Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Monday, 25 May 2015

'MEE KARI HARAM KERANA ADA TULANG BABI'







Pengumuman!



Mee kari Merdeka Garden Jalan Labrooy, Ipoh telah disahkan haram.



Pada minggu lepas, Pegawai Agama telah melakukan operasi di premis tersebut dan mendapati terdapatnya tulang khinzir di dalam kandungan kuah kari.



Apabila ditanya, peniaga tersebut memberitahu tidak boleh salahkan dia. Dia tak kata (makanan yang dijual) halal dan dia juga memang tidak meletakkan logo halal.



Cuma orang Melayu saja yang memang sejak dari dulu lagi suka makan di gerai dia.



Tolong viralkan info ini kepada kawan-kawan yang lain. Sayangi Islam dan Melayu.



Nota kaki: Selamat mencuci darah ye semua.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Wednesday, 20 May 2015

Sayu. Kerana Cibaikan pelanggan dalam resit, pekerja Nando’s dipecat







Apa yang dilaporkan puncanya pelanggan meminta untuk menukar bahagian ayam namun ditolak pelayan kerana jumlah pelanggan yang ramai.



Pelanggan kemudian membuat permintaan kepada pengurus dan pelayan terpaksa akur dengan arahan pengurus atas kehendak pelanggan. Tak berpuas hati, pelayan mencetak resit pelik tersebut.



Laporan Malaysiakini menyebut, pihak Nando’s memutuskan untuk memecat pekerja tersebut.



“Kami berasa amat kesal dengan tingkah laku tidak sopan pekerja kami itu. Kami berasa amat kesal dan menghargai anda mengambil masa untuk memaklumkannya kepada kami.



“Kepada rakan Nando’s, insiden ini mencetuskan kemarahan pelanggan di restoran dan kami amat memandang serius perkara seperti ini.



“Hari ini, pekerja berkenaan secara rasminya telah dipecat,” kata Nando’s.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Luahan sayu Customer makan ayam dapat 'Cibai Customer'







PUTRAJAYA - Malang nasib seorang pelanggan Nando's diberikan gelaran lu-cah oleh pekerja restoran itu.



Dalam kejadian yang berlaku di restoran Nando's IOI City Mall dimana pelanggan tersebut meminta bahagian ayam 'drumstick'. Namun permintaannya ditolak atas sebab Nando's pada ketika itu menerima banyak pelanggan.



"Tak boleh, sebab ramai orang. Nanti customer lain tak dapat,"



Kecewa dengan permintaan tidak ditunaikan, pelanggan terbabit cuba meminta dari manager restoran terbabit.



Difahamkan, anak pelanggan berkenaan tidak makan bahagian dada ayam menyebab si ayahnya terpaksa meminta bahagian 'drumstick'.















Enggan memanjang hal remeh itu, pekerja yang sama akhirnya terpaksa mengalah dan memberikan 'drumstick' seperti yang dipinta oleh lelaki itu.



Menganggap perkara itu sudah selesai, rupanya tidak apabila pelanggan berkenaan terkejut dirinya dilabelkan sebagai 'cibai customer' di dalam resit bayaran.



Berang dengan tindakan kurang ajar pekerja terbabit, isteri pelanggan itu meminta laman Oh! Media menyiarkan aduan mengenai perkara tersebut.



Meskipun tidak mengetahui situasi kejadian yang sebenar, adalah tidak wajar pekerja Nando's melabelkan pelanggan mereka dengan gelaran lu-cah.



Nando's IOI City Mall perlu menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan tegas terhadap kakitangannya itu.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Thursday, 14 May 2015

MINUM 'AIR BERPERISA MAYAT'







KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terapung di dalam tangki simpanan air di salah sebuah blok perumahan Bukit Damansara pada Selesa lalu.



Mayat lelaki itu ditemui oleh pekerja penyelenggara kondominium berkenaan pada jam 9.25 malam setelah mereka menerima aduan dari penghuni berkenaan bau busuk air yang keluar dari paip rumah.



Penghuni yang terlibat, Abbas, 23, terkejut apabila air rumahnya mengeluarkan bau busuk seakan-akan bau air limbah semenjak Ahad lalu.



Menurutnya, bau dan rasa air itu agak meloyakan. Namun dia dan rakan serumahnya beranggapan paip rumah mereka berkarat.



“Sudah lima hari kami minum dan mandi dengan air tersebut. Hanya kelmarin (Rabu) kami tahu bau pelik dan busuk itu akibat ada mayat dalam tangki berkenaan selepas mendapat notis gangguan air.



“Saya difahamkan pihak pengurusan telah membersihkan tangki itu,” kata pelajar Universiti Help itu ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.



Difahamkan, blok yang terbabit dihuni hampir 1,000 penghuni.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





PUNCA TELUR BERDARAH, PENIAGA GUNA 'PELARIS' TERJAWAP







Seorang pengguna Facebook, Rizu Nads, memuat naik beberapa gambar makanan yang dibelinya dari sebuah kedai yang didakwa mengeluarkan tompok-tompok kemerahan seperti darah setelah memasang bacaaan Rukyah di komputer beliau.




"MasyaAllah. Waktu beli makanan tadi dah tengok telur goreng atas bawah semua ok. Then sampai office makan depan PC buka bacaan Rukyah, telur berubah bertompok-tompok merah seperti darah. Kuasa Allah memelihara dari pelaris yang kotor dari memasuki badanku. Subhanallah. Maha suci Allah,"



















Difahamkan, peniaga makanan terbabit didakwa telah mengguna pelaris bagi menarik pelanggan agar kembali semula membeli makanan di kedai mereka.



Taktik kotor seperti ini bukanlah kali pertama berlaku di negara ini berikutan sifat tamak, dengki dan ingin untung secara cepat si peniaga sehingga mengenepikan soal syirik dan haram.



Pengguna dinasihatkan agar lebih berhati-hati apabila membeli makanan di kedai atau restoran di luar. Sebaik-baiknya, rajinkan diri untuk memasak dan sudah tentunya kita yakin dengan masakan kita sendiri berbanding masakan di kedai kerana apa yang terjadi di sebalik kedai pun, kita tidak tahu.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Friday, 1 May 2015

Makanan Hospital Mengikut Negara (10 gambar)







Setiap negara mempunyai ciri-ciri dan kelainan tersendiri walau dari segi apapun. Tak kiralah dari segi budaya, cara hidup, pemakanan dan sebagainya. Semakin jauh kita merantau semakin banyak pengalaman yang ditimba. Salah satu yang paling menarik untuk diterokai adalah tentang makan.



Ramai orang mampu menikmati makanan dan masakan terbaik dari restoran

terkemuka di dunia namun tidak ramai yang dapat merasai makanan yang dihidangkan di hospital kecuali untuk pesakit.



Jadi, cuba kita lihat perbezaan makanan-makanan hospital dari seluruh dunia



Agak-agak sedap ke tak ye?



1. Jakarta, Indonesia











2. New York, USA











3. Dubai, UAE











4. Tokyo, Jepun











5. Paris, Perancis











6. Sydney, Austalia











7. Poland











8. Massachusetts, USA











9. China











10. Malaysia









Well! Setiap negara pastinya ada kelainan dan tekak yang merasa juga berlainan. Apapun, not bad!



Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Thursday, 30 April 2015

Mi segera boleh diambil sebagai makanan sihat







SHAH ALAM - Sajian mi segera boleh dijadikan sebagai salah satu makanan seimbang dan sihat.



Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr. Tee E Siong berkata, pengguna hanya perlu memasukkan sedikit sahaja perasa dan menambahkan bahan iringan lain.



"Malahan, mi segera boleh dimakan tanpa bahan perasa.



"Anda juga boleh gunakan bahan perencah sendiri. Masukkan sahaja ayam atau daging, tambahkan sayur-sayuran untuk jadikan sajian segera anda lebih seimbang," katanya kepada Sinar Online.



Tambahnya lagi, mi segera juga tidak berbeza seperti makanan tempatan yang lain seperti bihun dan kuey teow.



Mi segera diperbuat daripada bijirin dan gandum, sekali gus menjadikan ia sebagai salah satu sajian yang kaya dengan karbohidrat.



"Kita memerlukan karbohidrat untuk memberikan tenaga yang kita perlukan setiap hari. Garis Panduan Diet bagi Rakyat Malaysia menyarankan masyarakat mengambil separuh daripada bijirin sebagai diet harian.



"Mi segera boleh menjadi sebahagian daripada diet kita. Ia merupakan salah satu sajian yang kaya dengan karbohidrat," katanya lagi.



Dr Tee dalam pada itu turut menyanggah dakwaan penggunaan kaedah merlilin dalam proses pembuatan mi segera.



Menurutnya, proses pembuatan dan pengeluaran mi segera dibuat berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.



"Dakwaan terdapat kandungan lilin dalam mi segera tidak benar. Dalam proses tersebut (proses pembuatan mi segera), doh mi akan dipotong mengikut saiz yang ditetapkan, kemudian ia akan melalui proses stim dan dimasak menggunakan minyak masak.



"... Proses ini akan memastikan ‎mi itu tidak melekat antara satu sama lain. Tidak ada keperluan untuk menambah atau memasukkan bahan seperti lilin untuk mengelakkan mi melekat dengan satu sama lain," jelasnya.



Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Wednesday, 29 April 2015

Kalah tanding memasak, Azwan Ali maki pensyarah Kolej Komuniti







Azwan Ali belum mahu berhenti lagi dari perangai buruk maki hamunnya.



Terkini Azwan dilapor menghina dan memaki seorang pensyarah Kolej Komuniti Selayang kerana gagal di satu program pertandingan memasak yang dianjurkan kolej tersebut.



Najis!, bukan di tahap aku(not my level), kolej jamban, berniat busuk, pensyarah melayu yang biadap, jijik, bangsat, pergi jahanam(go to hell), maki Azwan Ali melalui laman Twitternya.



Berikut antara siri makiannya, mungkin yang terpedas boleh disuarakannya.











Azwan Ali juga telah menghadkan ‘followernya’ akaun Twitter untuk mereka telah diluluskannya sahaja.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





PUNCA PEKERJA KFC BERTUDUNG TUNJUK ISYARAT "JARI TONGAH SULEH" MEMBANTUTKAN SELERA MAKAN RAKYAT MALAYSIA







Video seorang pekerja wanita KFC menunjuk isyarat lu-cah tersebar di laman Facebook sejak 14 jam yang lalu dan telah mendapat 2,521 shares di laman berkenaan.



Insiden terbabit berjaya dirakam oleh pelanggan premis makanan segera itu dan dimuat naik oleh laman Facebook komuniti Cina.



Difahamkan, seramai 15 atau 20 orang pelajar sekolah berkunjung ke KFC Taman Putra untuk makan tengah hari.



Oleh kerana jumlah mereka terlalu ramai, mereka mencadangkan agar kerusi dan meja digabungkan supaya mereka boleh duduk berdekatan masing-masing.



Salah seorang dari pelajar terbabit meminta pekerja KFC berkenaan mengemaskan satu meja yang masih terdapat saki baki makanan pelanggan terdahulu agar mereka dapat mengabungkan meja seperti yang diinginkan.



Namun, wanita itu tidak mengizinkan pelajar terbabit mengabungkan meja-meja itu atas sebab akan menghalang laluan serta akan menyebabkan pelanggan yang lain juga turut berbuat demikian.



"Takkan dia nak biarkan kami duduk berasingan? 4 orang semeja?," kata pelajar terbabit.



Mereka tetap mahu mengabungkan meja-meja tersebut dan tindakan mereka itu menyebabkan wanita itu berkata,



"Lebih baik awak semua makan di luar,".



Kata-katanya membuatkan para pelajar terbabit terkejut dan tidak menyangka mereka sebagai pelanggan diperlakukan seperti itu.



"Patutkah dia berkata seperti itu kepada pelanggan? Bila diminta mengemaskan meja, muka masam mencuka dan nampak sangat tak selesa dengan kehadiran kami," luah pelajar berkenaan.



Akan tetapi, para pelajar terbabit tidak berkecil hati dengan pekerja terbabit dan beranggapan mungkin wanita berkenaan tertekan dengan kerja atau hal lain.



Keadaan bertambah buruk apabila wanita itu mula bertindak merakam gambar dan video mereka.



"Kami dah mula rasa pelik. Dia pandang dan jeling ke arah kami. Dan semasa makan, tiba-tiba terdengar bunyi shutter click dari arah dia (pekerja KFC) yang sedang merakam gambar/video kami.



"Kami hanya datang untuk makan, apa salah kami?," kata salah seorang pelajar berkenaan.












Pekerja KFC Taman Putra

Pekerja KFC Tunjuk Isyarat LucahLaporan penuh kejadian - http://goo.gl/PbYYXkMore: #MediaVids

Posted by My Media Hub on Monday, April 27, 2015









Berasa dalam keadaan yang tidak selamat, salah seorang pelajar berkenaan juga turut mengeluarkan telefon bimbitnya merakam gambar/video wanita itu.



Menyedari dirinya dirakam oleh pelajar berkenaan, wanita itu segera meninggalkan tempat itu dan menunjukkan isyarat lu-cah' terhadap sekumpulan pelajar itu.



"Sikap biadabnya kami boleh terima. Tetapi menunjukkan isyarat lu-cah? Bagaimana KFC ambil pekerja mereka? Kami hanya pelajar sekolah, bukannya beli minuman berkarbonat dan lepak di KFC untuk 3 4 jam. Kami berbelanja untuk makan di sini," katanya yang juga mahu KFC mengambil tindakan terhadap pekerja terbabit.



*tudung sekarang banyak murah



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





KFC MOHON MAAF, PEKERJA BERTUDUNG TUNJUK ISYARAT "JARI TONGAH SULEH"







Susulan video pekerja KFC Taman Putra menunjuk isyarat lu-cah kepada sekumpulan pelajar yang juga pelanggan premis makanan segera itu, KFC Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden itu.



BACA : PEKERJA KFC TUNJUK ISYARAT"JARI TONGAH SULEH"



Menurut kenyataan itu, pihaknya amat menitikberatkan kakitangannya beradab dan beretika ketika memberikan perkhidmatan kepada pelanggannya.



KFC Malaysia telah menjalankan siasatan dan pekerja terbabit telah digantung kerja.



Pihak KFC juga telah menghubungi kumpulan pelajar yang terlibat bagi memohon maaf di atas tindakan kakitangannya yang berkelakuan seperti itu.









Namun, masih ada segelintir netizen yang tidak berpuas hati kerana video yang dimuat naik itu tidak menceritakan dari awal kejadian itu. Mereka juga mahu mendengar penjelasan dari kakitangan terbabit yang mungkin sekumpulan pelajar berkenaan telah melemparkan kata-kata yang keterlaluan terhadapnya.



Bagaimanapun, KFC Malaysia telah tampil memohon maaf dan adalah lebih baik kes ini ditutup. Harus diingatkan, jika bekerja dengan sesebuah syarikat yang mana anda diwajibkan memakai 'uniform' rasmi, jagalah kelakuan dan tutur kata agar tidak mencemarkan imej syarikat.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Friday, 24 April 2015

Kisah sayu guru sekolah bersikap kejam rampas nasik lemak jualan pelajar kurang berkemampuan







"REZEKI YG DINAFIKAN terhadap 2 orang murid sekolah rendah Di daerah Barat Daya,Pulau Pinang. Amatlah menyedihkan dan tersentuh hati INI......Nasi Lemak yg dipesan rakan sekelas mereka dirampas oleh seorang guru perempuan dan Pengetua sekolah tersebut menyebabkan mereka berdua mengalami kerugian sbyk Rm17 yg mungkin utk menampung wang sekolah mereka......tindakan Pengetua memulangkan Nasi Lemak yg DIPESAN .......saya ulangi yg DIPESAN rakan sekelas mereka dikembalikan SELEPAS waktu persekolahan menyebabkan Nasi Lemak tersebut basi dan merugikan 2 beradik tersebut yg mungkin menbantu meringan beban hidup keluarga mereka dan ditambah dengan bebanan GST......WAJARKAH tindak Guru Perempuan dan Pengetua sekolah tersebut....macam mana Yg dinamakan Pengetua dan Guru sebagai PENDIDIK Jika tidak punya sifat PERIKEMANUSIAAN dan BELAS EHSAN terhadap 2 murid tersebut yg mungkin keluarga mereka dari golongan yg serba kekurangan"



Dari FB Izham Ibrahim AJK KONGRES MELAYU PULAU PINANG



Apa punya hati kaudulah guru wanita dan pengetua yang bersikap sebegini .. sedih betul bila terbaca kisah ini.



Teringat yang Hasan Malek ketika melancarkan demi kurangkan bebanan ibu bapa suruh bungkus makanan dari rumah ... yang kedua murid ini lakukan adalah kearah itu pun.



Betul-betul zalim dan kejamlah kedua guru wanita dan pengetua ini jika apa yang dimaklumkan ini benar dan sahih.



Tolonglah fikir sikit .. kalau kedua berasdik berkenaan dari golongan orang berada manakan mungkin dia menjual nasi lemak?????? Siot betullah!!!!!!





Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Tuesday, 21 April 2015

Rasai kesegaran dan keunikan ABC Kelapo di Tanjong Ipoh







JIKA anda seorang penggemar ABC, apa kata luangkan sedikit masa untuk merasai kesegaran dan kemanisan ABC Kelapo di Kedai Laksa Utara yang terletak bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abd Samad (SMKDAS), Tanjung Ipoh, di sini.



Malah, anda pasti lebih teruja untuk merasainya apabila ABC Kelapo ini dicampur dengan pelbagai bahan seperti kacang, laici, agar-agar dan ais krim bagi menambah kelazatan ABC ini.



Pengunjung bukan sahaja dapat menikmati ABC istimewa ini, namun mereka juga boleh menikmati hidangan seperti seperti mi kari, nasi ayam, burger dan air kelapa selain merasai keenakan laksa utara yang disediakan sendiri pemilik Kedai Laksa Utara ini.



Pemiliknya, Nor Nadia Modzir, 30, yang mengusahakan kedai tersebut bersama suaminya, Suhaimi Mohd Nor, 37, sejak lima tahun lalu.



Kata Nor Nadia, pada mulanya, mereka hanya menjual ABC secara kecil-kecilan setiap jam 11 pagi hingga 6 petang dan dia tidak menyangka perniagaannya kini semakin berkembang.



“Sebelum ini kami hanya berniaga ABC sahaja tetapi sejak pelanggan semakin ramai, kami cuba mencari kelainan. Kebetulan ketika itu, kami turut menjual air kelapa dan melihat jumlah biji kelapa yang banyak, kami mula memikirkan sesuatu yang unik untuk dijual di kedai ini.



"Jadi terhasillah ABC Kelapo ini yang mula dijual sejak Februari lalu. Awalnya, orang ramai masih belum mengetahui kewujudan ABC Kelapo sehinggalah ia diviralkan di laman sosial grup Facebook Kuala Pilah. Sejak itu, ABC Kelapo semakin terkenal dan ramai pengunjung datang ke sini untuk merasai ABC Kelapo dan laksa utara,” katanya.



Dalam pada itu, kata Nor Nadia, jualan air kelapa ada pasang surutnya memandangkan pada April, buah kelapa tidak berbuah atau lebih dikenali musim pokok kelapa melawas.



“Bagaimanapun, kami tetap membuka kedai seperti biasa kecuali Rabu. Dijangka keadaan ini akan pulih semula pada awal Mei ini. Kami mendapat bekalan merata tempat untuk memastikan bekalan kelapa pandan atau kelapa mawar warna kuning sentiasa ada kecuali musim pokok kelapa melawas,” katanya.



Katanya, meskipun GST telah dilaksanakan, harga makanan di kedainya masih tetap sama.



“Kami tetap menjual juadah makanan seperti laksa utara dengan harga RM3.50 begitu juga air kelapa dengan harga RM3 dan ABC Kelapo berharga RM6,” katanya.





Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Punca roti canai naik 20 sen 1 Mei ini terjawap







MARANG - Pengusaha restoran di Marang akan mengekalkan harga makanan berasaskan gandum pada harga lama, walaupun terdapat segelintir peniaga di pusat bandaraya sudah mula bercadang untuk menaikkan harga roti canai.



Seorang pengusaha restoran di Bukit Payong di sini, Noramrah Mohamad, 34, berkata, harga roti canai masih kekal pada harga lama iaitu roti kosong RM1 sekeping; roti telur RM1.80; capati RM1.50; roti sardin RM3.20 serta roti tisu RM2.



Menurutnya, pihaknya juga tidak bercadang untuk menaikkan harga makanan berasas tepung itu dalam masa terdekat ini kerana enggan kehilangan pelanggan yang sudah biasa dengan harga lama walaupun restoran itu mendaftar untuk GST.



“Harga makanan berasaskan gandum masih kekal pada harga lama iaitu harga lama sebelum GST walaupun kos modal meningkat sedikit dari segi kenaikan harga barang mentah termasuk harga plastik bungkusan dan lain-lain,” katanya.



Beliau mengulas mengenai tindakan segelintir peniaga di pusat bandaraya yang bercadang untuk menaikkan harga makanan berasas tepung, termasuk harga roti canai pada pada harga RM1.20 berbanding RM1 yang dicadangkan bermula 1 Mei ini.



Notis pemberitahuan harga baharu makanan berasas tepung bermula 1 Mei depan itu juga ditampal di beberapa sudut mudah dilihat pelanggan walaupun ia adalah sebuah kedai makan kecil yang dipercayai tidak mendaftar untuk GST.



Senarai harga itu juga tidak memaparkan perbandingan harga lama dan hanya memaparkan harga dicadangkan untuk dinaikkan bulan depan antaranya roti kosong RM1.20 sekeping; roti telur RM1.70; murtabak daging, ayam dan sardin RM3.50.



Seorang lagi peniaga di Bandar Marang, Mohd Awang, 50, berpendapat, tindakan peniaga di pusat bandaraya yang bercadang untuk menaikkan harga makanan berasas tepung itu mungkin disebabkan keuntungan diperolehnya menjadi semakin mengecil.



Ini kerana, katanya, modal untuk membeli barang meningkat berikutan perlaksanaan GST walaupun pemilik premis itu mungkin tidak mendaftar untuk GST namun masih perlu membayar lebih sekiranya berlaku kenaikan harga barang.



“Selepas perlaksanaan GST, harga air batu naik, harga plastik membungkus makanan pun naik dan itu tidak termasuk barang-barang lain yang sepatutnya tidak mengalami kenaikan selaras dengan saranan kerajaan,” katanya.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Punca pelajar U mainkan Mat Maslan ... anda ada jawapannya!

Pelajar kongsi gambar di media sosial sahut saranan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.













“Kami sahut saranan menteri,” kenyataan popular di laman sosial ketika ini.



Saranan Mat Maslan sebelum ini supaya memasak sendiri bagi menjimatkan wang daripada makan di luar.



‘Idea’ Mat Maslan Sabtu lalu bagi mengurangkan beban GST di kalangan pelajar.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri