Wednesday, 13 May 2015

PUNCA TOL UNTUK PENUNGGANG MOTOSIKAL, FITNAH!







Semalam tersebar berita kononnya kerajaan akan mempertimbangkan pengguna motosikal dikenakan tol menyebabkan ramai pemilik kenderaan jenis itu bengang dan menyatakan ketidakpuasan hati mereka di laman sosial.



Akibatnya, kerajaan sekali lagi dikecam kononnya tidak cerdik dan terlalu terdesak mencari sumber kewangan.



Namun, berita yang disebarkan oleh blogger Pahang Daily itu adalah palsu dan berniat jahat yang juga turut memfitnah Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.



Menurut sumber, pihak terbabit cuba memburukkan kerajaan dan pemimpin BN.



"Hakikat sebenar ialah, MP Kuantan dari PKR yang sebenarnya mencadangkan motosikal dikenakan TOL, namun ditolak oleh Menteri. Dah ketandusan modal nak burukkan kerajaan, sehingga sanggup kitar semula fitnah basi.



"Mohon semak Hansard Parlimen bertarikh 12 November 2013 untuk mendapat berita yang sahih dan tepat.



Kerajaan telah menetapkan bahawa kenderaan dua gandar atau dua roda (motosikal) dikecualikan dari kutipan tol berasaskan kepada Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984.



Keputusan ini ditetapkan adalah berdasarkan Akta dan Perundangan.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





No comments:

Post a Comment