Showing posts with label MISC. Show all posts
Showing posts with label MISC. Show all posts

Monday, 25 May 2015

KISAH KEJAYAAN RAMLY BURGER







Kalau korang tanya aku siapakah antara usahawan Melayu yang aku paling kagumi, jawapan aku adalah Datuk Ramly Mokni yang famous dengan burgernya, RAMLY. Ramly ni 'media shy' sikit sebab itu JARANG SANGAT kita baca kisah-kisah beliau dalam media. Ramly ni asal dari Tanjung Piandang, Perak (dibesarkan di Selangor) dan ada 16 adik beradik!



Segalanya bermula pada tahun 1978 bila negara kecoh isu halal haram daging burger ni sebab kebanyakan burger masa tu diimport dari luar negara, jadi Ramly ambil keputusan buat sendiri burger daging di rumah bersama isterinya.



Dengan modal RM2,000, mereka buat sendiri burger daging secara manual (tanpa mesin) di flat Jalan Haji Hussein, Kampung Baru. Mula-mulanya tak dapat sambutan sebab orang Melayu tak banyak makan burger, tapi perlahan-lahan Ramly buka banyak stall burger dekat area Chow Kit dan sejak itu permintaan daging burgernya bertambah.



Akhirnya dari hanya 200 keping daging sehari, mereka mula mendapat tempahan sehingga 3,000 keping sehari. Tahun 1980 mereka mula buka syarikat dan hanya empat tahun kemudian, mereka telah berjaya buka kilang di Bandar Tun Razak dengan menghasilkan kira-kira 10,000 keping sehari!



Cabaran Ramly paling besar masa tu sebab MARA tolak permohonan pinjaman mereka dengan alasan orang Malaysia tak ramai makan burger, tetapi Bank Pembangunan pula yang luluskan permohonan mereka. Lepas tu timbul fitnah pula burgernya tidak halal hingga beliau terpaksa buat report polis.



Kemudian ada pula yang fitnah kononnya mereka dah jual bisnes kat orang lain. Semua fitnah tu buat beliau dan keluarganya lebih tabah dan berusaha membuktikan mereka bukan seperti mana yang difitnahkan.



Dan sekarang jualan tahunan mereka dah cecah RM1 billion, daging saja mereka guna hampir 1.5 tan sehari untuk menghasilkan pelbagai jenis burger, pergh! Kini, jenama Ramly bukan lagi sekadar mengeluarkan daging burger, malah sosej, nuget, bebola daging, daging kisar, sos cili dan banyak lagi turut dihasilkannya.



Steady Datuk Ramly, salute! Ini baru champion!



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





'ALHAMDULILLAH, TAK ADA ANAK'







Hari ini dapat pula berkenalan dengan Pakcik Sayuti. Beliau seorang diri menolak motorsikal di PLUS menghala ke Sungai Besi, saya pula dari Nilai dan menuju ke Bandar Seri Putra untuk singgah sebentar ke Studio.



Saya berhentikan motorsikal dan tanya pada Pakcik apa masalahnya, oh katanya minyak habis. Puas juga menahan motorsikal lain kalau mereka ada tiub kecil untuk kami sedut dan ‘transfer’ minyak ke motor Pakcik ini. Tetapi hampa, semua tak ada, ada juga yang tak berhenti pun, tak apalah mereka pun nak cepat menyambut malam jumaat agaknya.



Saya minta Pakcik Sayuti tunggu di situ dan berehat sementara saya pecut ke Bandar Seri Putra membeli minyak dan pusing kembali ke arahnya. Saya maklumkan saya akan lambat sedikit kerana perlu pusing di dua buah plaza toll, beliau angguk faham. Saya terus pecut ke Baking Temptation untuk membeli balang kuih, itu sahaja yang dapat saya fikir untuk mengisi minyak bagi motor ex5 pakcik Sayuti.



Usai sahaja mengisi minyak, saya memecut kembali ke Pakcik. Beliau girang bukan kepalang, menepuk-nepuk bahu saya berkali-kali mengucap terima kasih.



“Nah ambik nih” Beliau menghulur nota RM5.



“Eh tak apa, pakcik simpanlah, bagi cucu aiskrim.”



“Aku anak pun tak ada.” Beliau senyum sendiri dan menyimpan kembali duit tersebut. Saya terdiam dan rasa bersalah sangat, berkali-kali saya menyebut, maaf pakcik, maaf.



“Kau nak cepat? Kalau tak, tunggu pakcik berbuka sekejap, ini ada roti dan air.” Beliau membuka bungkusan perlahan-lahan.



“Laaa! Pakcik Puasa! Ok ok saya temankan.”



Kami duduk sekejap di bahu jalan dan menjamah roti apabila pakcik sudah yakin masuk waktu maghrib. “Kau sudah kahwin?”



“Sudah pakcik.”



“Anak berapa?”



“Alhamdulillah, baru seorang.” Saya jawab perlahan-lahan. Risau hatinya terusik lagi.



“Berapa tahun dah kahwin?”



“Baru masuk 9 tahun, Alhamdulillah.”



“Alhamdulillah, aku sudah 40 tahun lebih, tak ada anak, Alhamdulillah..”



“Pakcik bersyukur?”



“Ha, aku syukur. Hal rezeki kan Allah punya kerja. Kena syukur. Kalau sekarang ini Allah beri aku anak, tak tahulah aku nak jaga macamana. Tak reti dah! Dah tak kuat. Jadi aku bersyukur sangat-sangat. Nak jaga anak zaman sekarang bukan senang!” Beliau menyambung. Saya semakin kagum dan terkebil-kebil tak tahu nak jawab apa lagi untuk menyambung perbualan.



“Orang ada anak ke tak ada anak ke jangan cuba-cuba nak persoalkan. Itu semua rezeki Tuhan, ada beza orang tak nak anak dengan orang tak ada anak.” Beliau terus menyambung perbahasan. Saya diam sahaja sambil bersungguh mengunyah roti macam orang berbuka puasa juga.



“Jaga anak kau baik-baik, itu amanah. Aku tak merasa pikul amanah tu, kau kena syukur. Tapi jangan pula kau pandang tak elok orang tak ada anak, kami tak ada anak, tapi kami manusia juga. Ada hati juga, ada perasaan juga.”



“Betul pakcik.. saya minta maaf sekali lagi. Saya tak ada niat pun.” Saya luahkan kekesalan. Memang menyesal ya amat sebenarnya.



