Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Thursday, 21 May 2015

Kisah sayu Ibu bersalin kehilangan darah 15 Liter beri pengajaran kepada Doktor ini

Kisah ini dikongsikan oleh Doktor Mohd Syamirulah Rahim ketika bertugas merawat ibu yang baru bersalin. Semoga menjadi iktibar kepada kita semua tentang betapa pentingnya kita terutama ibu bapa mengambil tindakan yang betul sebelum "nasi telah menjadi bubur".









KISAH BLOOD LOSS 15 LITER



Saya, meskipun dikira junior dibandingkan dengan doktor-doktor lain, alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah merasai beberapa pengalaman yang menjadi pengajaran sepanjang hayat buat diri saya.



Setiap pengalaman buruk, menimbulkan kesedaran kepada saya betapa pentingnya pencegahan serta rawatan awal, serta betapa mudahnya sesuatu yang kelihatan simple atau normal, bertukar menjadi disastrous dalam sekelip mata.



Antaranya, suka saya kongsikan sebuah pengalaman ini. Pesakit ini mengalami blood loss paling banyak sepanjang saya bertugas sebagai doktor.



Jumlah blood loss yang dialami pesakit ini, adalah 15 liter. Can you imagine, a patient with EBL 15 liter?



Some of you might ask, how is that even possible? Purata isipadu darah dalam badan seorang manusia pun sekitar 3 - 4 liter bergantung kepada saiz badan dan jantina , macam mana boleh berlaku pendarahan sampai 15 liter?



Jawapannya, pesakit ini mengalami komplikasi PPH. Post partum hemorrhage.



Saya masih ingat dengan jelas, hari kejadian ini. Ibu ini tiada masalah apa-apa, ketika mengandung, anak sulung, semasa bersalin pun tidak ada masalah yang serius.



Namun segalanya bermula apabila beliau telah selesai bersalin, namun pendarahan masih belum terhenti. Kita check habis, kalau-kalau ada luka yang tidak disedari, kalau-kalau ada cebisan uri tertinggal didalam rahim.



Rupanya pesakit ini, mengalami uterine atony. Rahimnya gagal mengecut. Rahim (uterus) adalah organ yang sangat penting, menerima salur darah secara terus dari internal iliac artery yang besar. Ia mengandungi salur darah kecil yang banyak, yang menghubungkan bayi melalui plasenta (uri).



Apabila bayi selamat dilahirkan, plasenta akan tertanggal. Hanya selepas plasenta tertanggal, barulah rahim dapat mengecut, dan hanya bila rahim mengecut barulah pendarahan dari dinding rahim akan berhenti. Sebab itulah dalam protokol kita, sebaik sahaja bayi dilahirkan, plasenta mesti tertanggal dalam tempoh 20 minit.



Kita tidak benarkan plasenta tinggal lebih lama dalam rahim, sebagaimana yang puak-puak "natural birth" hasutkan. Contoh macam kes kematian homebirth 2013 lalu, keterangan doula tu sendiri kata, bayi lahir pukul 11.30 tapi sampai zuhur plasenta masih belum tertanggal. Orang yang bertauliah seperti kami para doktor pasti akan terperanjat, "Eh gila apa biar plasenta sampai tiga jam, of course uterus tak well contracted!"



Baaaaaanyak sebab lain rahim tidak dapat contract. Tertinggal cebisan plasenta pun, menyebabkan rahim gagal mengecut, sekaligus menyebabkan pendarahan. Sebab itu kami dilatih, untuk memeriksa plasenta (uri) dengan lengkap. Setiap lapisan, setiap ketulan perlu diperiksa. Saya pernah dimarahi pakar ketika HO hanya kerana tergagap-gagap tak konfiden ketika periksa uri pesakit lengkap atau tidak.



Adakalanya kita dah rule out semua perkara - tetapi tetap masih rahim ibu tidak mengecut. Itu yang terjadi kepada pesakit saya pada hari tersebut. Kita buat bedside ultrasound, memang tak ada placenta retained. Houseman disuruh bukak balik plastik mengandungi plasenta, check balik kalau2 ada membrane tertinggal, cord dsb. Kita massage uterus tak henti-henti, kita buat nipple rub, semuanya tak menjadi.



