Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Thursday, 21 May 2015

Video : Luahan Sayu Muhyiddin Yassin Terhadap Isu 1MDB







Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu video yang dimuat naik di Youtube meluahkan apa yang sepatutnya dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi menyelesaikan isu 1MDB seterusnya mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.



Muhyiddin yang berucap di satu program Keris pada Jumaat lalu berkata, Datuk Seri Najib perlu memecat kesemua lembaga pengarah 1MDB dan membawa polis masuk untuk menyiasat syarikat yang kini menanggung hutang puluhan billion ringgit.



Menurut Muhyiddin lagi, sekiranya Datuk Seri Najib, yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB, tidak bertindak dengan segera berkenaan isu ini, tidak mustahil UMNO dan BN akan kalah dalam piliharan raya umum akan datang.



"Saya beritahu perdana menteri, pecat semua ahli lembaga pengarah 1MDB. Buang mereka. Buanglah, pasal mereka, perdana menteri terpaksa menanggung, tetapi tidak dibuang lagi,” katanya di dalam program tersebut yang turut dihadiri oleh beberapa pemimpin kanan Umno termasuk Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.












Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Monday, 18 May 2015

'PANDIKAR MALUKAN SAYA' -TUN M







KUALA LUMPUR - "Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah memalukan saya dengan berkata dia tidak letak jawatan."



Ini kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang mengesahkan Speaker Dewan Rakyat itu ada datang berjumpa dengannya walaupun tidak diminta berbuat demikian.



"Dia ceritakan tentang perasan tidak puas hati dengan Datuk Seri Najib (Abdul Razak). Dan dia kata dia nak letak jawatan. Bahkan dia kata dia sudah tidak jadi speaker dah. Itu yang dia cerita kepada saya. Dia ceritalah sikit perasan tidak puas hati dengan layanan Parlimen terhadap dia sebagai speaker.



"Lepas itu dia tanya saya apa perlu saya buat. Saya kata kalau dia nak resign resignlah. Saya percaya dia cakap sudah bagi surat kepada Najib kata dia nak resign," katanya.



Dr Mahathir berkata beliau cuma mengulangi apa yang Pandikar cakap kepadanya.



"Dia kata seperti saya ini bohong. Ini tak payahlah. Malulah saya," katanya.



Di dalam ucapannya semasa melancarkan buku itu, Dr Mahathir berkata Pandikar tidak berpuas hati dengan hiasan dalaman di pejabat Parlimennya yang berada di dalam keadaan teruk dan mungkin juga itu antara sebab untuk beliau menyatakan 'hasrat untuk meletakkan jawatan.'



Dakwaan Dr Mahathir tentang peletakkan jawatan speaker Dewan Rakyat itu disangkal oleh Pandikar.



Hari ini Pandikar seperti biasa mempengerusikan Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-13.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Saturday, 16 May 2015

Kritik BR1M, Jawapan Najib untuk Mahathir amat memilukan rakyat Malaysia







Orang yang paling lantang mengkritik BR1M adalah bekas PM, Tun Mahathir Mohamad.



Najib bagaimanapun berkata niat kerajaan adalah untuk meringankan beban rakyat dalam menangani kenaikan kos sara hidup dan bukan dari cadangan beliau.



“Ini bukan cadangan saya, ia cadangan jawatankuasa fiskal dan Bank Negara untuk tolong 40 peratus rakyat (berpendapatan rendah), bukan nak beli undi dan maksud politik tapi untuk tolong rakyat,” katanya.



Kata PM dipetik The rakyat Pos pada majlis perasmian penyerahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah Fasa 1, di Johor Bahru hari ini.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Friday, 15 May 2015

Soalan maut Dr Dzulkefly untuk Najib!!







Apa yang terdedah sejak kegagalan urusniaga perolehan 1.56 ekar tanah oleh Lembaga Urusan Tabung Haji mungkin belum cukup kuat untuk mengejutkan semua.Namun, persoalan yang bakal saya bangkitkan hari ini pastinya akan menaikkan amarah rakyat secara meluas.



Persoalan yang lebih penting yang kerap menerjah saya adalah milik siapa tanah TRX yang dijual dengan katanya RM64 kaki persegi kepada 1MDB pada 2011 dulu?



Pertanyaan saya terjawab baru-baru ini, apabila sebuah majalah kewangan tempatan, The Edge, menerbitkan satu penulisan bertajuk ‘Siapa menang dalam jualan tanah 1MDB kepada Tabung Haji’.