“Takpelah. Kalau kau tak tolong aku hari ini, tah siapa-siapa pula kan. Bersyukur tak jumpa aku? Ke menyesal? Ha ha ha,” beliau mula ketawa, tetapi sudah nampak ada genang-genang air mata.



“Kita jumpa lagilah, aku nak balik Kampung Baru, tadi pergi ziarah anak saudara kemalangan di Labu. Makcik kamu paham benar dah, takut aku balik lambat, tulah dia sedia roti dengan air, kalau tidak dah lah minyak habis, lapar pulak! Ha ha ha. Itulah, aku bersyukur dapat makcik kamu. Tak tahulah siapa pergi dulu nanti, aku doakan biarlah mati sama-sama, tak ada anak, nanti sunyi! Ha ha ha.” Beliau ketawa tetapi mengesat-ngesat mata.



Saya sudah tak boleh tahan, saya menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi Pakcik Sayuti menyambut dengan memeluk erat. Dan seperti biasa saya menangis tak tentu pasal di bahu jalan yang mula penuh dengan kereta berpusu-pusu.



Beliau terus memeluk saya dan menangis juga. Kami memujuk dengan menepuk bahu sesama sendiri. Bersalam dan menyambung menangis di atas motor. Kami berlalu dalam senja maghrib pulang ke rumah masing-masing.



Sungguh, tak pernah saya jumpa orang yang betul berterima kasih pada Tuhan kerana diberi ujian. Empat puluh tahun hidup suami isteri dengan penuh kasih sayang tanpa ada anugerah bonus yang dinanti-nanti pasangan yang berkahwin. Allahu akhbar. Memang pakcik hebat.



Saya hanya merasa perasaan ini enam tahun. Selepas itu muncul Nurul ‘Ain dalam hidup kami. Alhamdulillah. Beliau pula merasa sepanjang hidupnya.



Buat Pakcik Sayuti dan makcik, semoga penuh anak-anak yang berlari menyambutmu di syurga nanti. Amin.



Salam Malam Jumaat,

Khairul Hakimin Muhammad

Baru nak baca Yaasin.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Monday, 18 May 2015

PETUA NAK JADI KAYAP TERJAWAP: 'SAMPAI BILA NAK MAKAN GAJI?'







Lama dah nak tegur.



Saya ada ramai kawan buat MLM dlm FB. I have nothing against them. Masing2 punya cara mencari rezeki.



Cuma yang saya kurang berkenan bila orang-orang MLM guna kaedah 'sampai bila nak kerja makan gaji?'



Orang yang tanya benda ni tak faham satu konsep - orang kerja makan gaji bukan kerja semata mahu duit tapi kepuasan. Passion and satisfaction just like you guys punya passion n satisfaction dalam bisnes online.



Sekali korang look down pada laluan kerjaya orang lain yang buat kerja selain bisnes online macam korang, korang sebenarnya dah tidak respect cara orang lain mencari rezeki mereka. And how do you expect people to respect you? Malah, orang akan lebih meluat daripada tertarik nak join bisnes korang.



I respect people who highlight the goodness in their bisnes online rather than condemning other people. Nak pandang rendah pada orang yang income 3-4 kali ganda lebih rendah daripada you? Think again. Think about barakah. Jika mempunyai duit banyak melonjakkan ego kita dengan merendahkan orang lain, lebih baik tak payah kan. You can go live your dreams and try to stay away from us ok?



My point is - nak ajak orang buat bisnes jangan sampai merendahkan kerja orang lain yang tak buat bisnes mcm you. Its annoying tau tak?



Lagi satu jugak nak tegur.



Orang yang jual supplemen. Dulu saya tak nampak trend ni. Jual ok je and masih highlight the goodness of natural foods. Tapi sejak akhir2 ni, nampak beberapa kengkawan yang mula menjadikan seolah supplemen ni sebagai pengganti natural foods. Means dah ambil supplemen itu ini then tak perlu dah nak makan tengahari atau malam dah. Meal replacment katanya.



Well, ayat seperti ini boleh jadi misleading jika tak diterangkan betul2. Supplement is a supplement and meal is a meal. Never switch them. If certain supplement is taken, jangan lupa mention sekali that the natural food is still to be taken but in moderate amount. Apa2 kita nak ambil pun kena moderate. Even supplement. Ada ternampak beberapa rakan yang mention taking supplemen ni adalah sebagai pengganti makan tengahari, makan malam. Bunyi macam dah tak payah ambil sayur, buah, ayam, nasi dan ikan. No matter how natural your product is, it can never beat the true natural form of where it came from.



For example - like vitamin C in an orange. There are thousands of vitamin C tablets out there with many brands but can never beat its true form in an orange. So yeah, go ahead highlight the goodness of your product but never tell them "oh you dont need to take those orange anymore cause those supplement had cover it up for ya"



I see it in this way - buah oren tu Allah yang cipta. Supplement tu manusia yang cipta (yang pemberi ilhamnya adalah Allah). So when you say things like that, its like you're saying supplemet/vitamins ciptaan manusia ni lebih baik daripada natural food ciptaan Allah. Lebih kurang mcm tu la. You guys get what i mean, right?



So fix back the way u guys promo brg supplement tu. Probably u guys dont mean that and i probably misunderstood u guys, but hey, im not the only one with this thinking and u guys might wanna change some few things supaya tak bermaksud mcm tu. I understand dalam kita syok nak promo barang dan hasilnya pun masyukkkk, kita akn terlepas pandang menda2 simple mcm ni. Of course lain orang yang membaca maka lain lah interpretasinya but hey again, i'm just saying, k?



Peluang untuk reflect diri in case korang termasuk dalam golongan yang saya maksudkan di sini.



Saya beri teguran random ni sebagai tanda i care.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





"KERANA ROTAN SAYA JADI ORANG." TOK MAT - MBNS







Jom Baco Kisah Tok Mad Hasan Kito



“SAYA pernah dirotan guru besar di khalayak ramai. Ketika itu saya tingkatan 4, lencana pengawas saya ditarik dan tangan saya dirotan empat kali hingga berdarah,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.



Itulah kenangan zaman kenakalan Mohamad sebagai pelajar di Sekolah Menengah Rantau, selepas ditanya tentang kenangan zaman persekolahannya dahulu.

Mohamad berkata dia dirotan Guru Besar, Hardial Singh atas kesalahan orang lain.



“Bukan saya yang buat salah tapi orang lain. Saya dituduh tapi saya tahu siapa yang buat cuma saya tak nak beritahu. Disebabkan rotan itulah saya menjadi orang,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.



