Susulan dari insiden anak-anak ditinggalkan di 'tepi jalan' seperti yang didakwa oleh Durratun Nurin, ramai pihak yang mengecam tindakan syarikat bas persiaran Famira Travel and Tours di laman Facebook.
Tampil mempertahankan diri, Pengarah Urusan Syarikat Famira membuat laporan polis di Balai Polis Jitra, Kubang Pasu pada jam 2.32 petang semalam.
Berikut laporan polis yang dibuat:
Pada tarikh 14/5/2015 jam lebih kurang 6.05 petang semasa saya berada di Kedah diberitahu oleh kawan saya di mana tersebarnya berita fitnah mengenai bas persiaran Famira Travel & Tours Sdn Bhd dan saya telah melayari Facebook Durratun Nurin dan Facebook Oh! Media mengatakan,
"Inilah bas lahanat yang sanggup tinggalkan anak2 tahfiz tepi jalan. Sedih bila orang Islam sendiri buat anak2 yatim dan fakir macam ini. Kau jangan lupa doa anak2 yatim yang dianiaya ni mudah makbul. Pakat viral, biar lingkup syarikat ni. Dah call banyak kali tapi tak angkat. Sewa bas bukan murah. Ikutkan hati nak je doa biar driver tu eksiden mati masuk gaung. Geramnyer"
Sebelum ini pada 14/5/2015 jam lebih kurang jam 2.30 petang saya menerima panggilan telefon (0145664212 dan 0114700765) dari seorang perempuan melayu salah seorang penumpang bas memperkenalkan dirinya mewakili daripada Madrasah Tahfiz Taufikillah Jalan Wang Tepus Jitra Kedah mengadu pemandu bas persiaran Famira Travel & Tours telah berkelakuan kasar serta menurunkan penumpangnya di Perhentian Bas Melaka.
Selepas itu saya terus menghubungi penyewa sebenar iaitu Ustaz Zaid dan bertanya cerita sebenar yang berlaku.
Ustaz Zaid menyatakan kepada saya terdapat selisih faham antara dia dan pemandu di mana pemandu bas telah menegur beliau kerana meletakkan kaki di atas penghadang bahagian depan antara pemandu dan penumpang di man di depan ada pemandu kedua duduk.
Ini bermakna ustaz telah meletakkan kaki di atas kepala orang di bawahnya. Ustaz Zaid sendiri telah mengakui kesalahannya kepada saya atas perbuatan tersebut.
Selepas mendapat penjelasan daripada Ustaz Zaid, saya terus menelefon pemandu bas untuk penjelasan daripada pihak beliau. Pemandu bas juga mengakui dan menceritakan perkara yang sama. Ustad Zaid juga telah mengarahkan pemandu bas persiaran saya hantar ke Perhentian Bas Melaka Sentral kerana tidak berminat untuk meneruskan perjalanan dalam bas persiaran itu dan tidak mahu tengok muka pemandu saya.
Semenjak itu, saya telah terima beberapa panggilan dari SPAD Subang Jaya, SPAD Melaka, kawan-kawan yang dikenali dan beberapa kata-kata cemuhan Facebook ke atas saya sebagai pemilik dan syarikat.
Laporan dibuat kerana menafikan fitnah-fitnah yang tersebar luas di dalam Facebook dan tidak puas hati terhadap penyebar berita yang tidak benar serta untuk rujuk ke pihak yang berkenaan. Sekian repot saya.
Di pihak Durratun Nurin pula semalam telah memuat naik kenyataan pemohonan maaf terhadap syarikat bas Famira kerana telah mengeluarkan kenyataan fitnah yang tidak berasas.
"Saya dengan ini memohon maaf kepada pihak syarikat bas Famira kerana mengeluarkan status seolah-olah menyalahkan syarikat berkenaan sedangkan yang sepatutnya dipersalahkan dalam hal ini adalah pemandu bas itu sendiri.
"Saya akui menulis status itu dalam keadaan marah kerana ia melibatkan pelajar fakir dan anak yatim apa lagi pelajar tahfiz yang dijaga iman dan akhlaknya.
"Sebagai ibu saya membayangkan anak saya berada dalam keadaan sedemikian. Saya berharap hal ini tidak terjadi lagi buat masa akan datang. Sesungguhnya saya mengakui kesilapan saya dalam mengeluarkan kata-kata yang kasar," demikian penjelasan Durratun yang bagaimanapun dilihat masih tegas mahu menunding jari terhadap pemandu bas Famira yang didakwa sebagai punca kejadian.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
No comments:
Post a Comment