KUALA LUMPUR - Gara-gara kerap menggunakan tajuk berita yang tidak berpatutan, rakyat Kelantan meluahkan kemarahan mereka terhadap akhbar Kosmo yang dianggap cuba memalukan nama negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Rakyat Kelantan terutamanya yang tinggal di luar dari negeri itu menyeru agar saudara mara mereka di Kelantan memboikot Kosmo kerana tidak berpuas hati dengan penerbitan berita yang sudah tiga kali menyebut nama Kelantan pada tajuk berita yang melibatkan kes jenayah dan salah laku.
Kosmo menggunakan tajuk berita ‘Lelaki Kelantan diheret ke mahkamah’, ‘Lebam dicubit ustazah dari Kelantan’ dan ‘Penampar mahal lelaki Kelantan’ pada hari yang berbeza.
Rakyat Kelantan menganggap tajuk-tajuk berita itu berniat jahat, seolah-olah mahu mengambarkan orang Kelantan berperangai buruk dan tingkah laku yang pelik.
Selain itu, mereka juga menganggap Kosmo terlalu terdesak mahu melariskan jualan akhbar mereka sehingga sanggup menimbulkan persepsi negatif rakyat di negeri lain terhadap Kelantan.
Ekoran dari itu, Facebook 'Kami Seluruh Rakyat Kelantan Memboikot Akhbar Kosmo' diwujudkan bagi kempen memboikot Kosmo.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
No comments:
Post a Comment