Menurutnya, dia berterima kasih kepada Guru Besar itu kerana mendidiknya dengan penuh sabar sehingga menjadi orang berjaya kini.



“Walaupun pendidikan tidak tinggi dan bukan guru berijazah tetapi semangat dia kuat kerana mahu lihat semua pelajar Sekolah Menengah Rantau berjaya,” katanya.



Ketika ditanya siapa guru kesayangannya, Mohamad menjawab, isterinya, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin.



“Isteri saya seorang guru, dia tidak masuk universiti kerana saya suruh jadi cikgu. Sepatutnya dia masuk universiti bersama saya tapi I said no, you jadi cikgu and don’t worry I will marry you,” katanya berseloroh.



Mohamad berkata, isterinya seorang guru Bahasa Inggeris di Sekolah Seri Puteri di Jalan Kolam Ayer, Kuala Lumpur, sejak tahun 1979 hingga 1987.



“Selepas mengajar beberapa tahun, isteri saya berhenti kerana perlu mengikut saya ke London dan pulang semula ke Malaysia pada 1992.



“Ketika itu sudah ada tiga orang anak dan isteri mahu menjadi suri rumah sepenuh masa,” katanya.



Mohamad berkata, kerjaya seorang guru banyak menyumbang bakti kepada anak bangsa dan negara.



“Guru adalah hero yang tidak diraikan, Unsung Heroes. Tetapi guru janganlah berkecil hati kerana jasa mereka amat besar sejak dulu lagi.



“Kita berharap guru-guru berjiwa besar dan terus berbakti kepada tanah air dengan mendidik anak bangsa untuk membela negara,” katanya.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Friday, 15 May 2015

Luahan sayu hati ibu ini mengundang banyak komen-komen sayu rakyat Malaysia







Siapa sangka, status yang dikongsikan oleh Puan Lyn dibawah ini mengundang komen sayu daripada ramai pengguna Media Sosial. Baca lagi:




Memang. Aku yang kandungkan anak ini. 9 bulan. Lama.
Memang aku yang lahirkan dia 6 bulan lepas. Sakit.
Tetapi. Anak aku bukan milik aku. Dia adalah amanah dariNya. Dia milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil semula.
Jadi. Mengapa aku mengeluh untuk melayan dia tak tidur malam dan mahu bermain. Sedangkan aku selamba layan kawan-kawan di kedai mamak sampai ke pagi. Jangan aku lupa, anak ini milik Allah, bila-bila masa Dia boleh ambil balik.
Mengapa pula aku mengeluh kesal bajunya perlu dibeli lagi. Sedangkan baru sahaja dibeli bulan sudah. Sedangkan ramai lagi ibu bapa teringin hendak beli saiz lebih besar lagi. Apakan daya anak mereka lambat membesar pula. Jadi mengapa aku tak bersyukur dan gembira anak aku mengembang sihat. Mengapa aku mengeluh. Lupakah aku. Anak ini milik Allah. Bila-bila masa Dia boleh ambil balik.
Aku mengeluh lemah lagi tidak mampu menyimpan wang di bank. Setiap bulan ada sahaja kehendak dan keperluan anak ini. Matilah macam ni. Ya Allah. Sedarkah aku. Ramai lagi yang berhabis berpuluh ribu namun masih tidak diberikan Allah rezeki yang dipanggil anak. Lupakah aku Allah itu pemberi rezeki. Dia pemilik kesemua di langit dan di bumi. Termasuklah anak ini. Ingatlah. Bila-bila masa dia boleh ambil kembali.
Aku terus mengeluh. Tengah sedap bersembang di FB, si anak ini merengek mahu diangkat-angkat, diagah-agah pula. Ahhh mana boleh. Nanti jadi manjalah dia. Nah ambil ini dan mainlah sendiri. Allah. Mengapa aku mengabaikan pinjaman Allah ini. Entah berapa ramai yang mengangis merayu dalam sujudnya di malam hari mohon diberikan anak penyeri hidup. Tetapi Allah tak bagi. Allah berikan pada aku. Tetapi mengapa aku mengeluh. Inikan milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil kembali.
Ya Allah... Telah Kau berikanku anak sebaik, sesihat dan secantik ini.. Tetapi masih aku banyak bunyi.. Ampunkan aku ya Allah.. Kau panjangkanlah jodoh aku dan dia hingga jannahMu.. Kau berikanku petunjuk dalam melaksanakan amanahMu.. Sesungguhnya aku sering terlupa anak ini bukan milik aku.. Dia milikMu.. Bila-bila masa kau boleh ambil kembali.



Di bawah adalah beberapa komen beberapa pengguna media sosial di kalangan ibu-bapa. Komen-komen sayu mereka ini amat menyentuh perasaan apabila membacanya. Semoga ibu-bapa yang telah kehilangan permata hati mereka diberikan kekuatan dan buat pasangan yang masih menantikan kurniaan Ilahi bersabarlah dan teruskan berdoa. Sesungguhnya pasti ada hikmah untuk tiap-tiap sesuatu...



Baca lagi:















Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





LUAHAN SAYU AWEK CUN MELECUN 'HIDUP KENA KUEK'







Hidup kena kuat.



Rumah pertama. For investment. After sebelas bulan bekerja di Selangor, hasil simpanan gaji bulanan dan investment, saya beli property di Shah Alam. Memandangkan saya masih single, rumah ini bukan untuk saya diami tetapi untuk disewakan. Duit bulanan sewa itu saya akan rolling lagi for investment.



Every single day saya google cari property yang ingin dijual. Balik kerja, saya cepat-cepat tarik kerusi menghadap computer. Paper saya beli hari-hari untuk lihat advertisement part property. Panas mata panas kepala.



Weekend, saya drive 40km view rumah. For investment, cari rumah yang ada pasaran bagus. Dekat universiti, dekat hospital besar, dekat pusat bandar. Ada rumah siling rendah, ada juga terkena agent yang asyik reply tidak pasti bila diajukan soalan apa pun. Ada yang bila nak pergi view, agent tak bawa kunci! Banyak lagi untuk diceritakan. Perlu sabar dengan setiap masalah.



Akhirnya jumpa rumah. Saya tawar harga dengan owner asal. Owner asal bagi pilihan. Diskaun less RM10 ribu jika saya ingin fix sendiri. Saya pilih untuk fix sendiri.



Ya, memang boleh saya agree untuk bayar RM10 ribu lebih jika owner settlekan. Buat apa mahu susah-susah?? Tapi tidak, saya fikir lebih baik saya belajar sendiri.



