Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Friday, 15 May 2015

Rasanya Ramai Tidak Tahu Kenapa Kasut Sukan Mempunyai Lubang Tali Kasut Lebihan, Ini Fungsinya...







Kasut adalah satu alat yang penting ketika bersukan. Pemilihan kasut berdasarkan kepada kesesuaian pemain serta tahap kekuatan mengikat tali kasut juga sangat penting bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pemain sukan ketika beraksi.



Akan tetapi, pernahkah anda tertanya-tanya kenapa kasut sukan anda mempunyai lubang tali kasut lebihan pada bahagian paling atas? Siakapkeli rasa anda tidak tahu.



Sebuah video di laman Youtube menunjukkan kepada penonton apakah kegunaan lubang tali kasut yang berlebihan itu.



Ia bukan semata-mata untuk memastikan kasut itu melekat di kaki, malah ia juga mampu mengelakkan kaki anda dari tercedera.



Jom saksikan video di bawah cara-cara menggunakan lubang kasut yang dikatakan itu.










Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Saturday, 9 May 2015

Pandangan Tunku Mahkota Johor ini bakal buat Khairy Jamaluddin & FAM sentap







Tulisan dibawah dikeluarkan melalui Page Rasmi Johor Southern Tigers daripada Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim kepada YB Khairy Jamaluddin dan FAM. Baca lagi:



Kepada YB Khairy Jamaluddin dan FAM...



Saya jujur, neutral dan saya sebenarnya lebih suka mendiamkan diri, tetapi kadangkala saya terpanggil untuk bersuara. Terdapat satu yang telah dipolitikkan.



Baru-baru ini, Malaysia telah mengaturkan satu perlawanan dengan Tottenham Hotspurs. Saya ada satu soalan... Sebagai Menteri Belia dan Sukan serta ahli politik, anda bertanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat. Selain itu, anda juga bertanggungjawab memegang jawatan tersebut dengan penuh dedikasi dan integriti. Saya ingin juga mengucapkan syabas kerana telah menjalankan tugas dengan baik untuk sukan negara.



Anda tentu tahu bahawa perlawanan antara Tottenham Hotspur dan Malaysia tersebut tidak membawa sebarang faedah kepada pasukan kebangsaan, tetapi saya terkejut anda berkata sebaliknya dan berpendirian seperti FAM. Perlawanan ini hanya mempunyai satu tujuan sahaja, iaitu untuk meraih keuntungan bagi FAM dan pihak penganjur yang membawa pasukan tersebut ke Malaysia. Adakah ianya membawa sebarang manfaat kepada pasukan kebangsaan untuk kelayakan Piala Dunia?



Anda, saya, dan seluruh rakyat Malaysia tahu ianya tidak mendatangkan faedah. FAM mendakwa perlawanan ini adalah salah satu perlawanan sebagai persediaan untuk kelayakan Piala Dunia. Pertama sekali, ianya tidak membantu ranking dunia kita; dan keduanya, ianya tidak membantu persiapan pemain tempatan kerana terdapat lima pemain asing dipilih untuk bermain. Kita harus beri lebih fokus kepada FIFA Match Dates kerana ianya boleh memberi lebih manfaat kepada performance dan ranking.



Pandangan dan nasihat saya kepada YB Khairy... Berdiri teguh bersama penyokong bolasepak negara, dan perjuangkan perkara yang betul. Sebagai seorang yang akan memimpin pada masa akan datang, rakyat perlu tahu bahawa sebagai pemimpin mereka, anda akan memperjuangkan kebenaran. Anda patut berkhidmat kepada mereka dengan menyuarakan permasalahan dan ketidakpuasan hati mereka terhadap FAM, yang telah menguruskan bolasepak negara dengan tidak memuaskan selama 30 tahun kebelakangan ini. Untuk maju ke hadapan demi bolasepak negara, kita perlu menumpukan usaha terhadap prestasi dan ranking pasukan kebangsaan. Tidak lupa juga untuk mengagihkan hasil dan hak penyiaran secara adil kepada setiap pasukan yang bertanding.



Saya tahu, anda sentiasa ada jawapan bagi segala persoalan. Contohnya, anda pernah menyatakan bahawa Bukit Jalil merupakan Stadium Kebangsaan dan selaku Stadium Kebangsaan, "cow grass" tidak sesuai digunakan dan rumput yang lebih berkualiti diperlukan. Namun hari ini, anda mengambil khidmat jururunding padang PBNJ bagi menggantikan rumput di SNBJ dengan "cow grass" dan memuliharanya sebagaimana dilakukan di Larkin.



Anda seorang menteri yang baik, berkeazaman, dan berdedikasi untuk masa hadapan, tetapi saya nasihatkan supaya anda mula lakukan apa yang betul demi pembangunan sukan terlebih dahulu, dan sentiasa tegur FAM jikalau ada perkara yang salah supaya rakyat akan sentiasa ingat anda mempertahankan perkara yang betul dengan penuh integriti; dan ini tentu membantu dalam perjalanan politik anda pada masa akan datang.



Akhir sekali, berkenaan "perlawanan sarkis" tersebut, saya tidak mengatakan supaya ianya dibatalkan, cuma saya berharap anda pastikan bahawa ianya tidak berulang, kerana kita perlu mula melakukan perkara yang bermanfaat untuk bolasepak negara, bukannya menguntungkan mereka yang berada dalam FAM. Anda telah mengendalikan sukan dengan baik, tetapi juga anda perlu memartabatkan bolasepak negara. Jangan biarkan bolasepak dipolitikkan sebagaimana beberapa isu telah dipolitikkan dalam negara sejak kebelakangan ini.



Saya bersuara bukan kerana hendak menjadi Presiden FAM. Saya takkan sekali-kali menjadi Presiden FAM. Saya bersuara kerana cintakan sukan bolasepak. Bolasepak seharusnya ditadbir dengan penuh integriti dan ketelusan, yang seterusnya akan menguntungkan semua pasukan yang bertanding di Malaysia. Dengan itu, adalah satu perkara yang boleh dibanggakan oleh pencinta bolasepak tanah air.



Pandangan ikhlas daripada,

Orang yang paling dibenci dalam bolasepak Malaysia.



DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Wednesday, 29 April 2015

'BALING BATU KEPADA SAYA KALAU BERANI' - TMJ







KUALA LUMPUR - Berang dengan insiden kekecohan yang berlaku di Stadium Ipoh setelah tamat perlawan JDT menentang Perak malam kelmarin, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar haters JDT membaling batu kepadanya.



Tunjuk Ismail atau lebih dikenali dengan gelaran TMJ ternyata amat berang dengan layan buruk yang diterima oleh penyokong JDT pada malam kejadian lalu mencabar penyokong pasukan lain yang menaruh kebencian yang mendalam terhadap JDT membaling batu kepadanya dari mencederakan penyokong JDT.



"Kepada pahlawan kekunci (keyboard warrior) dan juga kepada semua penyokong bola sepak dari mana-mana negeri, janganlah setakat berani berbunyi di alam maya. Kalau tidak berpuas hati, janganlah membaling batu kepada penyokong JDT.



"Balinglah kepada Presiden PBNJ kerana sayalah yang merevolusikan pembangunan bola sepak negeri Johor. Sila beritahu saya tarikh dan tempatnya dan saya akan datang," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.



Dalam kenyataan yang sama, TMJ turut menafikan bahawa penyokong JDT yang menjadi punca kepada insiden terbabit, sebaliknya mendakwa penyokong Perak yang mencetuskan pergaduhan dengan membaling objek terhadap penyokong JDT.



TMJ juga turut menyifatkan pebuatan penyokong Perak itu tidak bertamadun sejak tahun 2013.



“Sedar atau tidak bahawa tuduhan dilemparkan kepada penyokong JDT tersebut yang rata-ratanya datang bersama keluarga dan anak kecil. Mengapa tidak tanya sendiri kepada polis adakah kami yang mulakan dahulu. Lagu “JDT Bangsat” mula berkumandang dinyanyikan oleh penyokong Perak yang memenuhi stadium malam itu,” katanya.



Sehubungan itu, TMJ menyarankan FAM mengambil tindakan tegas terhadap pasukan PERAK dengan mendenda 'mata' yang diperoleh pasukan itu kerana ia lebih berkesan untuk menangani isnsiden yang sama berulang.



TMJ juga turut mengemukakan kronologi insiden kejadian di Staidum Perak seperti di bawah:






  • Selepas tamat perlawanan penyokong Perak berkumpul dan memenuhi lobi utama stadium dan hanya bersurai selepas dikerahkan oleh pasukan keselamatan.

  • Jalan utama menuju ke stadium turut dibanjiri penyokong Perak sehingga menghalang laluan kenderaan.

  • Dua bas JDT telah dibaling dengan objek keras.

  • Perbincangan diadakan oleh pengurusan JDT dan Ketua Polis Daerah Ipoh untuk mendapatkan kebenaran menggunakan trak FRU bagi menjamin keselamatan pemain.

  • Penyokong JDT yang berada di stadium diarahkan berkumpul di grandstand dan padang.

  • Beberapa penyokong Perak meluru masuk ke dalam stadium dari arah bertentangan grandstand dan membaling objek keras ke arah penyokong JDT.

  • Pada pukul 1.00 pagi, penyokong JDT diiringi pasukan keselamatan berjalan kaki ke Kem FRU Sg. Senam (berjarak 300-400 meter).

  • Penyokong menaiki bas dan diiringi pasukan keselamatan sehingga jalan masuk ke lebuh raya.






Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Tiang Gol Stadium Ipoh Perak Hilang Punca TMJ Buat Lawak

Tiang gol di Stadium Ipoh Perak hilang punca TMJ buat lawak Stadium Larkin turut hilang. Menerusi laman sosial pada 28 April 2015, kini tersebar foto TMJ dengan tagline “Alamak, Stadium Larkin Dah Hilang”. Kenyataan itu sebenarnya adalah ayat sindiran terhadap Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang mendakwa penyokong JDT mencuri tiang gol di Stadium tersebut pada perlawanan liga super 24 April 2015 yang lalu. Terdahulu, berlaku kekecohan di Stadium Ipoh susulan JDT tewas 2-1 kepada pasukan Perak. Bagaimanapun TMJ menafikan dakwaan PAFA yang menuduh penyokong JDT terlibat dalam insiden kehilangan tiang gol di Stadium berkenaan.









Tiang Gol Stadium Ipoh Perak Hilang Punca TMJ Buat Lawak



Pada 24 April lalu, berlaku kekecohan di Stadium Ipoh sehingga berlaku insiden kehilangan tiang gol di Stadium tersebut. Pihak Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) juga telah mendakwa bahawa penyokong JDT bertanggungjawab terhadap kerosakan pada papan iklan, jaring gol yang dikoyakkan serta kehilangan tiang gol di Stadium Perak.









Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Tuesday, 21 April 2015

VIDEO: Penyokong Liverpool Hina Penyokong Sedang Solat Akan Diambil Tindakan







Gara-gara menghina peminat beragama Islam menunaikan solat di Stadium Anfield, seorang peminat pasukan bola sepak Liverpool akan di bakal dikenakan tindakan.



Kejadian tersebut berlaku 8 Mac lalu ketika pertemuan liga antara Pasukan tersebut dengan Blackburn Rovers apabila Stephen Dodds mencetuskan kontroversi di laman sosial Twitter apabila memuat naik gambar Asif Bodi dan Abu Bakar Bhula sedang bersolat ketika rehat separuh masa pertama.



Beliau memuat naik gambar tersebut dengan 'caption' berbunyi, "Orang Islam solat semasa rehat separuh masa perlawanan perlawanan semalam #memalukan."









Kelab Bola Sepak Liverpool dalam kenyataan semalam telah menyatakan akan mengambil tindakan kepada individu yang menghina penyokong Islam tersebut dengan membuat satu laporan di Balai Polis Merseyside berkenaan tweet itu yang telah dimuat naik pada hari Ahad, 8 Mac.



Pihak polis telah menjalankan siasatan dan dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Liverpool untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap individu tersebut sehingga diberitahu kelak.









Kelab bola sepak tersebut juga mengeluarkan amaran kepada peminat-peminat bahawa mereka tidak akan bertolak ansur kalau terjadi lagi kes seperti ini dan menasihatkan supaya peminat tidak mewujudkan suasana diskriminasi dan komited dalam memastikan kelab tersebut mesra dan selamat untuk semua peminat tanpa mengira bangsa dan agama.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





TMJ cabar ‘si pengecut’ berundur







JOHOR BAHRU - Presiden persatuan bola sepak di negara ini dicabar untuk tidak bersikap pengecut sebaliknya menjadi berani atau berundur sekiranya tidak memahami tanggungjawab yang digalas.



Gesaan itu dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana menyifatkan seseorang presiden persatuan bola sepak perlu menyelesaikan permasalahan dalam sukan itu.



Menurut Tunku Mahkota Johor, seseorang presiden persatuan bola sepak tidak sewajarnya hanya go­yang kaki dan meraih popula­riti tanpa berani menyuarakan apa yang perlu seperti dalam soal pembahagian honorarium penyiaran televisyen.



"Kenapa saya seorang sahaja yang bersuara pasal hal itu seolah-olah saya menegakkan untuk semua pasukan yang bertanding dalam negara, saya tidak jumpa presiden lain kecuali saya yang berbuat demikian.



"Anda perlu faham hak penyiaran akan membantu semua pasukan yang bertanding dalam negara de­ngan mengurangkan beban dari segi kewangan semua pasukan yang berentap dalam liga, kenapa presiden lain senyap sahaja.



"Adakah anda semua lebih berminat dengan jawatan sahaja," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini semalam.



Beliau berkata, negara lain me­nyalurkan agihan honorarium penyiaran televisyen sebanyak 70 peratus kepada pasukan atau kelab yang bertanding dan 30 peratus kepada badan induk bola sepak, namun FAM pula berbuat sebaliknya.



Justeru, Tunku Ismail menyeru semua presiden persatuan negeri lain supaya bangkit dan memperjuangkan perkara itu dan jika mereka tidak memahami apa yang sedang dilakukan mereka seharusnya meletakkan jawatan.



"Bangun dan jalankan tugas de­ngan penuh integriti dan saya sendiri juga sangat telus dengan para penyokong, yang mana mereka berhak bertanya ke mana wang persa­tuan telah disalurkan selain misi dan arah tuju pasukan.



"Jadi, saya juga menyeru semua penyokong dalam negara supaya mula bertanya kepada presiden persatuan masing-masing mengenai perkara membabitkan perjalanan persatuan seperti yang saya lakukan," katanya.







Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri