Thursday, 21 May 2015

GURAUAN MELAMPAU SAKITNYA TUH DISINI PUNCA DOKTOR BUAT LAPORAN POLIS







KUALA LUMPUR - Seorang doktor wanita membuat laporan polis gara-gara sijil cuti sakit yang dikeluarkan olehnya diubah dengan alasan '1 hari MC kerana sakit nye tuh di sini'.



"Gurauan ini memalukan dan menjatuhkan kredibiliti profesion saya sebagai seorang doktor perubatan," jelas Dr Asmah Ghazali, 57.



Menurut Dr Asmah, dia mula menyedari gambar sijil cuti sakit itu tersebar setelah diberitahu oleh adik iparnya di Johor Bahru, melalui WhatsApp.



"Saya diberitahu oleh adik ipar pada jam 1.45 petang kelmarin. Adik ipar saya mahukan kepastian berhubung perkara itu kerana nama saya turut tersebar pada gambar berkenaan.



"Pada mulanya saya sangkakan ia satu bentuk gurauan yang tidak mendatangkan kesan. Namun saya terkejut apabila orang ramai turut menghubungi saya dan bertanyakan perkara yang sama," katanya.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





No comments:

Post a Comment