PARIS - Seorang hartawan dari China, mencipta rekod dunia apabila membawa 6,400 kakitangannya bercuti serentak selama 4 hari ke Perancis bagi menyambut ulang tahun ke 20 syarikatnya.
Lapor Daily Mail, Pengerusi Kumpulan Tiens, Li Jinyuan, 57, yang juga tersenarai antara individu terkaya oleh majalan Forbes, memberikan kejutan istimewa dengan menempah sebanyak 4,760 bilik hotel bertaraf empat dan lima bintang di Cannes dan Monaco.
Syarikat konglomerat antarabangsa milik lelaki itu terlibat dalam perniagaan bioteknologi, pengurusan kesihatan, e-dagang, perhotelan dan pelancongan.
Ketika berada di pusat peranginan Cote D'Azur, kumpulan besar pelancong dari China itu turut mencipta rekod baru Guinness World Record kerana menggunakan khidmat 147 buah bas untuk mengambil mereka dari hotel ke Promenade des Anglias di Nice.
Hasil kedatangan mereka itu saja telah memberikan keuntungan sebanyak 33 juta euro (RM132.91 juta) kepada Perancis dan lebih 20 juta euro (RM80.55 juta) kepada Nice.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
No comments:
Post a Comment