Friday, 15 May 2015

Luahan sayu hati ibu ini mengundang banyak komen-komen sayu rakyat Malaysia







Siapa sangka, status yang dikongsikan oleh Puan Lyn dibawah ini mengundang komen sayu daripada ramai pengguna Media Sosial. Baca lagi:




Memang. Aku yang kandungkan anak ini. 9 bulan. Lama.
Memang aku yang lahirkan dia 6 bulan lepas. Sakit.
Tetapi. Anak aku bukan milik aku. Dia adalah amanah dariNya. Dia milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil semula.
Jadi. Mengapa aku mengeluh untuk melayan dia tak tidur malam dan mahu bermain. Sedangkan aku selamba layan kawan-kawan di kedai mamak sampai ke pagi. Jangan aku lupa, anak ini milik Allah, bila-bila masa Dia boleh ambil balik.
Mengapa pula aku mengeluh kesal bajunya perlu dibeli lagi. Sedangkan baru sahaja dibeli bulan sudah. Sedangkan ramai lagi ibu bapa teringin hendak beli saiz lebih besar lagi. Apakan daya anak mereka lambat membesar pula. Jadi mengapa aku tak bersyukur dan gembira anak aku mengembang sihat. Mengapa aku mengeluh. Lupakah aku. Anak ini milik Allah. Bila-bila masa Dia boleh ambil balik.
Aku mengeluh lemah lagi tidak mampu menyimpan wang di bank. Setiap bulan ada sahaja kehendak dan keperluan anak ini. Matilah macam ni. Ya Allah. Sedarkah aku. Ramai lagi yang berhabis berpuluh ribu namun masih tidak diberikan Allah rezeki yang dipanggil anak. Lupakah aku Allah itu pemberi rezeki. Dia pemilik kesemua di langit dan di bumi. Termasuklah anak ini. Ingatlah. Bila-bila masa dia boleh ambil kembali.
Aku terus mengeluh. Tengah sedap bersembang di FB, si anak ini merengek mahu diangkat-angkat, diagah-agah pula. Ahhh mana boleh. Nanti jadi manjalah dia. Nah ambil ini dan mainlah sendiri. Allah. Mengapa aku mengabaikan pinjaman Allah ini. Entah berapa ramai yang mengangis merayu dalam sujudnya di malam hari mohon diberikan anak penyeri hidup. Tetapi Allah tak bagi. Allah berikan pada aku. Tetapi mengapa aku mengeluh. Inikan milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil kembali.
Ya Allah... Telah Kau berikanku anak sebaik, sesihat dan secantik ini.. Tetapi masih aku banyak bunyi.. Ampunkan aku ya Allah.. Kau panjangkanlah jodoh aku dan dia hingga jannahMu.. Kau berikanku petunjuk dalam melaksanakan amanahMu.. Sesungguhnya aku sering terlupa anak ini bukan milik aku.. Dia milikMu.. Bila-bila masa kau boleh ambil kembali.



Di bawah adalah beberapa komen beberapa pengguna media sosial di kalangan ibu-bapa. Komen-komen sayu mereka ini amat menyentuh perasaan apabila membacanya. Semoga ibu-bapa yang telah kehilangan permata hati mereka diberikan kekuatan dan buat pasangan yang masih menantikan kurniaan Ilahi bersabarlah dan teruskan berdoa. Sesungguhnya pasti ada hikmah untuk tiap-tiap sesuatu...



Baca lagi:















Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





No comments:

Post a Comment