Saya tidak duduk dengan keluarga sejak saya tingkatan 1. Ketika menuntut di Australia, kereta Ford saya accident, paint kereta rosak, saya pegi kedai accesories kereta, minta mat saleh bancuh warna paint Burgandy dan masuk dalam sprayer tin. $30, saya beli 2 tin. Beli kertas pasir grid kasar dan halus. Imam Sabri Samson ajar saya fix kereta accident. Dua hari saya gosok Ford dengan sand paper. Sampai licin. Terima kasih imam sebab ajar saya.



Bebalik kepada story rumah, saya tanya tukang cat. Tukang cat offer RM2 ribu. Then saya decide nak cat sendiri. Malam-malam after work, saya google color combination yang sesuai. Weekend, saya lari ke kedai hardware. Survey. Last decide beli cat glossy Jotun, plus alatan mengecat.



Adik datang help. Total kos cat satu rumah less RM1,000. Save seribu. Ilmu pun dapat.



After cat, beli scrapper dan thinner untuk bersihkan sisa cat. Berpeluh menggigil sendi tangan nak gosok. Tak mengapa, saya suka belajar.



Ramai teman saya sudah ada rumah sendiri. Sebahagiannya anak orang berharta. Ibu bapa menolong banyak. Join nama dengan mama, dengan papa, beli dua tiga rumah. Mama papa bagi deposit. Mama papa tolong belikan. Ada yang mama papa nak bagi rumah mereka pada anak so tak payah susah-susah. Ada yang selesa beli rumah cantik siap, it is their choice. Rezeki masing-masing.



What about me? My parents divorced and i got the news on my graduation day. My dad married to my step mom 1 month later and my mom was just getting married in Mac 2015. They kinda live in their world and i kinda live mine.



Since i was a kid, lot of things I decide on my own. Even after so many things happened in my life, both my parents are always diamonds in my heart. Like forever.



This is why I learn troubles. Hidup kena kuat. Belum mention berapa lamaran pernah ditolak. Berapa broken hearts. Saya bukan sengaja. Ada obstacles yang hanya saya faham.



After all, again, saya suka kalau ramai antara kita yang belajar skill hidup sendiri. Especially perempuan. Belajar tukar mentol, tukar kalimantang, cat rumah, suka pergi kedai hardware, fix leaking, fix flush toilet rosak, tolong suami dan jika lelaki, apatahkan lagi. Haruslah.



One chinese man at my working place once said to me "Pija, I think you are the most wonderful independent women i've ever known! " ^___^ ~



(Eh panjang pulak karangan kali ni!)



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Wednesday, 13 May 2015

PUNCA TINDAKAN SPONTAN SULTAN BRUNEI BUAT ORANG KAGUM TERSEBAR







Tindakan Sultan Brunei itu pasti menjadi kenangan manis buat para anggota Polis tersebut. Walaupun sudah biasa memberi "Escort" VIP, namun sudah tentu mereka tidak pernah mengalami pengalaman seperti itu yang datangnya dari seseorang yang berstatus Sultan.




"Sebaik baik pemimpin adalah pemimpin yang sentiasa menghargai orang bawahan. Kagum dan respect bila melihat Sultan Hassanal Bolkiah turun dari kenderaannya terus meluru kepada anggota polis yang escotnya untuk bersalam tanda terima kasih sewaktu d Lapangan Terbang Pulau Pinang... biarpun pada waktu itu ramai orang kenamaan menanti untuk bersalam dan mengucap selamat jalan pada tuanku...inilah pemimpin Islam yang harus dicontohi. Semoga Allah panjangkan umur Sultan Hassanal Bolkiah." Tulis Joery.





















Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Tuesday, 12 May 2015

MESTI BACA 'KENAPA SAYA TAK MELABUR DALAM TABUNG HAJI ATAU ASB?' AMAT MENGEZUTKAN!







Salam Isnin semua. Minggu lepas, saya dijemput untuk buat perkongsian berkenaan ilmu pelaburan di dalam sebuah forum yang dianjurkan oleh UKM. Antara pelabur lain yang dijemput adalah :



1. Prof Ben Jacobson yang telah menulis beberapa buku dan juga pakar ekonomi dan saham di Edinburgh University



2. Prof Barjoyai yang telah membina 3 buat syarikat yang yang beliau berjaya listkan di pasaran saham Toronto, Canada.



Kesemua 3 ahli panel hari itu, seperti saya juga tidak melabur dalam pelaburan berbentuk unit amanah. Ada seorang pelajar yang bertanya dengan saya kenapa saya tak melabur dalam ASB atau Tabung Haji. Saya jelaskan kepada yang bertanya yang saya ni tak dilahirkan kaya. Jadi duit saya tak banyak dan saya tak percaya orang lain untuk jaga duit dan masa depan saya. Jadi saya dapati pelaburan hartanah adalah paling sesuai untuk saya yang tiada wang yang banyak.



Berikut merupakan hujah sambungan saya :



1. Saya mahu kawal pelaburan saya : Dalam pelaburan jenis unit amanah, saya tidak dapat nak kawal pelaburan saya. Semua wang yang saya letak dalam unit amanah akan dijaga oleh "fund manager" atau pengurus pelaburan. Kalau pengurus pelaburan saya tak betul, maka habislah wang penat lelah saya.



2. Saya mahu kawal keputusan pelaburan saya dan impian saya : Dalam pelaburan hartanah atau saham, saya boleh kawal waktu pembelian dan jualan saya. Saya boleh kawal kawal siapa yang akan sewa atau beli hartanah saya. Dalam pelaburan unit amanah, semua ni akan dikawal oleh orang lain yang majoritinya makan gaji. Mereka tak kisah samaa-ada saya ada wang yang cukup untuk bersara. Mereka tak kisah kalau saya mahu hantar anak saya belajar keluar negara dan saya perlukan dana minimum RM1 Juta untuk tujuan ini.



3. Saya tak mahu bayar yuran pengurusan : Dalam pelaburan jenis unit amanah, pihak pengurusan biasanya menggaji berpuluh/beratus orang makan gaji yang bijak pandai untuk menguruskan pelaburan ini. Gaji mereka ini dibayar oleh yuran pengurusan ( Management Fee) yang berkadar 1%-6%. Orang yang tak punya duit besar macam saya, akan rasa yang management fee ni mahal.