Ketika itu, sudah dua jam postpartum, blood loss sudah mencecah 2 liter. Red alert diaktifkan, pesakit ditolak masuk ke bilik bedah dengan segera. Pakar datang, ketua jabatan datang. Jam pukul 4 pagi ketika itu. Bakri balloon dicuba, tetap masih bleeding tak berhenti. Kita request transfusi darah emergency untuk pesakit. Sambil darah ditransfuse, bleeding masih ongoing. Sebab itulah EBL boleh sampai mencecah 15 liter!



Hinggalah akhirnya, pesakit develop keadaan pendarahan yang paling menakutkan bagi setiap doktor. Ya, pesakit mengalami DIVC. Disseminated Intravascular Coagulopathy. Anda boleh tanya makcik-makcik doula tu explain, apa benda DIVC tu, memandangkan kelihatannya mereka expert dalam bidang ini.



DIVC regime ditransfuse bertalu-talu. Laparotomy terpaksa dibuat, rahim diperiksa secara direct, B-lynch suture dibuat tapi still bleeding, internal iliac artery ligation dibuat tapi still bleeding,



akhirnya, yang tinggal hanya satu cara terakhir, last resort untuk menghentikan pendarahan dan menyelamatkan nyawa pesakit...iaitu.. hysterectomy. Rahim terpaksa dibuang.



Alhamdulillah, pesakit akhirnya selamat, dirawat didalam ICU dan akhirnya discharge. Pesakit muda, berumur 19 tahun, anak baru seorang, tapi sudah tidak boleh mengandung. Namun setidaknya kami bersyukur dapat menyelamatkan nyawa sang ibu ini, mengelakkan bayi yang baru dilahirkan menjadi yatim sekelip mata.



Gambar di bawah, adalah gambar sebenar sebahagian review pesakit ini ketika dirawat didalam ICU. Ia menunjukkan pengiraan secara total berapa paket darah/komponen darah yang kita transfuse kepada beliau.



Tujuan saya mengambil dan menyimpan gambar ini, adalah sebagai peringatan kepada diri saya sendiri, betapa sesebuah kes, boleh bertukar menjadi buruk dalam sekelip mata. Tak siapa sangka, pesakit ini yang tiada masalah ketika mengandung, ketika bersalin, boleh jadi komplikasi sebegini. Lebih penting lagi, komplikasi ini, BOLEH JADI KEPADA SESIAPA SAHAJA.



Syukur alhamdulillah, ibu ini tidak membuat keputusan melulu selfish hendak homebirth dsb. Allah menggerakkan hati beliau untuk yakin dan percaya kepada kami, dan Allah jugalah yang memandu kami, memberi ilham dalam menyelamatkan nyawanya, dan alhamdulillah, dengan izinNya jua nyawa pesakit ini dapat diselamatkan.



Puak-puak homebirth/natural birth tidak suka cerita seperti ini. Mereka lebih gemar cerita "rebellious" seperti yang saya kongsikan sebelum ini. Mereka lebih suka cerita adventure mereka. Apabila kami para doktor mendedahkan hanya sesingkap dari pengalaman harian kami, mereka akan tuduh kami guna "scare tactics". Mereka tidak tahu, "scare tactics" inilah yang kami para petugas kesihatan hadapi hari demi hari.



Akhirnya, yang menjadi mangsa adalah orang awam yang terpengaruh dengan glory story mereka. Ingatlah, yang paling penting adalah keselamatan dan nyawa.



Saya sebenarnya tidak berapa gemar berkongsi kisah peribadi ataupun keluarga di FB. Namun untuk pengetahuan, saya baru sahaja menimang cahaya mata sulung minggu lepas. Isteri saya, alhamdulillah, bersalin di hospital kerajaan, disambut oleh jururawat. Hampir nyaris terjadi komplikasi, tetapi mujurlah alhamdulillah keputusan tepat pakar dan kehadiran MO senior segera menyelamatkan kedua-dua isteri dan anak saya. Alhamdulillah kedua-dua isteri dan anak saya, discaj dengan sihat.



Kepada ibu-ibu yang sedang menanti kelahiran cahaya mata masing-masing, pilihan di tangan anda. Puak-puak doula gemar memberikan hujah "ajal maut di tangan tuhan", kerana ini cara mereka mengelak dari bertanggungjawab. Namun tuhan kurniakan kita akal fikiran, tangan dan kaki sendiri, untuk kita pilih sendiri jalan yang kita lalui.



Pilihlah jalan yang selamat, yang mematuhi kedua-dua sunnatullah dan syariatullah. Hadis kata, ikat unta dan kemudian baru bertawakal, bukannya membiarkan unta bebas "natural" sambil bertawakal lepastu unta hilang kita jawab "dah takdir Allah.."



Dan ya, I am pro choice and my daughter is fully vaxxed and I'm proud of it.









PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri











Tuesday, 5 May 2015

Tidak Tutup Aurat Membahaya Tubuh Badan Hasil Kajian Sains







Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda, "Para wanita yang berpakaian tetapi (pada hakikatnya) telanjang, lenggak-lengkok, kepala mereka seperti punuk unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium semerbak harumnya (HR. Abu Daud) Rasulullah bersabda," Tidak diterima solat wanita dewasa kecuali yang memakai khimar (tudung) (HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, ibn Majah).



Berdasarkan kajian sains telah mendapati bahawa wanita yang tidak menutup aurat atau berpakaian ketat dan tidak memakai tudung, anggota-angota yang terdedah dan mengenakan pakaian-pakaian yang ketat akan menyebabkan mereka ini mendapat pelbagai penyakit kanse di bahagian tersebut.



Beberapa fakta telah dikutip dan kajian ilmiah telah di kelurkan majalah perubatan Britain dimana kanser melanoma pada awal usia dan ianya boleh bertambah dan merebak sehingga ke kaki. Majalah perubatan tersebut juga telah melakukan bajian tentang penyakit Milanoma ini dan mereka meperoleh keputusan dimana penyakit ini mirip dengan keadaan orang-orang yang penderhaka (orang kafir arab) yang Rasulullah telah da'wahi.



Mengikut kajian, penyakit tersebut berpunca dari pakaian yang ketat yang dipakai wanita di bawah sinaran terik matahari dalam masa yang panjang selepas bertahun-tahun. Pakain yang sering digunakan contohnya, sarung kaki nilon tidak memberi perlindungan pada kaki mereka dari kenser ini.



Sememangnya Allah telah berfirman: "Dan ingatlah ketika mereka katakan: Ya Allah andai hal ini (Al-Qur'an) adalah benar dari sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih" (Surah Al-Anfaal: 32). Dan kanser ini adalah paling merbahaya kanser dari pelbagai kanser. Kanser ini berlaku kerana akibat dari sengatan pancaran matahari yang mengandungi ultra violet setiap pakaian yang ketat dalam tempoh yang panjang.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Wednesday, 29 April 2015

Cincin sangkut akibat jari bengkak







SEREMBAN - Hospital Tuanku Ja'afar di sini terpaksa meminta bantuan bomba berikutan cincin suasa yang dipakai seorang pesakitnya, gagal ditanggalkan, semalam.



Pada awalnya, pihak hospital melakukan pelbagai usaha membuka cincin pada jari manis lelaki berusia 36 tahun itu, bagaimanapun tidak berjaya.



Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, N. Sundram berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 10.30 pagi daripada pihak hospital memaklumkan terdapat seorang pesakitnya mengalami kesakitan akibat cincin dipakai gagal ditanggalkan.



“Lapan pegawai dan anggota ditugaskan ke hospital bagi membantu membuka cincin dipakai mangsa.



“Sebaik sampai didapati kesemua jari tangan mangsa telah membengkak dan sebab itu cincin dipakainya tidak dapat dibuka,” katanya.



Menurutnya, pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk membuka cincin berkenaan dengan bantuan alat pemotong.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Friday, 24 April 2015

AS Larang Rawatan Terapi Kulit Guna Spa Ikan

OVARI ROSAK KERANA MAKAN PRODUK SUPPLEMENT 'SAMPAH'







Puan Nur Farina Abdullah pernah menjadi duta produk kesihatan. Beliau juga memakan produk itu. Ini pendedahan beliau akan kesan dan akibat makan makanan tambahan yang tidak dijamin keselamatannya.



SAYA pernah ditawarkan menjadi duta pada satu produk yang saya sendiri tak pernah guna. Sudahnya saya yang ajar penjual jangan menipu.



Bagi saya cuba dulu untuk 2 3 bulan dan lihat hasilnya. Memang untuk 2 3 bulan pertama saya guna terlihat hasilnya dan saya terima tawaran itu.



Namun masuk bulan ke 4 5 saya sudah mula mendapat maklumat dari sumber yang dipercayai bahawa produk yang saya gunakan itu berbahaya dan hanyalah diambil dari kilang yang dicampur bahan perasa serta glukose menjadi serbuk.



Saya berhenti menggunakannya dan tarik diri dari jadi duta walau bayaran yang saya terima agak lumayan. Namun bukan wang saya lihat, tetapi kesannya pada pengguna lain. Saya tak sanggup menipu kerana fikir dosa pahala dan juga keberkatan.



3 minggu lepas tiba-tiba saya sakit dan doktor kata ovari saya rosak hingga terpaksa dibuang. Bila disoal apa yang saya makan? Saya tak boleh nak sebut sebab saya rasa sangat bodoh makan benda bukan-bukan. Walau baru makan tak sampai setahun tapi kesannya sangat dahsyat.



Tokei terus diam seribu bahasa tanpa ajak bersemuka tahu-tahu sekarang dutanya sudah orang lain yang saya yakin lebih mementingkan duit, glemer tanpa fikir bahaya pada pengguna lain.



Jika saya boleh berdepan dengan situasi begini, agak-agak tuan puan, lambakan produk yang ada dipasaran menggunakan duta sama ada dari golongan artis atau bukan artis itu benar-benar jujur atau kerana wang semata-mata?



Sebetulnya inilah pertama kali saya makan produk-produk sebegitu. Selama ini saya lebih suka cara kampung.



Cuma buat pengetahuan semua, Julai 2014 saya sudah pun dibelah perut oleh Prof Doc Hamid Arshat di Pantai Hospital kerana kedudukan rahim saya terbalik yang menyebabkan saya sukar mengandung. makanya rahim saya dibetulkan dan Doctor kata rahim saya tak ada masalah, ovari saya juga tidak ada masalah dan boleh hamil seperti biasa.



Kemudian sekitar Ogos 2014 saya ditawar menjadi duta dan saya terima sekitar Oktober 2014 saya menerimanya setelah saya dapati selepas saya makan produk itu period saya sudah tidak sakit seperti biasa lagi, padahal saya sudah tidak sakit ketika period kerana rahim saya sudah dibetulkan bukan sebab produk itu.



Kemudian sekitar bulan Disember 2014 sahabat suami saya yang sangat pakar dengan perniagaan seperti itu memberitahu suami saya bahawa saya ini menjadi duta pada produk "sampah".



Makanya saya berhenti terus makan produk itu dan saya mula rasa bodoh kerana ditipu hidup-hidup sebab sebelum itu saya tanya pada tokeinya, dari mana dia hasilkan ramuan tersebut, dia kata dia ada orang RnD-nya kunun2, dia ada perunding dan sebagainya walhal from A to Z dia suruh kilang yang buat, dia hanya cakap mahu perasa apa. packaging dalam hingga kotak luar juga kilang yang uruskan, dia hanya ciptakan jenama apa yang dia mahukan sahaja kemudian buat iklan.



Jadi cuba kita kira, berapa lama saja saya makan produk itu? Tak sampai setahun pun tapi kesannya?



Biarlah saya tak jadi duta, tak glemer dan tak ada duit masuk pun asalkan saya tak dicari di akhirat kelak kerana menjadi duta penipu orang ramai. Allah akan bagi kita rezeki lain walaupun saya dikecam hebat bila menarik diri dari menjadi duta tersebut.



Siap mereka ugut nak saman saya pula kononnya saya burukkan produk mereka, walhal memang produk mereka dah buruk pun.











Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





JANGAN PERGI HOSPITAL SWASTA JIKA TERBEBAN DENGAN GST







PERMATANG PAUH - Bagi mereka yang tidak mampu mendapatkan rawatan perubatan di hospital swasta, bolehlah mendapatkan perkhidmatan itu di mana-mana hospital kerajaan sekiranya mereka terbeban dengan GST, demikian kata Datuk Ahmad Maslan ketika diminta mengulas mengenai luahan hati Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris yang kecewa terpaksa membayar caj GST sebanyak RM1,200 untuk kos rawatan anaknya.



Jelas Timbalan Menteri Kewangan itu, rakyat mempunyai pilihan sama ada mendapatkan khidmat di hospital swasta ataupun kerajaan.



“Siapa suruh beliau pergi ke hospital swasta. Pilihan di tangan kita sendiri,” katanya.



Menurutnya lagi, hospital kerajaan juga menyediakan perkhidmatan yang sama serta lengkap dengan semua kelengkapan perubatan.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri