Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

Thursday, 21 May 2015

Ferrari habis minyak punca kesesakan trafik terjawap

KUALA LUMPUR - Mungkin ia dianggap kejadian yang memalukan apabila anda memandu kerata mewah berjuta ringgit tetapi tanpa dijangka kereta itu terhenti di tengah jalan.

Itu adalah pengalaman pahit yang berlaku kepada seorang pemilik kereta mewah, Ferrari 458 Italia apabila kereta yang dipandunya kehabisan minyak di Jalan Mahameru, di sini semalam sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di sekitar jalan berkenaan.

Lebih malang, pemilik kereta mewah itu yang dikenali sebagai Hafiz turut dikenakan saman oleh pegawai polis trafik yang membuat rondaan di kawasan tersebut.

Menurut laman Facebook, Trafik KL yang turut memuat naik beberapa foto kereta Ferrari itu, pemandu tersebut di saman di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kecuaian diri sendiri yang menyebabkan kesesakan lalulintas kepada pengguna jalan raya lain.

Selain itu, pemandu tersebut turut dikenakan dua lagi saman membabitkan kesalahan menggunakan nombor pendaftaran yang mana nombor plat hadapan dilabel dengan butiran kesalahan “No. pendaftaran hadapan fancy” manakala bahagian belakang sebagai “tidak mengikut peraturan”.

Jadi, peringatan kepada semua pemilik kenderaan terutama kereta mewah pastikan anda mengisi minyak secukupnya untuk mengelakkan anda mendapat malu akibat mengganggu lalu lintas dan paling malang disaman trafik.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Friday, 15 May 2015

4 KERETA REMUK DILANGGAR PEMANDU WANITA. MYVI?

PUTRAJAYA - 4 buah kenderaan pelbagai jenis rosak teruk akibat dilanggar oleh sebuah kereta (bukan Myvi) yang dipandu oleh seorang wanita.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada tengah hari tadi, pemandu wanita kereta Proton Pesona terbabit telah melanggar bahagian belakang sebuah kereta Proton Saga BLM yang diletakkan di Dataran Putrajaya, Presint 1.

Kemalangan itu turut menyebabkan 3 buah kenderaan yang turut diletakkan berhampiran rosak teruk akibat impak perlanggaran tersebut.

Proton Saga yang dilanggar kelihatan hancur teruk di bahagian belakang, manakala beberapa kereta yang lain remuk di bahagian sisi kereta.

Kemalangan itu menarik perhatian pengguna Facebook yang membuat andaian mereka sendiri di mana berkemungkinan pemandu Pesona terbabit menggunakan smartphone ketika memandu. Justeru menyebabkan kemalangan itu berlaku.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Wednesday, 6 May 2015

'APA SALAH MYVI SAYA DIKEMEKKAN SEBEGITU?'

Ekoran tragedi DUKE yang mengorbankan 3 nyawa, ramai pengguna kereta Perodua Myvi menerima tempiasnya. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini harus dihentikan serta merta kerana bukan semua pengguna kereta Myvi memandu menyalahi undang-undang.

Seorang wanita yang hamil 8 bulan juga turut menjadi mangsa kebencian orang ramai terhadap Myvi FMC. Tanpa sebarang tanda-tanda dirinya sebagai ahli kelab FMC, kereta milik wanita itu dihimpit, dirosakkan dengan sengaja sehingga menyebabkan dia berasa sudah tidak selamat lagi menggunakan kereta Myvi miliknya itu.

"Saya seorang wanita hamil 8 bulan. Saya menggunakan kereta Myvi untuk pergi kerja setiap hari. Tetapi semenjak tragedi lebuh raya Duke melibatkan 6 buah Myvi (FMC) yang berlumba hari tempoh hari, saya rasa tidak selamat memandu kereta Myvi saya lagi.

"Semalam ada sebuah kereta 4x4 menghimpit kereta saya di Tol Serdang semasa saya balik dari kerja dan sebentar tadi pula kereta saya kemek di bahagian bonet depan seperti diketuk dengan benda keras.