4. Lebih percayakan diri sendiri dari org lain - Saya belajar banyak untuk pastikan saya boleh uruskan harta sendiri. Saya beli hartanah pertama lepas belajar 2 tahun secara sendiri. Saya mula belajar dari tahun 2003 dan beli rumah pertama tahun 2005. Saya mula melabur hartanah secara besaran dan berani membeli lebih dari 20 hartanah hanya mulai dari tahun 2008. Dah 5 tahun belajar baru berani melabur besar-besaran.



Kalau saya letakkan duit dalam pelaburan jenis unit amanah, saya tak tahu siapa yang uruskan wang saya, kredibiliti mereka atau prestasi masa lampau mereka. Saya hanya boleh letak dan berdoa sahaja yang mereka tidak akan buat kesilapan.



5. Saya boleh dapatkan pulangan lebih 30% jika buat sendiri dalam pelaburan hartanah. Ada hartanah yang saya beli pulangannya lebih dari 50% tiap-tiap tahun, ada yang lebih dari 100% setahun. Rezeki tu datang dari Allah dan so far masih belum pernah ada kerugian melabur dalam pelaburan hartanah sebab saya buat banyak kajian sebelum membeli setiap hartanah. Alhamdulillah.



Post ini bukan dibuat utk cemuh mana2 pihak. Sekadar perkongsian pendapat peribadi dari saya. Bila kita melabur dalam unit amanah, nasib pelaburan kita jatuh ke tangan orang yang bantu kita buat pelaburan itu. Memang diluar kawalan kita. Benda ni ( unit amanah) dah lama ada, cuma yang saya tak faham kenapa baru-baru ini sahaja ramai yang mula nak meraung dan jadi pakar ekonomi di Facebook.



Saya ni jenis yang lebih rela rugi duit kerana kesilapan sendiri, dari org lain yang buat silap dan merugikan saya. At least saya dapat belajar dari kesilapan saya dan melabur lebih baik pada masa akan datang. Untuk SEMUA jenis pelaburan, kita kena buat 3 step ini :



- BELAJAR, FAHAMKAN, DAN BARU MELABUR.



Kalau anda belum belajar dan tak faham, jangan melabur. Takut melebur nanti.



SAMBUNGAN ( berdasarkan komen-komen yang telah saya terima )



Salam semua, terima kasih atas semua komen dan pendapat. Pendapat saya dibawah adalah untuk menjawab banyak soalan dan pertanyaan yang ditujukan pada saya :



1. Ada yang kata pulangan saya yang lebih 30% tu tinggi sebab saya ambil risiko yang tinggi. Ini tak benar. Pada saya, risiko saya lebih rendah dari pelaburan unit amanah spt ASB atau Tabung Haji. Kalau ada ilmu, anda boleh mengurangkan risiko anda seminima yang boleh. Risiko kita akan tinggi bila kita tak tahu apa jenis pelaburan yang kita buat.



2. Ada yang kata pelaburan hartanah adalah untuk org yang bermodal tinggi sahaja. Kalau anda pernah baca buku saya, anda akan tahu yang saya dah beli lebih dari 10 hartanah secara PERCUMA. Kalau ada ilmu bukan susah nak beli hartanah tanpa pakai duit.



3. Majoriti pelaburan saya (99%) adalah dalam hartanah. Baki 1% dalam saham yang dibeli sendiri. Portfolio saham saya kecil je, pulangan saya tahun lepas dari pembelian saham adalah 40%. Main saham secara suka-suka. Saya percaya kalau kita nak pandai dalam suatu ilmu, kena ada fokus. Saya tak percaya kepada pemecahan aset ( asset diversification ) kerana kalau anda tgk mana-mana pelabur bertaraf dunia, mereka pun tak suka asset diversification. Warren Buffet pernah cakap yang asset diversification adalah untuk mereka yang tak pasti apa mereka tgh buat. Siapa beliau? Dia adalah pelabur no.1 di dunia.



4. Saya pilih hartanah sebab saya nak kawal pelaburan dan duit saya. Kalau anda tak setuju dan masih mahu melabur dalam unit amanah, terpulanglah kepada anda. Itu duit anda. Tapi jgn bising pula bila fund manager anda pergi membeli tanah/aset/saham pada harga yang anda sendiri rasa melampau.



5. Kalau anda melabur dalam unit amanah sebab tiada masa untuk utk belajar sendiri, saya faham. Ramai client saya di FAR Capital Sdn Bhd juga meminta saya melabur utk mereka kerana mereka sibuk dgn kerjaya dan keluarga masing masing. Tapi saya akan jelaskan kepada mereka kenapa, di mana, and sebab saya melakukan pembelian hartanah tersebut untuk mereka. At least mereka faham apa yang saya beli, SEBELUM saya buat pembelian. Fund manager unit amanah anda sekarang ada buat penjelasan sebelum mereka beli?



Belajar dahulu, baru melabur. Saya doakan anda semua lebih kaya dan berjaya ^^



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Pemuda Pas NS Tekad Bersama Pakatan Rakyat Dekati Pengundi Muda







Ustaz Nor Azman Mohamad mengekalkan jawatan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan yang disandang oleh beliau pada sesi lepas. Keputusan ini telah diperolehi dalam Muktamar Tahunan Pemuda PAS Negeri Sembilan Ke 30 yang berlangsung di Hotel Mayang Sari, Port Dickson semalam (10 Mei 2015).



Muktamar tahunan yang dirasmikan oleh Tuan Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS itu turut dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Tn Hj Mohd Taufek Abd Ghani, Pesuruhjaya PAS Melaka, wakil Parti Keadilan Rakyat, wakil Pemuda PAS Malaysia.



Dalam ucaptema “Mendepani Cabaran, Memimpin Massa” Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan menegaskan bahawa perjuangan PAS dalam menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 yang lepas adalah dalam rangka kerjasama politik (Tahalluf siyasi) bersama-sama dengan parti PKR dan DAP dalam entiti Pakatan Rakyat. Justeru kerjasama ini wajar dikekalkan dan diperkukuhkan dalam rangka untuk mencapai kemaslahatan umum bagi seluruh rakyat Malaysia.



Dalam pada itu, beliau juga menggesa agar pemuda menganjurkan program-program yang berimpak tinggi di setiap kawasan dengan memberi fokus kepada pengundi muda. Bagi mencernakan kefahaman tentang tema muktamar kali ini “Mendepani Cabaran, Memimpin Mass” beliau menggesa kepada semua perwakilan agar memberi fokus kepada program bersama rakyat berbanding tenggelam dalam perbezaan pandangan yang berlaku. Beliau cukup optimis bahawa perbezaan pandangan yang timbul ini adalah salah satu medium untuk mematangkan parti bukan untuk memecahkan parti.



