Thursday, 30 April 2015

Selamat hari lahir untuk Mat Maslan. Semoga terus sihat untuk menceriakan rakyat Malaysia dengan lawak GST







Selamat hari lahir yang ke-49 untuk Datuk Mat Maslan dan ini ucapan ‘hadiah’ hari lahir daripada Tun Mahathir yang boleh diingatinya.



“Saya tak tahu apa yang dia cakap. Dia jaga kewangan tetapi dia tak tahu apa-apa tentang kewangan.”



Mat Maslan mempertahankan dirinya semalam.



“(Pembangkang mainkan isu GST) kerana mereka takut pada saya.”



“Kalau Tun Dr Mahathir, Dr Asri dan Dr Agus tahu tentang GST ini menurunkan cukai rakyat, saya kira mereka setuju dengan GST.



“Oleh kerana itu saya ingin mengesyorkan Dr Agus dan Dr Asri belajar lebih lanjut tentang GST sebelum nak kata saya bodoh dan sebagainya.



“Saya juga syorkan Tun Mahathir diceritakan yang benar jangan tidak benar, kesian orang tua tu,” kata Mat Maslan dipetik Malaysiakini.



Sekali lagi ucapan hari lahir untuk beliau, semoga berbahagia dengan lawak GSTnya…



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





No comments:

Post a Comment