlawan. Terserempak dengan seorang pegawai MBMB.



Saya: salam bang, sini memang tak boleh park kereta ke?



Pegawai: boleh tapi kene ade kupon parking kereta. Kalau tak kene saman.



Saya: ouh kire ni abang saman sebab takde kupon lah ye?



Pegawai: Yup. Kenapa? Adik punye kereta ke?



Saya: eh bukan lah. Cuma nak bagitau depan tu ade 3 buah kereta, parking ditempat yang salah. Dan tak tunjukkan kupon letak kereta. *sambil menuding jari kearah 3buah kereta milik JPJ.*



Pegawai: ouh tu tak boleh buat apa.



Saya: kenapa pulak? Yang tu pun kereta. Yang bawak kereta tu pun manusia. Sama macam yang abang saman ni. Yang ni kereta, yang bawa kereta ni pun manusia. Ke yang bawa kereta tu bukan manusia?



Pegawai: yang tu abang memang tak boleh buat ape.



Inilah yang berlaku pada negara kita. Saya bukan sultan, saya juga bukan menteri dan saya juga bukan sesiapa. Hanya seorang insan yang mencari keadilan untuk diri sendiri.



Siapa pun mereka, siapa pun kita. Jika diberikan amanah, sempurnakanlah sebaik mungkin amanah yang diberikan.



Kereta yang datang dari singapore, boleh je parking ditempat yang betul. Akan tetapi mereka? Tak malu ke dengan diri sendiri? We need a fair justice. Bukan saya nak bermain politik, tetapi saya nakkan keadilan. Kerana keadilan ini lah yang semakin pudar untuk rakyat.



Thanks government for all of the "effort" to us.



Majulah parking tepi jalan untuk negara.



Salam kiasan,

Salam 1malaysia,

Salam Melaka negeriku sayang, bandar teknologi hijau.



Kredit - Syafiq Baharudin



_____________________________________________________________



Secara logik akalnya, rakyat tahu bahawa badan beruniform seperti ini sudah tentu mempunyai 'MoU' dengan badan² beruniform yang lain dalam menjalankan tugas.



Rakyat juga faham yang mereka (JPJ) mungkin sedang menjalankan tugas di sekitar kawasan berhampiran. Namun, adalah tidak betul jika pihak yang menegakkan undang-undang dan peraturan jalan raya menunjukkan contoh yang tidak baik kepada pengguna jalan raya yang lain.



Rakyat kini bukannya seperti zaman 80'an, 90'an atau awal era tahun 2000 yang mana mereka hanya mampu memandang saja pegawai beruniform melakukan kesalahan seperti ini. Zaman ini, apa-apa saja yang salah di mata rakyat, pasti akan dimuat naik ke laman sosial.



Bagi mengelakkan perkara ini terjadi, Pegawai tertinggi JPJ patut menasihati pegawai-pegawai 'frontliner' tidak melanggar peraturan yang 'dicipta' sendiri bagi menjaga imej JPJ agar terus diyakini dan dihormati.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





No comments:

Post a Comment