Tuesday, 12 May 2015

'KAU NAK AKU R0G0L KAU?' - PENGAWAI POLIS







Seorang peserta wanita perhimpunan anti-GST pada 1 Mei lalu mendakwa dia telah diugut r0g0l oleh pegawai polis ketika disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.



Tidak berpuas hati dengan tindakan pegawai berkenaan, Maisara Amira, 21, membuat laporan polis di IPD Petaling Jaya pada 6 Mei lalu.



Menurutnya, dia mahu kes yang berlaku pada dirinya itu disiasat di balai polis yang berlainan, bukannya disiasat oleh anggota di IPD Dang Wangi. Ini kerana Maisara bimbang berlaku salah guna kuasa dan ketidakadilan ketika siasatan.



Selain itu, Maisara turut menuntut polis menubuhkan pasukan siasatan bebas untuk menyiasat kes itu.



Dedahnya lagi, dia ditangkap oleh polis selepas menyertai perhimpunan itu dan direman selama empat hari bersama 22 peserta yang lain.



Sehari sebelum remannya berakhir (pada 5 Mei) Maisara berkata, dia telah dibawa ke sebuah bilik soal siasat dan dijaga oleh tiga anggota polis, termasuk dua lelaki.



Maisara pada ketika itu memilih untuk berdiam diri ketika disoal siasat. Namun tiba-tiba salah seorang daripada anggota polis lelaki terbabit mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan.



"Kau nak aku rogol kau? Dalam bilik ini kau dengan aku je ada. Sebab bilik ini ada kamera dengan mic, kalau jual aku boleh kaya."



Meskipun diugut sedemikian, Maisara masih berdiam diri dan enggan memberi sebarang reaksi. Tindakannya itu menyebabkan anggota polis itu sekali lagi mengugutnya.



"Macam ni lah, aku bagi kau peluang. Kau jawab semua soalan yang ditanya oleh cik ni (anggota polis perempuan). Kalau tak, aku akan suruh dia keluar. Aku yang akan masuk dalam. Kau settle dengan aku."



Maisara berasa takut dengan sikap pegawai berkenaan namun masih tetap untuk berdiam diri.



Maisara mengesyaki polis yang mengugutnya itu adalah anggota dari Cawangan Khas (SB) kerana dia tidak berpakaian seragam serta tiada tanda nama pada bajunya.



Trauma dengan kejadian itu, Maisara membuat aduan kepada pihak polis selain dari rasa tidak selamat.



"Ini perkara serius. Ugutan rogol tidak seharusnya berlaku ketika proses siasatan," katanya.



Sementara itu bapa Maisara, Mohamad Asmadi menyeru Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menjalankan siasatan menyeluruh supaya pihak yang berkenaan dibawa ke muka pengadilan.



"Pak cik sedihlah. Akhlaknya tak baik. Bukan macam itu jadi pegawai polis. Biar akhlak mulia, biar orang percaya polis.



"Sekarang pak cik nak keluar ke mana-mana pun tidak boleh tinggalkan anak, tak bebas," katanya.



Turut hadir di sidang media itu, peguam Maisara, Sivamalar Genapathy dan Pengarah Eksekutif Empower, Maria Chin Abdullah.







Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





No comments:

Post a Comment