Monday, 18 May 2015

PENIAGA BEGA PUNCA HARGA BARANG NAIK - MAT MASLAN







KUALA LUMPUR - Perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sepatutnya menurunkan harga barang berikutan hanya caj sebanyak 6% sahaja yang dikenakan bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) antara 5 - 10%, menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, di Parlimen hari ini.



Jelasnya, kedegilan para peniaga memansuhkan caj SST pada harga barangan menjadi punca kenaikan harga barang berlaku.



"Peniaga bukan saja hanya mengenakan SST, malah turut mengenakan caj 6% (GST) pada harga barangan.



"Terdapat banyak barangan yang lain dikenakan 10% SST seperti pakaian Tan Sri Speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dari baju, pakaian dalam, seluar, stoking dan kasut semuanya dikenakan 10% SST.



"Jadi pelaksanaan GST sepatutnya menurunkan harga barnagan tetapi perkara itu tidak terjadi. Jadi siapa yang harus dipersalahkan? GST atau peniaga?



"Peniaga yang bersalah!" tegasnya.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





No comments:

Post a Comment