Wednesday, 29 April 2015

'BALING BATU KEPADA SAYA KALAU BERANI' - TMJ







KUALA LUMPUR - Berang dengan insiden kekecohan yang berlaku di Stadium Ipoh setelah tamat perlawan JDT menentang Perak malam kelmarin, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar haters JDT membaling batu kepadanya.



Tunjuk Ismail atau lebih dikenali dengan gelaran TMJ ternyata amat berang dengan layan buruk yang diterima oleh penyokong JDT pada malam kejadian lalu mencabar penyokong pasukan lain yang menaruh kebencian yang mendalam terhadap JDT membaling batu kepadanya dari mencederakan penyokong JDT.



"Kepada pahlawan kekunci (keyboard warrior) dan juga kepada semua penyokong bola sepak dari mana-mana negeri, janganlah setakat berani berbunyi di alam maya. Kalau tidak berpuas hati, janganlah membaling batu kepada penyokong JDT.



"Balinglah kepada Presiden PBNJ kerana sayalah yang merevolusikan pembangunan bola sepak negeri Johor. Sila beritahu saya tarikh dan tempatnya dan saya akan datang," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.



Dalam kenyataan yang sama, TMJ turut menafikan bahawa penyokong JDT yang menjadi punca kepada insiden terbabit, sebaliknya mendakwa penyokong Perak yang mencetuskan pergaduhan dengan membaling objek terhadap penyokong JDT.



TMJ juga turut menyifatkan pebuatan penyokong Perak itu tidak bertamadun sejak tahun 2013.



“Sedar atau tidak bahawa tuduhan dilemparkan kepada penyokong JDT tersebut yang rata-ratanya datang bersama keluarga dan anak kecil. Mengapa tidak tanya sendiri kepada polis adakah kami yang mulakan dahulu. Lagu “JDT Bangsat” mula berkumandang dinyanyikan oleh penyokong Perak yang memenuhi stadium malam itu,” katanya.



Sehubungan itu, TMJ menyarankan FAM mengambil tindakan tegas terhadap pasukan PERAK dengan mendenda 'mata' yang diperoleh pasukan itu kerana ia lebih berkesan untuk menangani isnsiden yang sama berulang.



TMJ juga turut mengemukakan kronologi insiden kejadian di Staidum Perak seperti di bawah:






  • Selepas tamat perlawanan penyokong Perak berkumpul dan memenuhi lobi utama stadium dan hanya bersurai selepas dikerahkan oleh pasukan keselamatan.

  • Jalan utama menuju ke stadium turut dibanjiri penyokong Perak sehingga menghalang laluan kenderaan.

  • Dua bas JDT telah dibaling dengan objek keras.

  • Perbincangan diadakan oleh pengurusan JDT dan Ketua Polis Daerah Ipoh untuk mendapatkan kebenaran menggunakan trak FRU bagi menjamin keselamatan pemain.

  • Penyokong JDT yang berada di stadium diarahkan berkumpul di grandstand dan padang.

  • Beberapa penyokong Perak meluru masuk ke dalam stadium dari arah bertentangan grandstand dan membaling objek keras ke arah penyokong JDT.

  • Pada pukul 1.00 pagi, penyokong JDT diiringi pasukan keselamatan berjalan kaki ke Kem FRU Sg. Senam (berjarak 300-400 meter).

  • Penyokong menaiki bas dan diiringi pasukan keselamatan sehingga jalan masuk ke lebuh raya.






Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





No comments:

Post a Comment