Friday, 1 May 2015

MUFTI PERAK MACAM 'ANAK HARAM' - RAJA BOMOH









PERMATANG PAUH - Raja Bomoh VIP, marah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mahu mewartakan amalan dan ajaran yang dibawa olehnya sebagai haram dan sesat.



Pengamal perubatan tradisional, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 82, berkata kenyataan Mufti Perak itu melampau kerana tiada sabarang siasatan yang dilakukan terlebih dahulu.



"Bolehkah hukum sesat itu dijatuhkan tanpa berundin? Sepatutnya Mufti dan Jabatan Agama Perak menjemput saya datang ke pejabat untuk berbincang, bukannya terus menjatuhkan aib muka saya.



“Saya merasakan dia (Mufti Perak) mahu mengambil publisiti murahan atas nama saya dengan melemparkan tuduhan yang tidak sepatutnya ke atas diri saya dan mendakwa saya sesat dan mahu mengambil tindakan," katanya semalam.



“Sehingga kini, saya masih tidak mendapat sebarang surat makluman dan saya sering tiada di rumah kerana bekerja di luar kawasan bagi menguruskan perniagaan, tiba-tiba tuduhan seperti ini dilemparkan kepada anak tempatan Perak. Mufti ini orang dan dari keturunan mana? Kerana saya dimaklumkan beliau berketurunan Banjar.



“Banjar ini bukan orang asal di negari Perak, sedangkan saya anak jati negeri Perak. Mengapa fitnah saya seperti ini. Tindakan pertama saya ialah membuat laporan polis dan mengemukakan saman malu terhadap beliau dan biar mahkamah yang menentukan.



“Apa bukti atas dakwaan yang dilemparkan itu, apakah saya (pernah) mengajar ilmu sesat atau berkumpul dan berceramah bagi tujuan pemujaan," katanya.



“Teropong dan kepala (yang digunakan dalam ritual sebelum ini) adalah merupakan simbolik, seperti kata orang tua-tua petua datang dahulu (dan) ilmu datang kemudian. Saya menafikan sekeras-kerasnya (dakwaan yang dilemparkan itu) beliau sebagai seorang mufti yang waras tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana telah menjatuhkan imej ahli keluarga dan persatuan saya.



“Persatuan saya telah berdaftar dan Mufti seharusnya semak dan siasat terlebih dahulu agar hukum tidak dijatuhkan dengan sewenang-wenangnya kepada orang yang tidak berdosa.



“Mufti tahu hukum haram tapi kenapa buat perangai seperti anak haram”



Lapor media tempatan, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan dalam mesyuaratnya untuk mewartakan ajaran Raja Bomoh sebagai sesat dan haram. Keputusan itu dicapai setelah melihat amalan dan ajaran yang dibawa oleh bomoh tersebut yang didapati terpesong daripada ajaran Islam sebenar.



Bagaimanapun, jawatankuasa itu tidak dapat menjangkakan tarikh sebenar pewartaan tersebut kerana ia perlu melalui pelbagai proses.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Najib di booooo ketika sebut GST pada sambutan Hari Pekerja di Kuching







Datuk Seri Najib Razak menerima ejekan dari beberapa orang yang hadir ketika sambutan Hari Pekerja peringkat kebangsaan yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching, Sarawak hari ini ketika beliau mengatakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak diperkenalkan untuk membebankan rakyat.



Suara itu datang dari sekumpulan pekerja yang berada di belakang dewan di mana majlis itu diadakan, yang dipercayai tidak senang dengan pengenalan cukai 6% itu yang dilaksanakan kerajaan sejak 1 April.



Terdahulu, perdana menteri berkata, kerajaan kerajaan boleh mempertimbangkan untuk menggunakan sebahagian dari hasil kutipan GST bagi menambah gaji pekerja sektor awam.



Meneruskan ucapannya, Najib menerangkan, beban yang dialami rakyat ketika ini ialah akibat aktiviti mengaut keuntungan berlebihan oleh peniaga tidak bertanggungjawab atau pencatutan.



Beliau menyeru pihak berkuasa yang berkaitan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam pencatutan dan peniaga yang tidak berhati perut yang memanipulasi GST untuk poket mereka sendiri.



Bagaimanapun, beliau kemudiannya menerima tepukan gemuruh apabila bercakap mengenai keputusan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menghapuskan tol di dua jambatan dan menurunkan tarif elektrik bagi pengguna komersial dan industri di Sarawak.