"Emosi saya sangat terganggu. Saya mohon rakyat Malaysia janglah bertindak sesuka hati. Saya sendiri marah pada pelumba-pelumba haram itu. Tetapi kenapa saya yang dipersalahkan?

"Itu kereta saya nak mencari rezeki, sampaikan saya fikir apa salah saya pada orang ramai. Saya tidak dapat lagi menahan emosi.

"So please rakyat Malaysia, jangan aniaya orang yang tidak bersalah. Saya harap Allah balas pada orang yang aniaya saya ini," katanya yang sungguh kecewa dengan tindakan yang bertanggungjawab seperti ini.

Tragedi Duke benar-benar memberikan kesan yang besar terhadap orang ramai. Namun, tindakan menyamakan semua pemandu Myvi adalah satu tindakan yang tidak wajar dan kurang cerdik.

Apa yang terjadi pada wanita hamil 8 bulan di atas, FMC juga sepatutnya mengambil langkah bertanggungjawab meskipun pelakunya bukan ahli FMC, tetapi kesan dan tindakan berlumba di lebuh raya Duke itu nyata mengancam keselamatan pengguna Myvi yang lain.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tuesday, 5 May 2015

'MYVI TAK GUNA!!'

Kemarahan rakyat Malaysia terhadap 6 Jahanam (Myvi FMC) masih belum reda dan seorang pengguna Myvi pula diserang dengan tohmahan negatif orang awam.

Bahana 6 jahanam itu kini terpalit sama ke atas semua pengguna Myvi yang lain.

Shahirah Azman, meluahkan rasa kecewanya di laman Facebook yang dilemparkan dengan tohmahan pengguna kenderaan lain sewaktu dia sedang memandu di jalan raya.

“Tadi saya memandu pada kelajuan 60 kilometer/sejam, saya buka tingkap semata-mata untuk menjimatkan minyak.

“… tiba-tiba ada kereta Perdana di sebelah saya dan jerit “Myvi tak guna”. Sekarang saya berfikir apa salah yang saya lakukan,” luahnya yang dikongsikan bersama di laman Myvi Club Malaysia (MCM).

Nick Fadhlie Shah, yang juga pengguna Myvi menasihatkan masyarat agar tidak menyasar dan menyalahkan pengguna Myvi di atas kejadian yang menimpa pasangan suami isteri dan bayi mereka yang berusia 6 bulan itu.

“Saya tidak faham, kenapa kereta #Myvi diviralkan? Saya juga pengguna Myvi tetapi saya tetap patuhi undang-undang jalan raya. Malah saya amat takut melanggar peraturan.

"Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga sehinggakan ada (pengguna) yang sanggup edit (ubah suai) gambar menggunakan “emoticon” #Troll untuk perli pengguna Myvi. Kejadian yang berlaku di Lebuhraya #Duke sangat menyayat hati tetapi bukan kami pengguna Myvi yang harus disasarkan dan dipersalahkan,” luahnya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Friday, 1 May 2015

Punca 6 Jahanam Myvi Berlumba Akibatkan Sekeluarga Maut Terjawap Sayu

Kemalangan maut berlaku jam 12-1 pagi (lebih kurang) , 2 Mei 2015 di Lebuhraya Duke arah Damansara. Kejadian berpunca dari 6 buah Perodua Myvi yang berlumba sesama mereka dan telah melanggar sebuah Pajero Sport yang menyebabkan Pajero itu terbalik dan penumpang tercampak keluar. Dikhabarkan satu pasangan (lelaki dan perempuan) dan anak beliau (bayi berusia 6bulan) meninggal dunia. (Mangsa Pajero Sport)

Mohon sesiapa yang kenal 5 buah Perodua Myvi (1 dah kene tahan) dari Myvi Familia Club yang terlibat dengan insiden untuk serah diri ke Balai Polis berhampiran

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Friday, 24 April 2015

Proton Waja enjin Turbo 2.0L akan berada di pasaran Malaysia?

Proton Waja atau proton impian di Uk akan kembali mewarnai industry automotif Negara dengan wajah dan nadi baru.

Dengan menggunakan Nadi baru iaitu dari engine 4B11, Inline 4 cylinder DOHC 16v, MIVEC 2.0 L (1998 cc) , ECI multiple , power 108-114 kW (147-155 PS) at 6000 rpm , torque 198 N·m (146 ft·lbf) at 4250 rpm.

ada juga versi R3 yg menggunakan enjin 4B11T, turbo cam evo 10 tuh tapi untuk waja R3 version .Handling dan tuning terus drp lotus untuk waja ni.Sgt menarik!!

Enjin Lancer ni basic dia sama cam enjin forte.

Sebab termasuk dalam keluarga Global Engine Manufacturing Alliance (GEMA).

Chrysler, Mitsubishi, and Hyundai bekerjasama develope enjin ni.

KIA bawah pengurusan Hyundai jadi guna enjin ni.Beli Forte pun ok gak, cuma brand korea,gearbox dengan safety equipment lagi banyak dari lancer.enjin lebih kurang sama.

Dengan penambahbaikkan engine yg super power yg menghimpunkan 2.0 R3 - 6 gear MT. walahhh!!! inzal sgt sehingga terpelancut ke dinding.Bukan sahaja dari segi engine di pertingkatkan malahan system pemberhentian juga di pertingkatkan.dengan mendapat khidmat dari brembo 4 pot di bahagian depan dan belakang.mabless!! ye la.. x kan la nak pakai drum pulak.engineer kereta tak gila ,,tu membunuh namanya kalau pakai drum.

Di samping itu juga, dari segi kestabilan dan pengkukuhan di sediakan sekali roll cage daru ultar racing untuk keselesaan dan keselamatan pemandu. aksesori tambahan seperti full backet dari sparco menjadikan kerte ini sempurna dari segi zahir dan batinnya.

untuk itu kita nantikan kemunculan waja baru ini..

p/s: gua terbangun dari tidur,gua ingat balik mimpi mimpi tadi.. memang sah.. apa yg gua tulis di atas adalah sekadar mimpi..demmmm!!!!

sekian

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tuesday, 21 April 2015

Perodua MyVi Rangkul Anugerah Frost & Sullivan Kereta Terbaik Untuk Wang

KUALA LUMPUR: Perodua Myvi telah merangkul Anugerah Frost & Sullivan sebagai kereta dengan nilai yang terbaik untuk wang bagi kategori enjin 1.3 ke atas.

Anugerah itu diberi berdasarkan ukuran kuantitatif, termasuk jumlah jualan dan harga model yang dijual pada 2014, alat ganti, penggunaan bahan api serta kos pemilikan dalam tempoh lima tahun atau penggunaan sepanjang 100,000 kilometer.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh dalam satu kenyataan, berkata anugerah itu menunjukkan komitmen keseluruhan syarikat untuk membawa nilai terbaik termasuk kualiti.

Perodua telah menjual lebih 830,000 unit Myvi sejak dilancarkan pada 2005 dan kenderaan itu terus menjadi pilihan pengguna di negara ini.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

LUAHAN SAYU HATI PEMILIK PROTON IRIZ

Seorang pengguna Facebook, Azlan, memuat naik 13 senarai masalah yang seringkali diajukan oleh pemilik Proton Iriz.

Tujuannya bukan hendak menyatakan yang model kereta itu bermasalah, tetapi menggesa agar pihak Proton lebih peka dengan masalah-masalah yang biasa menimpa pengguna.

"Aku bukan nak tunjuk kereta ini bermasalah, tapi minta Proton lebih peka dengan masalah yang biasa menimpa pengguna.

"Yup, buatan manusia bukan perfect tapi tolong jangan jadikan itu sebagai alasan. Kalau ada yang tak terjangka oleh QC kilang, hope SC (Service Center) tolonglah beri kerjasama sepenuhnya pada pengguna," katanya.

Senarai 13 masalah yang dihadapi Proton Iriz:

Semoga Proton ambil tindakan dan tingkatkan kualiti kereta nasional.