Apa yang dilaporkan puncanya pelanggan meminta untuk menukar bahagian ayam namun ditolak pelayan kerana jumlah pelanggan yang ramai.
Pelanggan kemudian membuat permintaan kepada pengurus dan pelayan terpaksa akur dengan arahan pengurus atas kehendak pelanggan. Tak berpuas hati, pelayan mencetak resit pelik tersebut.
Laporan Malaysiakini menyebut, pihak Nando’s memutuskan untuk memecat pekerja tersebut.
“Kami berasa amat kesal dengan tingkah laku tidak sopan pekerja kami itu. Kami berasa amat kesal dan menghargai anda mengambil masa untuk memaklumkannya kepada kami.
“Kepada rakan Nando’s, insiden ini mencetuskan kemarahan pelanggan di restoran dan kami amat memandang serius perkara seperti ini.
“Hari ini, pekerja berkenaan secara rasminya telah dipecat,” kata Nando’s.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
No comments:
Post a Comment