Keputusan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan sesi 2015/2017



Ketua Pemuda: Nor Azman Mohamad

Timb Ketua Pemuda: Mohd Yusri Mohamad

Naib Ketua Pemuda: Mohd Azlan Bin Zainal



Barisan Ajk/Exco;

1. Mohd Fahri Maarof

2. Abdul Latip Yahaya

3. Rasyadan Hussin

4. Mohd Shazwan Zulkifli

5. Anas Kamaruddin

6. Mohd Anizar Abd Rahman

7. Mohd Saiful Ridzuan Jasmin

8. Muhammad Hanif Ibrahim

9. Mohamad Hashby Mohd Shah

10. Mohamad Mohshin

*Keseluruhan kabinet DPPN9 sesi ini Menang tanpa bertanding (MTB)



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Pendedahan gaya hidup Pengasas Sendayu Tinggi ini wajar buka mata







Kisah benar pendedahan gaya hidup Pengasas Sendayu Tinggi:



Pengasas Sendayu Tinggi, Puan Rozita Ibrahim. Semasa berbual-bual dengan beliau tempoh hari, beliau berkata...



"Ketika simpanan saya ada RM 8 juta di dalam bank, saya masih memandu MyVi. Sekarang pun saya lebih selesa memandu Toyota Prius dari rumah ke pejabat. Handbag saya pula hanya berharga RM 200 dari Guangzhou!"



Sambung beliau lagi....



"Bagi saya, kecantikan wanita itu pada 'otaknya'. Apa guna pakai barang-barang berjenama tetapi tiada 'otak' dan malas berusaha"

_________________



Dengan keadaan kos hidup yang semakin meningkat ketika ini, kata-kata Puan Rozita walaupun singkat namun wajar menjadi ikutan dan memberikan motivasi kepada semua.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





PUNCA BOS HEBAT BAWA 6,400 KULI BATAKNYA BERCUTI DI PERANCIS SEBAGAI GANJARAN TERSEBAR







PARIS - Seorang hartawan dari China, mencipta rekod dunia apabila membawa 6,400 kakitangannya bercuti serentak selama 4 hari ke Perancis bagi menyambut ulang tahun ke 20 syarikatnya.



Lapor Daily Mail, Pengerusi Kumpulan Tiens, Li Jinyuan, 57, yang juga tersenarai antara individu terkaya oleh majalan Forbes, memberikan kejutan istimewa dengan menempah sebanyak 4,760 bilik hotel bertaraf empat dan lima bintang di Cannes dan Monaco.



Syarikat konglomerat antarabangsa milik lelaki itu terlibat dalam perniagaan bioteknologi, pengurusan kesihatan, e-dagang, perhotelan dan pelancongan.



Ketika berada di pusat peranginan Cote D'Azur, kumpulan besar pelancong dari China itu turut mencipta rekod baru Guinness World Record kerana menggunakan khidmat 147 buah bas untuk mengambil mereka dari hotel ke Promenade des Anglias di Nice.



Hasil kedatangan mereka itu saja telah memberikan keuntungan sebanyak 33 juta euro (RM132.91 juta) kepada Perancis dan lebih 20 juta euro (RM80.55 juta) kepada Nice.















Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Saturday, 9 May 2015

Kisah benar isteri sarat hamil diabai suami ini wajar dijadikan pengajaran







Kisah benar ini diceritakan oleh Kak Hasanah yang melihat kejadian ini berlaku didepan matanya. Kejadian ini walaupun nampak ringan, namun seringkali berlaku tanpa disedari. Semoga menjadi iktibar dan pengajaran buat para suami diluar sana. Baca lagi:



Pernah saya perhatikan sepasang suami isteri di kawasan shopping mall.



Selesai mencari tempat parking, suami mengeluarkan wang lalu menghulurkan kepada isteri. Membiarkan isteri membeli belah seorang diri dalam keadaan perut memboyot ke hadapan. Saya kira usia kandungan isterinya telah mencecah 8 bulan, hampir 9 bulan. Saya perhati kelibat mereka dari kejauhan, si isteri berjalan sendirian dan si suami pula tidur dalam kereta sementara menunggu isterinya. Kebetulan saya dan bonda ketika itu hendak menuju ke kaunter pembayaran, terlihat wanita tadi sedang menolak troli yang penuh dengan barang-barang dapur. Ya Allah sayunya ketika itu, sesekali kelihatan dia mengelap peluh di hujung lengan baju. Bukan sekali menyaksikan perkara sebegitu, seringkali juga terserampak dengan isteri yang hamil terlalu sarat tetapi perginya ke hospital keseorangan diri, perginya ke pasar keseorangan diri, perginya ke mana-mana keseorangan diri.



Mana suami ?

Mana ?



Alasan kononnya 'meramaikan umat nabi Muhammad'



Tapi tak reti 'menjaga hak-hak dan cara nabi Muhammad menjaga isterinya'.

Tahu buat, tahu 'jaga'.

Taknak jaga, tak perlu buat.

Jangan menyusahkan isteri !



Kalaulah tugas dan tanggungjawab seorang 'suami' hanya kepada 'itu', lebih baik si isteri saja memikul tanggungjawab sebagai 'suami'. Malu pada Rasulullah.





Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Luahan sayu guru mengandung 8 bulan dicerai suami akibat berjauhan







Assalamualaikum, disini saya ingin ceritakan kisah pahit yang saya lalui sebagai guru. Saya berkahwin pada akhir Nov 2013 selepas itu saya bertugas pada Feb 2014. Dalam tempoh tersebut saya tidak dapat tinggal berasingan bersama suami, tambah pula masalah ayah mertua yang mengalami sakit ‘stroke’. Impian saya tidak kesampaian. Suami bekerja sebagai penjawat awam mengambil keputusan bekerja ulang alik dari kuala lumpur ke ipoh dan dari ipoh ke kuala lumpur setiap hari atas sebab menjaga ayah mertua yang sakit, perjalanan dengan menaiki bas. Dia bangun pada jam awal jam 3 pagi dan pulang pada lewat jam 10 malam. Saya sanggup mengantar dan mengambil suami dari hentian bas kerana ingin luang sedikit masa tersisa dengan suami walau keadaan saya sedang mengandung.



Setiap hari masa saya bersama suami sangat terbatas hanya pada hari sabtu ahad sahaja kami dapat luang masa bersama namun apabila saya terpaksa bertugas ke borneo menyebabkan keadaan berubah. Saya berusaha cari jalan untuk berpindah ke semenanjung tetapi usaha tidak berhasil,saya tetap bertugas di borneo. sikap suami kadang kala memberi tekanan kepada saya apabila kami bertengkar, punca pertengkaran kami kebanyakan disebabkan ibu mertua saya. Saya merayu kepada suami agar jangan dipanjangkan pertengkaran ini terutama dalam keadaan saya mengandung, ianya memberi tekanan hebat kepada saya. Pernah suatu ketika saya mengalami kemurungan disebabkan tekanan berjauhan malah kami bergaduh hal yang berpunca kerana ibu mertua, sehingga suami tidak mahu menjawab panggilan dan sms dari saya. Saya terpaksa meminta bantuan dari bapa, akhirnya masalah tersebut dapat diselesaikan.



Selepas itu, terjadi juga pertengkaran sehingga suami dengan mudah mengugut kata cerai dan berpisah, berulang kali saya berpesan pada suami agar tidak berkata seperti itu serta berbincang dengan baik, namun suami tidak mendengar kata. Sehingga usia kandungan saya 8 bulan suami bertindak menceraikan saya atas alasan yang sangat tidak munasabah. Penceraian yang berlaku memakan diri suami kerana sikapnya yang suka mengugut dengan gunakan perkataan tersebut agar saya tunduk serta patuh padanya. Malah campur tangan ibu mertua yang melaga-lagakan hubungan kami mengeruhkan keadaan selepas ayah mertua meninggal dunia.



Apa yang terjadi pada saya bukan saya ingin salahkan KPM seratus peratus tetapi sedikit sebanyak kesan berjauhan memberi impak negetif pada alam rumah tangga saya. Kini impian saya untuk tinggal berasingan dengan suami tidak kesampaian serta anak saya tidak dapat kasih sayang sepenuhnya dari ayah sendiri. Saya meminta pihak kementerian perihatin terhadap kami yang sudah berkeluarga. Saya sebagai ibu tunggal memohon pihak kementerian tidak abaikan kami, saya tidak mahu menanggung risiko membawa bayi ke borneo atas faktor keselamatan dan perjalanan yang sangat jauh. Saya benar-benar berharap dapat pindah,sekurangnya ada keluarga yang dapat membantu serta sepenuhnya dapat fully breastfeeding ank ini. Kalau pihak pertukaran membantu saya sgt hargai..sekarang saya tengah usaha untuk berpindah.





Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Friday, 8 May 2015

Punca Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Kembali Ke Permatang Pauh Dengan Undi Majoriti 8,841 undi Terjawap







BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kini kembali menduduki kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah memenangi PRK dengan majoriti undian sebanyak 8,841 undi.



Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Bilangan Undi: 30,310



Barisan Nasional (BN)

Suhaimi Sabudin

Bilangan Undi: 11,721



Parti Rakyat Malaysia

Azman Shah Othman

Bilangan Undi: 101



Bebas

Salleh Isahak

Bilangan Undi: 367



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Luahan sayu kehilangan seseorang...







" Look. Medic student final year, from University Moscow, Rusia. She have 2 months left for finished her study and planning to get married with someone (doctor), on August this Year. "



" What. Really ? Masya-Allah Hu Ya Allah. 2 months left ? Allah Allah. . "

Saya tundukkan kepala. Diam dan terus diam. Sebak.



" Yes really. Can you imagine that? It's not easy, there is one reality that I have always been scared of, scared to talk about, scared even to thinking about. "

Dia turut tundukkan sedikit wajah, seperti ada mutiara jernih yang mula membasahi pipinya.



Tiba-tiba saya teringat perbualan beberapa bulan, minggu, hari lepas about mereka yang berada di sekeliling saya.



#1 " Kak Hassanah kenal student Medic ni ? (sambil bagi link fb kepada saya). Ni Student University Alex Mesir. Namanya Ummi, dia kemalangan ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang nak balik Malaysia. Rapat juga dengan kakak tu, selalu chat, kalau tak silap dia nak engaged masa balik tanah air tu. Tapi Allah sayang dia. "



" Allahu Akbar, Ya Allah. . Allah. "



#2 " Saya terima berita itu, saat bersama seorang sahabat.

"Ingat tak akhi Makhzani, yang pernah sekali dengan akhi Hakimi dulu, kenal kan?"

Saya cuba ingat semula siapa orangnya.



"Oh kenal lah, kenapa?"



"Zaujah dia baru meninggal."

Eh, tersentak saya. Hampir tidak percaya.



"Really? Allahu, Innalillah wa inna ilaihi rojiun.."

Sejujurnya saya tidak kenal isterinya, tapi saya ingat beliau melangsungkan pernikahannya hujung tahun lepas. Dan hanya sempat berbulan madu dengan Zaujahnya selama 2 minggu di Malaysia. Setelah itu, akhi Makhzani meneruskan perjuangan menuntut ilmu di Mesir.



#3 "Tahu tidak Nurdina Assanah,? "



" Macam pernah dengar. Why ? "



" Pelajar final year accounting daripada University of Bristol, telah kehilangan ayah, ibu dan abangnya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Sungai Buloh.

Now dia dalam perjalanan pulang ke Malaysia. "



" What ? Ayah ? Ibu ? Abang ? Allah. . Allah. . Allah. ."

Saya kaku, membayangkan saya berada di situasi tersebut.



" Ya, dina kehilangan ayah, ibu dan abang sekaligus. Dina baru beria nak kenalkan bakal zauj with her parent. But, Allah knows best. "



#4 Ketika itu seorang sahabat usrah membuat panggilan,

" Assalamualaikum, ingat kak Sha ? Kita pernah bermuamalah dengan dia last year. "



" Ohh. .ingat. ingat. . kenapa ni ? "



" Dia baru meninggal tadi, padahal baru 3 hari jadi isteri orang. Sakit. You know, dia meninggal dalam keadaan tangan masih berinai. Huhhh. "



" Allah. Allah. Allah. . .Innalillah wa inna ilaihi rojiun. "



And have more reality story yang saya tidak selitkan di sini.

Buat kamu yang sedang membaca, can you imagine that ? Please imagine now. Letaklah diri kalian di mana-mana situasi di atas. It's not easy and not easy !

Losing the people I depend on, losing the people I love. Ya Allah. .

