Setelah video seorang bayi didera oleh ibunya sendiri tersebar di laman sosial, tampil seorang individu memberikan sedikit penjelasan mengenai kes berkenaan.
Rashida Ahmad, meminta semua pihak bersabar terutamanya kepada golongan ibu-ibu yang marah dengan kejadian yang menimpa si kecil yang dianggarkan berusia 6 bulan pada ketika kejadian.
"Saya dah stalk (intai) Facebook pakcik bayi ini. Video itu video lama.
"Semasa kes yang pertama, ibu bayi ini memang telah disabitkan bersalah. Bayi itu sekarang dijaga oleh keluarga si ayahnya dengan baik.
"Dari apa yang saya baca, ibu bayi ini memang bermasalah, bukan ayahnya. Memang ada masalah mental sehingga menyebabkan suaminya sendiri juga melarikan diri," katanya.
Semalam, netizen dikesan menyerang Facebook wanita itu yang menggunakan nama Nadia Tiramisu.
Facebook wanita itu berjaya dikesan berdasarkan kain cadar tilam dan bantal bayi itu yang kelihatan sama.
Bagaimanapun, Nadia Tiramisu telah menyahaktifkan akaun Facebooknya ekoran diserang ramai pihak.
Video: Bayi Dicampak, Dipusing & Digoncang Kuat Laporan penuh - http://goo.gl/79aw0o More: #mediavids
Posted by My Media Hub on Sunday, 17 May 2015
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
No comments:
Post a Comment