Wednesday, 13 May 2015

Kerana tidur dalam mesyuarat, Menteri Pertahanan dihukum tembak sampai mati







KOREA UTARA - Menteri Pertahanan Korea Utara, Hyon Yong-chol maut akibat ditembak mati hanya kerana beliau tertidur ketika menghadiri mesyuarat menteri-menteri bersama dengan pemimpin tertinggi, Kim Jong-un, lapor agen perisik Korea Selatan.



Hyon ditembak mati pada 30 April, Khamis, di hadapan ratusan saksi yang hadir melihat hukuman itu dilaksanakan.



Berita itu didedahkan seminggu lalu selepas 15 pegawai atasan kerajaan turut dikenakan hukuman tembak mati setelah didapati mengingkari dan membantah arahan Kim Jong-un.



15 pegawai yang ditembak mati itu termasuk dua timbalan menteri yang dikatakan telah mencabar polisi pemerintahan Kim Jong-un.



Difahamkan, mana-mana pegawai kerajaan yang membantah arahan Kim Jong-un akan dikenakan hukuman tembak sampai mati.



Lapor BBC, pertukaran menteri di negara komunis itu sentiasa berlaku namun hukuman mati yang dilaksanakan amat jarang dilakukan.



Hyon Yong-chol merupakan salah seorang menteri kabinet yang telah lama berkhidmat di bawah pemerintahan legasi Kim.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





No comments:

Post a Comment