Friday, 1 May 2015

Najib minta Mat Maslan diam!!







Cakap banyak Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan tentang kad isian semula telefon prabayar sehingga menyebabkan beliau diminta diam oleh Najib.



“Shabery Cheek Please take charge of the topup issue. Mulai sekarang, sebarang pengumuman kepada rakyat hanya boleh dibuat oleh menteri KKMM saja,” kata Najib melalui laman Facebook dan Twitter.



“Ya, beliau sudah bagi arahan dan kita akur pada arahan itu. Sebelum ini beliau tak bagi arahan itu.



“Saya akur pada perdana menteri dan saya tak lagi bercakap apa-apa tentang isian semula (prabayar) ini,” kata Mat Maslan.



Kata Mat Maslan putar alam sebelum itu.



“Saya tak pernah kata isian semula tiada GST. Ini kerana saya dah bercakap tentang isian semula dan GST ini sejak setahun setengah yang lalu,” katanya.



Mat Maslan juga memberi penjelasan di akaun Twitter beliau dengan menyertakan keratan kenyataan sebelum ini.



Ini yang menyebabkan Mat Maslan dibalun orang ramai dan diarahkan diam kerana sentiasa menyebut “maka harga tidak berubah”, “maka harga sama”.



Realiti hari ini orang ramai terpaksa menambah duit mereka untuk membeli kad tambah nilai prabayar sedangkan Mat Maslan masih bercakap harga tak berubah!!



Elok Najib suruh beliau diam terus dari menyatakan semua perkara tentang GST. Itu lebih aman!!



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





No comments:

Post a Comment