Rabu lepas, Adenan berkata, kadar baru itu akan melibatkan separuh daripada 85,200 pengguna komersial, atau kira-kira 46,000 rumah kedai, kedai runcit dan blok perdagangan, menikmati pengurangan tarif antara 15% dan 50% manakala 36% lagi, atau 30,500, akan menikmati pengurangan antara 8% dan 11%.



Hadirin kira-kira seramai 5,000 orang itu bersorak dan bertepuk dengan kuat.



Najib berkata, keputusan Adenan itu satu contoh jelas menggambarkan Barisan Nasional, iaitu kerajaan yang penyayang.



"Kami benar-benar mahu meningkatkan kebajikan pekerja, termasuk yang di sektor awam," katanya.



Oleh itu, katanya, Cuepacs tidak perlu bimbang kerana beliau "responsif kepada tuntutan Cuepacs", merujuk kepada permintaan kenaikan gaji sebanyak 35% bagi penjawat awam yang berpendapatan rendah, bagi menampung kos sara hidup yang meningkat.



Perdana menteri pada sambutan itu juga memberitahu mengenai cadangan untuk satu skim faedah pengangguran negara bagi menyediakan jaminan kewangan untuk mereka yang hilang pekerjaan.



Walaupun enggan mengulas lanjut lagi, Najib berkata beliau boleh menyatakan di bawah skim itu, pekerja yang diberhentikan boleh mendapat perlindungan kewangan sehingga enam bulan.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Makanan Hospital Mengikut Negara (10 gambar)







Setiap negara mempunyai ciri-ciri dan kelainan tersendiri walau dari segi apapun. Tak kiralah dari segi budaya, cara hidup, pemakanan dan sebagainya. Semakin jauh kita merantau semakin banyak pengalaman yang ditimba. Salah satu yang paling menarik untuk diterokai adalah tentang makan.



Ramai orang mampu menikmati makanan dan masakan terbaik dari restoran

terkemuka di dunia namun tidak ramai yang dapat merasai makanan yang dihidangkan di hospital kecuali untuk pesakit.



Jadi, cuba kita lihat perbezaan makanan-makanan hospital dari seluruh dunia



Agak-agak sedap ke tak ye?



1. Jakarta, Indonesia











2. New York, USA











3. Dubai, UAE











4. Tokyo, Jepun











5. Paris, Perancis











6. Sydney, Austalia











7. Poland











8. Massachusetts, USA











9. China











10. Malaysia









Well! Setiap negara pastinya ada kelainan dan tekak yang merasa juga berlainan. Apapun, not bad!



Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Jika ada ayah atau ibu di kampung berseorangan, sila lawat dan telefon





Antara bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa mereka ialah:



Memberi nafkah.



Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.



Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.



Menyediakan tempat tinggal.



Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.



Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.



Memberi kasih sayang.



Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya.



Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.



Firman Allah bermaksud: “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Isra, ayat 24)



Memberi perhatian.



Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.



Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan mereka mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak.



Memenuhi permintaan.



Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.



Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.



Malah, keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medan perang. Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: “Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: “Apakah perbuatan disukai oleh Allah?” Lalu Baginda bersabda: “Sembahyang pada waktunya.” Kemudian apa?” tanya saya lagi. Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua ibu bapa.” Saya bertanya: “Apa lagi.” Jawab Baginda: “Berjihad pada jalan Allah.”



Melakukan apa yang disukai.



Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.



Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.



Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).



Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: “Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Maka, sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.”



Bercakap dengan lemah lembut.



Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendak direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.



Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘cis’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (Surah al-Israk, ayat 23).



Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.



Menghadiahkan kejayaan.



Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.



Meluangkan masa bersama-sama.



Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.



Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa.



Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





PUNCA LELAKI 'SHAKE WELL BEFORE USE' DI DEPAN 2 WANITA AMAT MENGEZUTKAN







CHERAS - Gambar seorang lelaki 'capmelan' di hadapan dua orang wanita viral di laman sosial.



Kejadian yang berlaku di Jalan Cerdik, Cheras itu menimbulkan rasa kurang senang dan tidak selamat orang awam khususnya wanita.



Gambar yang dimuat naik oleh Yee Voon Toi, saksi kejadian itu berkata, penampakan itu berlaku ketika dia dan seorang lagi rakannya berjalan menuju ke arah kereta mereka yang diletakkan di kawasan berkenaan.



"Saya melihat lelaki itu berjalan dari jauh ke arah kami. Pada mulanya kami beranggapan lelaki itu mungkin seorang salesman berikutan gaya pakaiannya yang sopan seta membawa fail bersamanya.



"Namun, sangkaan kami meleset apabila lelaki itu melakukan tindakan yang tidak senonoh dan dilihat menutup bahagian depan kemaluannya dengan fail yang dibawah," kata Voon.



Menurut Voon, lelaki itu kemudian terus melakukan capmelan tanpa sebarang perasaan malu dan sesekali sempat melirikkan senyuman terhadap dia dan rakannya.



Atas dasar keselamatan, Voon segera merakam gambar lelaki terbabit dengan telefon pintarnya untuk dihebahkan kepada orang ramai.



Menyedari perbuatan dirinya dirakam, lelaki itu segera melarikan diri.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





PERKAHWINAN 'BUAT CARA TAK ADA DUIT' INI VIRAL DI FACEBOOK







Exactly 4 years and 7 month ago, I got married to this dude here. It was quick and simple. Bukanlah sebab acah-acah minimalist ke apa, tapi sebab duit saya tak banyak dan saya tetap nak bayar sendiri (untuk reception belah saya) hehe.



Hantaran buat sendiri. Baju, tempah baju kurung plain. Tudung, kebas adik tailor punya. Itulah baju nikah, itulah baju makan beradab, itulah baju ambil gambar dekat pelamin. One outfit for one whole day. Haha Kepam!



Pelamin, I went for engagement pelamin instead of wedding pelamin. Smaller and cheaper. Door gifts were little jars of honey because I love honey.



Kad kahwin, design sendiri guna picknik.com. Sound system, guna speakers sendiri. Canopies and catering je Ummi insisted nak sponsor because she wanted Johorean food all the way from Muar.



No pre-wed, no dewan, no bersanding, no tepung tawar, no cake, no candy bar, no photo-booth, no kompang, no photographers, no videographers.



Gather gambar yang kawan-kawan tagged dalam Facebook je. Serius gila, tak ada niat nak rock and roll atau melawan perkahwinan arus perdana. It was just not within my budget. But no problem, Alhamdulillah.



It was never an issue for me. Tak ada duit, buat cara tak ada duit, as simple as that. To each his own kan? Janji halal dan hidup. Insha Allah.





Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Luahan sayu Doktor tegur Drama & Filem Melayu salah guna alat perubatan







Walaupun sering kali dikritik, Drama dan Filem Melayu masih mendapat tempat di hati ramai penonton Rakyat Malaysia. Namun, kali ini kritikan itu datangnya daripada seorang Doktor yang menegur drama-drama Melayu kerana tidak mengambil berat tentang penggunaan alat perubatan ketika dalam penggambaran.



Menurut Dr. Khairul Hafidz, pengarah Drama dan Filem Melayu sepatutnya menggunakan khidmat nasihat doktor agar prosedur dan alatan perubatan digunakan dengan cara yang betul. Jika tidak, beliau bimbang kelak doktor sukar menjalankan tugas apabila berhadapan dengan persepsi masyarakat. Baca teguran beliau:



"Di laman twitter kebelakangan ini, saya banyak memberi komentar mengenai penggunaan alat perubatan dan medical term yang mereka gunakan.Saya perhatikan, banyak kesalahan prosedur dan alatan serta bahasa dalam penggambaran."Kena faham bahawa pengaruh media dan drama sangat kuat di kalangan masyarakat, dan itu yang bahaya, orang ramai secara tak sedar akan percaya apa yang mereka lihat, dan akhirnya menjadi kesukaran buat staf kesihatan untuk ubah persepsi masyarakat."Pengarah drama dan filem kena lebih teliti, buat kajian dulu sebelum buat penggambaran, jangan hentam semberono.Saran saya, guna khidmat doktor penasihat, supaya drama atau filem tak nampak jelek."Biar belanja lebih sikit, asal kualiti filem dan drama kita terjaga.



Dr. Khairul turut memuatnaik beberapa contoh kesalahan Drama dan Filem Melayu:



















Semoga saranan dan teguran Dr. Khairul ini dapat diterima oleh penggiat drama dan filem di Malaysia. Kalau tidak sampai bila industri itu mahu maju dan bersaing dengan negara lain?





Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri