“Ini konspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kementerian Kewangan untuk menjatuhkan saya,” kata Shamsubahrin.
Datuk Shamsubahrin Ismail dihukum penjara dan sebatan kerana dituduh menipu laki Sharizat, Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail yang melibatkan RM1.75 juta dan 17 pertuduhan pengubahan wang haram.
Shamsubahrin berkata dia menjadi mangsa konspirasi untuk menyelamatkan Shahrizat dan keluarganya. Dia akan membawa kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.
“Saya tidak boleh terima keputusan mahkamah berkenaan kerana beberapa sebab yang tidak diambil kira semasa perbicaraan dijalankan.
“Saya ada bukti lengkap dan surat-surat terdahulu yang mengatakan ini konspirasi untuk menyelamatkan keluarga Ketua Wanita UMNO itu serta keluarganya,” katanya dipetik Astro Awani.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
No comments:
Post a Comment