Air mata ini berderai saat menaip coretan ini. Dear all, Sometimes, Allah breaks our spirit to save our soul. He breaks our heart to make us whole. He sends us pain so we can be stronger. He sends us failure to make us humbler. He sends us illness so we remember Him . Sometimes, Allah takes everything away from us so we can learn the value of everything He's given us. Believe, that Allah knows what’s best for us. And finally, in the end we can say alhamdulillah for all His blessings in our life. I've written about this same thing a lot of times already, but yeah, this is me reminding myself in case I forgot.



Remember,

MATI bukan 'gurau'.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Thursday, 7 May 2015

Penyokong BN, Pakatan bertumbuk di SMK Guar Perahu. Penyokong Pakatan menang bergaya!







Satu insiden tumbuk menumbuk tercetus di antara sekumpulan penyokong Barisan Nasional (BN) dan PKR berhampiran SMK Guar Perahu di Permatang Pauh sekitar 11.15 pagi ini.



Insiden tersebut berlaku di tengah-tengah jalan raya apabila beberapa penyokong dari kedua-dua parti bergelut dan bertukar-tukar tumbukan di atas jalan raya yang memisahkan kawasan mereka berkumpul.



Pergaduhan meletus selepas kedua-dua kumpulan mula saling mengejek terhadap satu sama lain sejak 9.30 pagi.



Kumpulan tersebut disuraikan apabila Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya menyusup masuk ke tengah pergelutan dan meleraikan kumpulan yang berasak.



Insiden bermula apabila penyokong kedua-dua kumpulan tidak berpuas hati terhadap satu sama lain.



Penyokong BN yang berada di situ hadir memakai kemeja T bertulisan 'Mie Anak Muda Anak Tempatan Ada di Kawasan".



Sebilangan penyokong PKR bersorak-sorak ke arah kumpulan tersebut dan menayangkan beberapa keping wang kertas ke udara ke arah penyokong BN.







Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Wednesday, 6 May 2015

Gambar Mayat Wanita Di Bawah Jambatan Cyberjaya 6.5.2015

Gambar penemuan mayat wanita Rosshida Binti Abdullah di bawah Jambatan Cyberjaya sebelah Universiti Lim Kok Wing pada 6 Mei 2015. Lebih tepat lokasi kejadian adalah dalam belukar di bawah jambatan susur keluar Putrajaya ke Pulau Meranti bersebelahan Universiti Lim Kok Wing. Turut ditemui adalah kad pengenalan dan sekepinh nota bersebelahan mangsa yang mengesahkan mangsa berasal daripada Pasir Mas Kelantan dan berusia 30 tahun. Punca awal kematian dipercayai akibat kes rogol dan bunuh.

















Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Biodata Nur Atikah Alias Pelajar Malaysia Meninggal Dunia

Biodata dan gambar Nur Atikah Alias pelajar perubatan Malaysia meninggal dunia di Moscow Rusia. Dukacita dimaklumkan bahawa pelajar Malaysia yang menuntut di kampus Universiti Kajian Perubatan Kebangsaan Rusia pada April 2015 telah menghembuskan nafas terakhir pada 7.30 petang 5 Mei 2015 waktu Malaysia di Hospital Sklifosovskogo, Moscow. Terdahulu, Allahyarmamah telah menjadi mangsa kebakaran di asrama/ hostel kampus terbabit pada pukul 4.30 pagi waktu Malaysia 23 April 2015 yang lalu. Punca kematian susulan komplikasi pernafasan dan lecur di muka, tangan dan kaki.









Biodata Nur Atikah Alias Pelajar Malaysia Meninggal Dunia



Nama Penuh: Nur Atikah Binti Alias



Umur: 25 Tahun



Asal: Kuala Terengganu



Nama Bapa/ Ibu: Alias Yacob & Najiha Mat Jusoh



Bidang: MBBS ( Medicine atau Perubatan), Tahun Akhir



Status: Anak kedua daripada 5 Adik beradik



Punca Kematian: Melecur 30 Peratus



Pendidikan: Universiti Kajian Perubatan Kebangsaan Rusia (Russian National Research Medical University Moscow)



Tajaan Pendidikan: Biasiswa Yayasan Terengganu



Gambar Nur Atikah Alias Pelajar Malaysia Meninggal Dunia Di Rusia



















Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





"Ibu kami belum sedia jumpa Yana FMC"







GOMBAK - Ibu Allahyarham Fairuz Nizam Husin, Normah Toso, 65, enggan bertemu dengan seorang ahli kelab Familia Myvi Club (FMC) yang dikenali sebagai Yana FMC seperti yang diatur, petang semalam.



Difahamkan sebelum itu, pertemuan telah disahkan wakil FMC akan dilakukan di kediaman keluarga Allahyarham di Taman Batu Muda, di sini, kira-kira jam 5.30 petang.



Salah seorang ahli keluarga yang ditemui memaklumkan, satu pertemuan secara terbuka diadakan untuk Yana menjelaskan keadaan sebenar setelah keadaan kembali pulih.



“Buat masa ini mak belum lagi bersedia dan biarlah keadaan reda serta emosinya kembali stabil,” katanya.



Menurutnya, ahli keluarga mahu permohonan maaf dilakukan secara terbuka apabila keluarga sudah bersedia.



Katanya, emosi keluarganya sedikit terganggu dengan kenyataan melalui aplikasi WhatApps dipercayai oleh Yana yang tersebar dalam laman sosial.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Tuesday, 5 May 2015

Video CCTV Pelajar UNIMAP Maut Jatuh Di City Plaza Kedah

Video CCTV Muhd Nur Hadi Bin Hamdan pelajar UNIMAP maut jatuh di City Plaza Alor Setar Kedah. Insiden yang berlaku pada pukul 6.00 petang Ahad 3 Mei 2015 telah menyebabkan mangsa Muhd Nur Hadi Bin Hamdan terjatuh dari tingkat enam ke tingkat dua pusat beli belah terbabit. Difahamkan, ketika kejadian arwah bermain di tembok terbabit sebelum tergelincir dan terjatuh. Mangsa yang mengalami pendarahan teruk dibahagian kepala meninggal dunia pada 4 Mei 2015 jam 9.30pm di wad ICU Hospital Sultanah Bahiyyah Alor Setar.









Biodata Pelajar UNIMAP Maut Jatuh Di UTC Alor Setar Kedah









Gambar Pelajar UNIMAP Maut Jatuh Di City Plaza Kedah













Video CCTV Pelajar UNIMAP Maut Jatuh Di City Plaza Kedah










Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri