Thursday, 21 May 2015

NOTIS SAYU LARANG KAKITANGAN BERCINTA AMAT MEMILUKAN







Notis larangan dan syarat bercinta dengan rakan sekerja yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat tersebar di laman sosial.



Difahamkan, notis itu dikeluarkan oleh Eco-Shop Sdn Bhd, semalam yang ditujukan kepada semua kakitangannya.



Dalam notis itu, syarikat itu melarang keras kakitangannya yang sudah berkahwin, bercinta atau berkahwin dengan rakan sekerja walaupun pekerja tersebut masih bekerja atau sudah berhenti kerja.



Bagi kakitangan yang masih bujang pula dilarang mempermainkan perasaan orang lain.









Contohnya, bercinta atau menjalinkan hubungan samar-samar dengan dua orang atau ke atas pada masa yang sama, selain dari dilarang bercinta dengan suami/isteri orang.



Mana-mana kakitangan yang didapati melanggar peraturan itu akan dikenakan tindakan disiplin.



Sudah tentunya peraturan seperti ini diterima oleh segenap lapisan masyarakat terutamanya isteri-isteri di luar sana.



Namun, notis ini menimbulkan tanda tanya netizen. Apakah notis ini dikeluarkan oleh seorang janda? Tidak kurang pula yang mempertikaikan peraturan 'karut' ini yang dianggap sengaja menolak jodoh yang ditentukan Tuhan.



"Habis? Kalau jodoh dengan awek kat tempat kerja sama? Takkan nak tolak? Dahlah lawa, cantik, berbudi bahasa, dari keturunan baik-baik pula tu. Giler kau nak tolak?" kata Iqbal Khalid yang menolak peraturan tidak bertamadun itu.



Berlainan pula dengan seorang wanita bernama Sarah Hafizah Adnan yang dilihat menyokong peraturan seperti ini dilaksanakan.



"Zaman sekarang kat Malaysia main dengan rakan sekerja, seoffice pun ada walaupun dia isteri orang," katanya.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Status wanita ini buat para doktor di Seremban bongih







Status seorang pengguna Facebook membuatkan ramai doktor di Malaysia bengang kerana profession itu seolah-olah diperlekehkan. Menurut status itu, para pelajar perubatan sebenarnya telah dimanipulasi melalui maklumat yang tidak tepat di dalam buku teks. Malah wanita itu mengatakan bahawa segala maklumat di dalam buku teks itu boleh didapati dengan mudah melalui internet.



Walaubagaimanapaun, status itu dikecam hebat oleh ramai doktor di Malaysia. Melalui page Pseudosceince Watch (PW) turut menimbulkan 3 persoalan kepada wanita ini:




1. Jika benar 95% of medical textbooks ada dalam internet, PW nak tanya juga, paham ke baca?
2. Berbeza dgn qualified medical doctor, adakah Pn. Ain pernah berdepan dengan praktikal?
3. So sila jawab, siapa sebenarnya Dr Google?



Malah, status wanita turut mendapat respon negatif dan dijadikan bahan ejekan dalam komen-komen di Facebook.

















PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





DUBSMASH:Gejala yang tercela lagi jilake







Gejala DUBSMASH dikenali dalam istilah bahasa arab sebagai Al-Muhaakah(المحاكاة).Ia bermaksud meniru-niru gerakan atau suara orang lain kebiasaannya bertujuan untuk mengejek,menghina dan merendah-rendahkan orang lain.



Hukumnya haram,dan ia bertambah haram jika ia dilakukan bertujuan untuk mentertawakan orang lain ia termasuk dalam bentuk istihza'(mengejek),sindiran dan ghibah yang diharamkan syarak,bertambah haram apabila ia disertai muzik dan nyanyian.



Nabi Sallallahu'alaihiwasallam pernah menegur Ummul Mukminin Aisyah r.a ketika Aisyah r.a meniru gaya dan gerakan seseorang dalam ucapannya,Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:



ما يسرُّني أني حكيتُ رجلًا وإنَّ لي كذا وكذا



"Aku tidak suka meniru-niru(gaya) seseorang walaupun aku diberikan dengan seperti ini dan ini(sesuatu apa pun(yang bernilai)"



[ HR At-Tirmidzi:hasan shahih ]



Para Ulama menjelaskan perbuatan tersebut adalah perbuatan haram lagi tercela.Imam An-Nawawi rahimahullah mengkategorikan perbuatan Al-Muhaakah ini termasuk dalam perbuatan ghibah(mengumpat)yang diharamkan.



Ia juga termasuk perkara sia-sia,tambahan jika ia dilakukan bertujuan membuat orang ramai ketawa ia termasuk dalam kategori DUSTA yang dilarang dan didoakan kecelakaan bagi pelakunya oleh Nabi kita Sallallahu'alaihiwasallam dalam sabdanya:



ويلٌ لِلَّذِي يُحَدِّثُ بالحدِيثِ لِيُضْحِكَ بِهِ القوْمَ فيَكَذِبُ ويلٌ لَهُ ويلٌ لَهُ



"Celakalah orang yang bercakap sesuatu percakapan bertujuan dengannya untuk membuat orang lain ketawa,lantas dia berdusta,celakalah dia,celakalah dia!!."



[ HR Abu Daud:hasan ]



Apakah segala keseronokan DUBSMASH itu boleh ditebus dengan kecelakaan yang didoakan Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam?



Sebagai nasihat,tidak selayaknya seorang muslim berpelakuan seperti ini,seorang muslim wajib menjaga akhlaknya dan menggunakan masanya untuk perkara yang boleh memberi manfaat untuk agama dan dunianya,bukan dengan melakukan perkara yang tercela lagi hina seperti DUBSMASH ini.



Semoga Allah memberikan hidayah petunjuk kepada semua kaum muslimin.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Kisah sayu Ibu bersalin kehilangan darah 15 Liter beri pengajaran kepada Doktor ini

Kisah ini dikongsikan oleh Doktor Mohd Syamirulah Rahim ketika bertugas merawat ibu yang baru bersalin. Semoga menjadi iktibar kepada kita semua tentang betapa pentingnya kita terutama ibu bapa mengambil tindakan yang betul sebelum "nasi telah menjadi bubur".









KISAH BLOOD LOSS 15 LITER



Saya, meskipun dikira junior dibandingkan dengan doktor-doktor lain, alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah merasai beberapa pengalaman yang menjadi pengajaran sepanjang hayat buat diri saya.



Setiap pengalaman buruk, menimbulkan kesedaran kepada saya betapa pentingnya pencegahan serta rawatan awal, serta betapa mudahnya sesuatu yang kelihatan simple atau normal, bertukar menjadi disastrous dalam sekelip mata.



Antaranya, suka saya kongsikan sebuah pengalaman ini. Pesakit ini mengalami blood loss paling banyak sepanjang saya bertugas sebagai doktor.



Jumlah blood loss yang dialami pesakit ini, adalah 15 liter. Can you imagine, a patient with EBL 15 liter?



Some of you might ask, how is that even possible? Purata isipadu darah dalam badan seorang manusia pun sekitar 3 - 4 liter bergantung kepada saiz badan dan jantina , macam mana boleh berlaku pendarahan sampai 15 liter?



Jawapannya, pesakit ini mengalami komplikasi PPH. Post partum hemorrhage.



Saya masih ingat dengan jelas, hari kejadian ini. Ibu ini tiada masalah apa-apa, ketika mengandung, anak sulung, semasa bersalin pun tidak ada masalah yang serius.



Namun segalanya bermula apabila beliau telah selesai bersalin, namun pendarahan masih belum terhenti. Kita check habis, kalau-kalau ada luka yang tidak disedari, kalau-kalau ada cebisan uri tertinggal didalam rahim.



Rupanya pesakit ini, mengalami uterine atony. Rahimnya gagal mengecut. Rahim (uterus) adalah organ yang sangat penting, menerima salur darah secara terus dari internal iliac artery yang besar. Ia mengandungi salur darah kecil yang banyak, yang menghubungkan bayi melalui plasenta (uri).



Apabila bayi selamat dilahirkan, plasenta akan tertanggal. Hanya selepas plasenta tertanggal, barulah rahim dapat mengecut, dan hanya bila rahim mengecut barulah pendarahan dari dinding rahim akan berhenti. Sebab itulah dalam protokol kita, sebaik sahaja bayi dilahirkan, plasenta mesti tertanggal dalam tempoh 20 minit.



Kita tidak benarkan plasenta tinggal lebih lama dalam rahim, sebagaimana yang puak-puak "natural birth" hasutkan. Contoh macam kes kematian homebirth 2013 lalu, keterangan doula tu sendiri kata, bayi lahir pukul 11.30 tapi sampai zuhur plasenta masih belum tertanggal. Orang yang bertauliah seperti kami para doktor pasti akan terperanjat, "Eh gila apa biar plasenta sampai tiga jam, of course uterus tak well contracted!"



Baaaaaanyak sebab lain rahim tidak dapat contract. Tertinggal cebisan plasenta pun, menyebabkan rahim gagal mengecut, sekaligus menyebabkan pendarahan. Sebab itu kami dilatih, untuk memeriksa plasenta (uri) dengan lengkap. Setiap lapisan, setiap ketulan perlu diperiksa. Saya pernah dimarahi pakar ketika HO hanya kerana tergagap-gagap tak konfiden ketika periksa uri pesakit lengkap atau tidak.



Adakalanya kita dah rule out semua perkara - tetapi tetap masih rahim ibu tidak mengecut. Itu yang terjadi kepada pesakit saya pada hari tersebut. Kita buat bedside ultrasound, memang tak ada placenta retained. Houseman disuruh bukak balik plastik mengandungi plasenta, check balik kalau2 ada membrane tertinggal, cord dsb. Kita massage uterus tak henti-henti, kita buat nipple rub, semuanya tak menjadi.



Ketika itu, sudah dua jam postpartum, blood loss sudah mencecah 2 liter. Red alert diaktifkan, pesakit ditolak masuk ke bilik bedah dengan segera. Pakar datang, ketua jabatan datang. Jam pukul 4 pagi ketika itu. Bakri balloon dicuba, tetap masih bleeding tak berhenti. Kita request transfusi darah emergency untuk pesakit. Sambil darah ditransfuse, bleeding masih ongoing. Sebab itulah EBL boleh sampai mencecah 15 liter!



Hinggalah akhirnya, pesakit develop keadaan pendarahan yang paling menakutkan bagi setiap doktor. Ya, pesakit mengalami DIVC. Disseminated Intravascular Coagulopathy. Anda boleh tanya makcik-makcik doula tu explain, apa benda DIVC tu, memandangkan kelihatannya mereka expert dalam bidang ini.



DIVC regime ditransfuse bertalu-talu. Laparotomy terpaksa dibuat, rahim diperiksa secara direct, B-lynch suture dibuat tapi still bleeding, internal iliac artery ligation dibuat tapi still bleeding,



akhirnya, yang tinggal hanya satu cara terakhir, last resort untuk menghentikan pendarahan dan menyelamatkan nyawa pesakit...iaitu.. hysterectomy. Rahim terpaksa dibuang.



Alhamdulillah, pesakit akhirnya selamat, dirawat didalam ICU dan akhirnya discharge. Pesakit muda, berumur 19 tahun, anak baru seorang, tapi sudah tidak boleh mengandung. Namun setidaknya kami bersyukur dapat menyelamatkan nyawa sang ibu ini, mengelakkan bayi yang baru dilahirkan menjadi yatim sekelip mata.



Gambar di bawah, adalah gambar sebenar sebahagian review pesakit ini ketika dirawat didalam ICU. Ia menunjukkan pengiraan secara total berapa paket darah/komponen darah yang kita transfuse kepada beliau.



Tujuan saya mengambil dan menyimpan gambar ini, adalah sebagai peringatan kepada diri saya sendiri, betapa sesebuah kes, boleh bertukar menjadi buruk dalam sekelip mata. Tak siapa sangka, pesakit ini yang tiada masalah ketika mengandung, ketika bersalin, boleh jadi komplikasi sebegini. Lebih penting lagi, komplikasi ini, BOLEH JADI KEPADA SESIAPA SAHAJA.



Syukur alhamdulillah, ibu ini tidak membuat keputusan melulu selfish hendak homebirth dsb. Allah menggerakkan hati beliau untuk yakin dan percaya kepada kami, dan Allah jugalah yang memandu kami, memberi ilham dalam menyelamatkan nyawanya, dan alhamdulillah, dengan izinNya jua nyawa pesakit ini dapat diselamatkan.



Puak-puak homebirth/natural birth tidak suka cerita seperti ini. Mereka lebih gemar cerita "rebellious" seperti yang saya kongsikan sebelum ini. Mereka lebih suka cerita adventure mereka. Apabila kami para doktor mendedahkan hanya sesingkap dari pengalaman harian kami, mereka akan tuduh kami guna "scare tactics". Mereka tidak tahu, "scare tactics" inilah yang kami para petugas kesihatan hadapi hari demi hari.



Akhirnya, yang menjadi mangsa adalah orang awam yang terpengaruh dengan glory story mereka. Ingatlah, yang paling penting adalah keselamatan dan nyawa.



Saya sebenarnya tidak berapa gemar berkongsi kisah peribadi ataupun keluarga di FB. Namun untuk pengetahuan, saya baru sahaja menimang cahaya mata sulung minggu lepas. Isteri saya, alhamdulillah, bersalin di hospital kerajaan, disambut oleh jururawat. Hampir nyaris terjadi komplikasi, tetapi mujurlah alhamdulillah keputusan tepat pakar dan kehadiran MO senior segera menyelamatkan kedua-dua isteri dan anak saya. Alhamdulillah kedua-dua isteri dan anak saya, discaj dengan sihat.



Kepada ibu-ibu yang sedang menanti kelahiran cahaya mata masing-masing, pilihan di tangan anda. Puak-puak doula gemar memberikan hujah "ajal maut di tangan tuhan", kerana ini cara mereka mengelak dari bertanggungjawab. Namun tuhan kurniakan kita akal fikiran, tangan dan kaki sendiri, untuk kita pilih sendiri jalan yang kita lalui.



Pilihlah jalan yang selamat, yang mematuhi kedua-dua sunnatullah dan syariatullah. Hadis kata, ikat unta dan kemudian baru bertawakal, bukannya membiarkan unta bebas "natural" sambil bertawakal lepastu unta hilang kita jawab "dah takdir Allah.."



Dan ya, I am pro choice and my daughter is fully vaxxed and I'm proud of it.









PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri











Wednesday, 20 May 2015

'RAKYAT SUDAH MULA TERIMA GST. GST MENGUNTUNGKAN RAKYAT' - HASAN MALEK







KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia sudah mula menyedari bahawa pelaksanaan GST terhadap barangan tertentu tidak membebankan.



Kesimpulan itu dibuat berdasarkan jumlah aduan kenaikkan harga barangan dan penipuan semakin berkurangan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hassan Malek.



“Saya lihat rekod kita menunjukkan aduan semakin menurun. Persepsi saya ialah rakyat sudah mula memahami bahawa GST ini sebenarnya bukan menyusahkan sesiapa,” katanya selepas merasmikan pelancaran Buku ‘Coffee Table’ Hasan Malek ‘Legasi Pemimpin Berjiwa Rakyat’ di Gloria Jeans Coffee, Menara PNS, Bangsar South City pada Rabu.



Beliau berkata, 'penerimaan' rakyat itu jelas sekali menunjukkan bahawa pelaksanaan GST sebenarnya menguntungkan rakyat.



“GST ini menguntungkan rakyat,” katanya.



Menurut Hassan, penilaian aduan yang dibuat oleh KPDNKK itu menerusi pelbagai kaedah seperti, easy adu, e-aduan, mykira selain dari melalui telefon serta pusat anti percatutan.



“Semua kemudahan yang kita sediakan itu, mencatatkan penurunan, kamu semua boleh semak statistik di pejabat KPDNKK,” katanya.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





KAD TOP UP KEKAL GST 6%







KUALA LUMPUR - Setelah mendapat desakan rakyat, kerajaan hari ini memutuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan ke atas kad tambah nilai pra-bayar dikekalkan.



Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pengguna tidak akan dikenakan caj GST 6% semasa membeli kad tambah nilai, sebaliknya akan dikenakan caj 6% itu apabila nilai dalam kad tambah nilai itu dimasukkan ke nombor telefon masing-masing.



Menurut Shabery, kerajaan sedang berusaha mencontohi negara-negara lain yang turut mengenakan cukai ke atas penggunanya. Pengguna tidak akan dibebankan dengan GST ketika membeli kat tambah nilai, sebaliknya hanya dikenakan GST ketika membuat panggilan telefon, SMS dan sebagainya.



"Ia sama seperti penggunaan kad 'Touch n Go' dan bayaran tempat parkir kereta yang dikenakan cukai ini. Mereka hanya dicukaikan semasa penggunaan khidmat-khidmat ini," katanya ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat, hari ini.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





PUNCA TINGGALKAN BAPOK DEMI JANDA TERJAWAP SAYU







KUALA LUMPUR - Kisah dan gambar seorang lelaki meninggalkan kekasih transgendernya demi seorang janda tersebar di laman sosial.



Menurut individu yang memuat naik gambar tersebut, Azhar Idris, lelaki itu meninggalkan kekasih transgender (pelajar UiTM) untuk seorang janda yang menjadi pilihan hatinya.



"Janda sememangnya kini menjadi pilihan lelaki pada masa ini.



"Yang gambar seorang itu, ex transgender mamat tu. Yang girl dalam gambar berdua itu, janda yang dia couple," dedah Azhar yang mengakui mengikuti Instagram milik 'gadis' transgender berkenaan.



"Transgender itu kawan kepada kawan saya di UiTM Shah Alam ini. Dengar macam baik orangnya, study pun PhD. Tapi itulah, tak sangka dia pondan," katanya disusuli gelak ketawa.



Tampil seorang individu turut mengaku mengenali 'gadis' transgender ini.



"Saya pun kenal dia. Yes, dia baik orangnya. Tahu juga pasal kes putus dia dengan ex boyfriend tu. Dengar (cerita) dia kena buatan ilmu hitam orang selepas putus dengan mamat tu. Tapi dengar cerita, ex dia masih mencari dia tetapi dia dah tak nak dekat lelaki tu," katanya.



Dengan wajah yang persis gadis, tidak nampak ketara seperti seorang lelaki. Netizen pula tidak putus-putus memuji kecomelan 'gadis' transgender ini berbanding memfokuskan kepada lelaki dan janda tersebut.



Dalam kes seperti ini, hanya ada dua perkara yang mungkin berlaku sama ada, pilihan sendiri atau hormon/naluri kewanitaannya terlebih. Bagaimanapun, marilah kita berdoa agar beliau kembali ke pangkal jalan.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri