Wednesday, 20 May 2015

'RAKYAT SUDAH MULA TERIMA GST. GST MENGUNTUNGKAN RAKYAT' - HASAN MALEK







KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia sudah mula menyedari bahawa pelaksanaan GST terhadap barangan tertentu tidak membebankan.



Kesimpulan itu dibuat berdasarkan jumlah aduan kenaikkan harga barangan dan penipuan semakin berkurangan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hassan Malek.



“Saya lihat rekod kita menunjukkan aduan semakin menurun. Persepsi saya ialah rakyat sudah mula memahami bahawa GST ini sebenarnya bukan menyusahkan sesiapa,” katanya selepas merasmikan pelancaran Buku ‘Coffee Table’ Hasan Malek ‘Legasi Pemimpin Berjiwa Rakyat’ di Gloria Jeans Coffee, Menara PNS, Bangsar South City pada Rabu.



Beliau berkata, 'penerimaan' rakyat itu jelas sekali menunjukkan bahawa pelaksanaan GST sebenarnya menguntungkan rakyat.



“GST ini menguntungkan rakyat,” katanya.



Menurut Hassan, penilaian aduan yang dibuat oleh KPDNKK itu menerusi pelbagai kaedah seperti, easy adu, e-aduan, mykira selain dari melalui telefon serta pusat anti percatutan.



“Semua kemudahan yang kita sediakan itu, mencatatkan penurunan, kamu semua boleh semak statistik di pejabat KPDNKK,” katanya.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





No comments:

Post a Comment