Laporan itu menyebut, 1MDB tidak akan memiliki sepenuhnya pembayaran sebanyak RM194.11 juta untuk tanah TRX itu. Ini berdasarkan catatan akaun 1MDB.



Sebahagian besar jumlah itu (tidak dinyatakan angkanya), adalah untuk pembayaran kepada pemilik asal tanah itu, bagi menjelaskan satu kaveat yang dibuat pemilik tersebut



Persoalannya siapa pemilik tersebut? Mengapa tanah TRX ini beralih tangan?



Pemilik asal tanah di Jalan Tun Razak ini ialah Pelaburan Hartanah Bumiputera Berhad (PHBB) yang telah diberikan hak untuk membangunkannya. PHBB kini berubah menjadi Pelaburan Hartanah Berhad (PHB).



Siapakah yang bertanggungjawab menjual tanah PHBB kepada 1MDB dan berapakah harga yang sebenarnya dibayar oleh 1MDB kepada Kerajaan?



Kalau tidak silap saya MP Rembau (Khairy Jamaluddin) ada membangkitkan perkara ini tetapi isunya mati di tengah jalan sehingga kini atau terbengkalai begitu sahaja. Apakah beliau tidak diizinkan membangkitkan perkara ini?



Dikatakan bahawa tanah yang diperuntukkan kepada PHBB itu berlaku pada era Tun Abdullah Badawi.



Tujuannya, untuk membangunkan tanah tersebut supaya golongan bumiputera masih berpeluang memiliki saham dalam hartanah bernilai tinggi.



Saham itu dikatakan bakal diterbitkan PHBB dalam pelaburan hartanah dan portfolio seperti Real Estate Investment Trust (REIT) yang mematuhi syariah?



Benarkah ini tujuan asal pemberian tanah yang premium seperti ini kepada PHBB sebagai satu hak pembangunan oleh kerajaan (MOF)? Apakah ada gantiannya dan tanah di mana?



Sekali lagi, mengapakah dan siapa yang mengarah dan memastikan agenda menjual aset utama milik PHBB seperti ini dijual juga akhirnya kepada 1MDB?



Saya berikan peluang untuk PM Najib jawab dan membuat penerangan dahulu, sebelum saya nyatakan pandangan dan kritikan saya secara adil dan tidak melulu.



DR DZULKEFLY AHMAD PM Kuala Selangor.





Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Wednesday, 13 May 2015

SENARAI 7 MENTERI DIGUGURKAN & BARISAN KABINET BARU NAJIB






Gambar hiasan



Beberapa nama dan muka baru masuk menjadi sebahagian kabinet baru Dato Seri Najib untuk menghadapi ujian dan cabaran besar menjelang PRU14.



Nama nama yang baru muncul di Jabatan Perdana Menteri seperti YB Khairy, Dato Asyraf diberi peranan khusus untuk menjaga orang muda dan golongan belia. Dato Azeez pula diberi peranan mengambil alih tempat Dato Razali Ibrahim, selain menjaga 1M4U.



Tan Sri Nordin Kardi dipilih sebagai menteri penuh Menteri Pengajian Tinggi (diwujudkan semula) kerana pengalamannya sebagai Naib Canselor sebagaimana sebelum ini Tan Sri Musa Mohamed Naib Canselor USM yang menjadi Menteri Pendidikan. Dato Irmo yang aktif dalam belia dan NGO dijangka akan memberi nafas baru untuk misi emas olimpik dan Piala Dunia. Ahmad Maslan diberi kepercayaan penuh untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap kerajaan menerusi kementerian penerangan.



Beberapa nama besar yang gugur dijangka akan ditempatkan di GLC dan beberapa tempat strategik. Idris Jala difahamkan akan ditempatkan di 1MDB untuk mengukuhkan institusi itu. Shahidan Kassim yang rapat dengan kerajaan Arab Saudi dilapor akan menerajui Tabung Haji.



Manakala Hassan Malek pula akan menjadi CEO KWSP yang baru. Jamil Khir dikata pergi ke Bank Rakyat. Jailani Johari akan kembali menerajui SKMM. Tajuddin Rahman pula akan mengisi kekosongan sama ada sebagai Ketua Pengarah JASA atau di Felda. Nazri Aziz khabarnya akan diutus ke Amerika Syarikat serta kukuhkan pelaburan FGV di peringkat antarabangsa. Anifah pula memilih untuk merehatkan diri.



DISINGKIRKAN DARI KABINET



Hassan Malek

Idris Jala

Jamil Khir

Nazri Aziz

Anifah Aman

Jailani Johari

Tajuddin Rahman

Shahidan Kassim





SENARAI NAMA MENTERI KABINET MALAYSIA 2015



Perdana Menteri

Dato' Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak



Timbalan Perdana Menteri

Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin



Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Dato' Asyraf Wajidi Dasuki

Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Datuk Joseph Entulu Anak Belaun

Dato' Seri Idris Jusoh

Dato’ Mah Siew Keong

Senator Datuk Paul Low Seng Kuan

Puan Hajah Nancy Haji Shukri

Senator Dato' Sri Abdul Wahid Omar

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong



Timbalan Menteri:

Dato Azeez Rahim



Kementerian Kewangan

Menteri I: Dato' Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak

Menteri II: Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri: Dato Johari Ghani

Timbalan Menteri: Datuk Chua Tee Yong



Kementerian Pendidikan

Menteri : Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin

Timbalan Menteri: Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin



Kementerian Pengajian Tinggi

Menteri : Tan Sri Nordin Kardi

Timbalan Menteri : Dato Razali Ibrahim

Timbalan Menteri: Tuan P. Kamalanathan A/l P. Panchanathan



Kementerian Dalam Negeri

Menteri: Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri: Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar



Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Menteri: Datuk Haji Ahmad Haji Maslan

Timbalan Menteri: Dato' Poad Zakarshi



Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Menteri: Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi



Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Menteri: Dato' Sri Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri: Senator Dato' Lee Chee Leong

Timbalan Menteri: Datuk Ir. Haji Hamim Samuri



Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Menteri: Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Timbalan Menteri: Dato' Seri Mahdzir Khalid



Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Menteri: Datuk Seri Palanivel A/l K. Govindasamy

Timbalan Menteri: Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit



Kementerian Pengangkutan

Menteri: Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin



Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahlan

Timbalan Menteri: Dato Mas Ermiyanti



Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Menteri: Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri: Kha

12:56:05 AM

irul Azwan Harun (Wan Bro)



Kementerian Pertahanan

Menteri: Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri: Datuk Abd Rahim Bakri



Kementerian Kerja Raya

Menteri: Datuk Haji Fadillah Yusof

Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin



Kementerian Kesihatan

Menteri: Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Timbalan Menteri: Dato' Seri Dr. Hilmi Yahaya



Kementerian Belia dan Sukan

Menteri: Dato Irmohizam Ibrahim

Timbalan Menteri: Datuk Saravanan A/l Murugan



Kementerian Sumber Manusia

Menteri: Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem

Timbalan Menteri: Dato' Sri Haji Ismail Haji Abd. Muttalib



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Menteri: Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie Hj. Apdal

Timbalan Menteri: Senator Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah



Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Menteri: Dato' Sri Hajah Rohani Haji Abdul Karim

Timbalan Menteri: Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Timbalan Menteri: Senator Datin Paduka Chew Mei Fun



Kementerian Luar Negeri

Menteri: Datuk Ab. Aziz Kaprawi

Timbalan Menteri: Dato' Hamzah Zainudin



Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Menteri: Datuk Bung Mokhtar Raden

Timbalan Menteri: Datuk Halimah Mohd Sadique



Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Menteri: Datuk Dr. Ewon Ebin

Timbalan Menteri: Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah



Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Menteri: Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Timbalan Menteri: Dato' Noriah Kasnon



Kementerian Wilayah Persekutuan

Menteri: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Timbalan Menteri: Senator Dato' Dr. Loga Bal



Ini adalah senarai rumors yang tersebar di WhatsApp. Usah terlalu percaya dan menaruh harapan. Kami tahu anda mahukan timbalan menteri itu disingkirkan.



Bagaimanapun, sumber dalaman kami menyatakan senarai itu palsu.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Punca pilihanraya kecil Dun Lenggeng, Parlimen Seremban terjawap!







ADUN Umno Lenggeng, Datuk Ishak Ismail telah diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi, yang berkemungkinan membuka laluan kepada pilihan raya kecil.



Perintah mengisytiharkan Ishak muflis telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Seremban pada 18 Mac dan Ishak dikatakan menerima perintah itu bulan lepas.



Seseorang wakil rakyat hilang kerusinya selepas diisytiharkan muflis.



Bagaimanapun, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang juga pengerusi Umno negeri, berkata status Ishak sebagai ADUN kekal sehingga rayuannya didengar.



Menurut The Star, ahli politik berusia 64 tahun itu gagal untuk menyelesaikan pinjaman daripada ahli perniagaan, Misran Sukadi.



Bagaimanapun, Ishak berkata beliau hanya diserahkan perintah mahkamah pada 27 April.



"Peguam saya telah mengemukakan permohonan untuk mengetepikannya dan perkara itu akan didengar di Mahkamah Tinggi esok," katanya kepada The Star.



Pada tahun 2009, Ishak berucap di Perhimpunan Agung Umno yang mensasarkan ramai pemimpin parti itu dan rakaman ucapannya laris dijual seperti goreng pisang panas.



Beliau mensasarkan pelbagai pemimpin, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.



Dalam ucapannya itu, Ishak menceritakan bagaimana menteri itu lemah dalam bahasa Inggeris di zaman mudanya dan telah menyebut "two zero dollars" dan bukannya "twenty dollars".



Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata speaker dewan belum memaklumkan perkara itu kepadanya.



"Di bawah undang-undang, jika anda telah disahkan muflis, dan anda tidak boleh menyelesaikan (muflis), maka akan berlaku kekosongan," katanya kepada Malaysiakini.



Bagaimanapun, beliau berkata, jika Ishak merayu dan berjaya menyelesaikan isu ini, maka pilihan raya tidak akan diadakan..



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Mat Said dedah 1MDB punca ‘diturun’ jawatan MB







Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang selama ini berdiam diri akhirnya mendedahkan punca beliau ‘diturunkan’ jawatannya.



Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kijal itu berkata, 1MDB pernah cuba untuk mencagarkan hasil gas dan minyak Terengganu dan akhirnya dibatalkan atas bantahan pihaknya dan perkara itu antara satu sebab beliau ‘diturunkan’ jawatan.



Ahmad membuat pendedahkan itu ketika membahaskan ucapan menjunjung kasih titah ucapan Sultan Terengganu sempena perasmian Persidangan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri pada Selasa.



Ahmad mengakui 1MDB pada asalnya ialah Terengganu Investment Authority (TIA) tetapi menarik diri apabila terjadi permasalahan yang tidak dapat beliau terima.



“Saya memohon maaf, buat masa ni saya tidak dapat menjawabnya, tapi saya tunggu masa yang sesuai.



“Saya akui, betul, 1MDB asalnya TIA, Terengganu Investment Authority bukan Agency yang modalnya berbayar dan saya dan kerajaan negeri yang bayar.



“Tetapi apabila kita dapati “hanky panky” (perkara tidak betul), ada permasalahan yang tak boleh kita terima, termasuk saya boleh sebut di sini buat permulaan ini dulu, mereka nak cagar minyak dan gas di laut Terengganu ketika itu.



“Inilah satu sebab kenapa saya dimarah oleh Perdana Menteri, termasuk kes-kes yang lain, akhirnya kita menarik diri dan kerajaan negeri tidak rugi apa-apa, saya minta balik wang satu juta sebagai modal berbayar ketika itu.



“Ini sebagai penjelasan permulaan, tidak ada yang tidak benar, melainkan yang benar belaka Yang DiPertua,” katanya.



Ahmad membuat penjelasan itu ketika menjawab pertanyaan ADUN Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah, yang bertanyakan kaitan 1MDB dengan kerajaan Terengganu.



Pendedahan Ahmad itu mendapat tepukan gemuruh daripada wakil rakyat pembangkang.



Sidang DUN Terengganu bagi Penggal Ketiga dijadulkan berlangsung selama tiga hari bermula Selasa 12 Mei sehingga Khamis 14 Mei ini.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Tuesday, 12 May 2015

Ini peluru terakhir Mahathir untuk Najib?







Tulisan saudara Sayuti Omar di blog Merah tentang krisis Najib-Mahathir di mana MSO menyebut Mahathir tak akan menyerah kalah begitu sahaja. Ini kerana Mahathir masih mempunyai peluru terakhirnya untuk “kill” Najib.



Tulis MSO…



Apakah peluru itu? Saya tetap yakin ianya adalah berkaitan dengan isu Altantuya Shaariibbu. Satu masa sebelum Abdullah Ahmad Badawi turun dari kerusi perdana menteri, Mahathir ada menerima laporan lengkap mengenai isu Altantuya daripada salah seorang kuasa usaha Mongolia. Mahathir mulanya bercadang akan gunakan laporan itu untuk menjatuhkan Abdullah, tetapi Abdullah bertindakan awal mengelakkan laporan itu diedahkan dengan mengambil keputusan berundur.



Selain Mahathir, ada dua lagi person dikatakan menerima laporan berkenaan. Bagaimana pun laporan yang dianggap akurat mengenai tragedi itu tidak pernah didedahkan.



Ikuti tulisan penuh beliau di Merah Tinta.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





'SAYA BERI AMARAN, SELESAIKAN SAMAN SEGERA'







PUTRAJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengeluarkan kenyataan media bahawa Operasi Waran Tangkap atau OP WARTA akan dijalankan mulai minggu depan bagi menangkap pengguna jalan raya yang tidak membayar saman yang dikenakan terhadap mereka.



Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada jam 1 petang itu tadi, tempoh dua minggu yang diberikan untuk orang ramai tampil membayar saman-saman mereka akan berakhir tidak lama lagi.



"Masih terdapat sebilangan besar yang masih belum mengambil langkah untuk menyelesaikan waran-waran tangkap dan saman-saman mereka.



"Sehingga semalam, rekod kami menunjukkan hanya 18,260 saman yang berstatus waran tangkap telah diselesaikan.



"Saya menasihati golongan ini supaya berfikiran bijak dengan mengambil peluang yang kami beri untuk menyemak dan membayar saman-saman mereka," kata Ketua Trafik Pasukan, Dato' Mohd Fuad Abd Latiff.



Bermula pada minggu hadapan, PDRM akan menjalankan tugas bagi mengesan pesalah-pesalah trafik yang masih mempunyai waran tangkap.



"Saya memberi amaran kepada mereka supaya segera menyelesaikan saman-saman ini. Jika mereka gagal berbuat demikian, tindakan akan diambil untuk membawa mereka ke mahkamah.



"Sekiranya mereka tidak memberi kerjasama sepenuhnya, prosedur tangkapan akan dibuat termasuklah tindakan menggunakan gari ke atas mereka," tegas beliau.



Orang ramai yang masih belum membuat bayaran saman yang dikenakan masih mempunyai baki tiga hari lagi. Justeru PDRM menasihati orang ramai membayar saman-saman trafik yang dikenakan.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Monday, 11 May 2015

GST – Peniaga cuba bunuh diri







Tertekan dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang menyebabkan perniagaanya ditutup, seorang peniaga dilaporkan bertindak melakukan beberapa cubaan membunuh diri.



Tan Huo Ming dari Teluk Intan, Perak, dikatakan tertekan sejak GST dilaksanakan sehingga dia dipujuk oleh ahli keluarganya untuk menutup perniagaan, lapor muka depan akhbar China Press.



Namun, mungkin kerana tidak dapat berhadapan dengan realiti perniagaannya ditutup, Tan dipercayai melakukan beberapa percubaan membunuh diri termasuk menelan sebotol kecil racun dan memecahkan kaca untuk mengelar pergelangan tangannya.



“Ketika kejadian, keluarga Tan sedang bersiap sedia meraikan sambutan Hari Ibu di sebuah restoran,” lapor akhbar itu.



Tan yang dijumpai berlumuran darah oleh jirannya enggan diselamatkan dan mahu dirinya dibiarkan mati.



Tan berjaya diselamatkan selepas dikejarkan ke hospital berdekatan.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Friday, 8 May 2015

TH patut batal pembelian, bukan lapor polis







Tindakan Lembaga Tabung Haji membuat laporan polis berhubung kebocoran maklumat rasmi berkenaan pembelian hartanah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) adalah memalukan, kata PAS



Naib presidennya Datuk Husam Musa berkata tindakan itu “jelas untuk menutup tindakannya yang menimbulkan kesangsian dan kemarahan pencarum”.



“Langkah lebih mulia adalah membatalkan pembelian itu,” kata Husam (kanan).



“Bahkan langkah mulia juga ialah pihak bertanggungjawab menawarkan perletakan jawatan mereka termasuk atas sebab kebocoran yang memalukan itu sendiri, selain tindakan pembelian yang tidak dapat diterima itu. ”



Tabung Haji semalam dilapor membuat laporan polis berhubung pembocoran dokumen dalam urus niaga pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX).



Laporan itu, lapor Astro Awani antaranya menyebut blog The Benchmark, yang mendedahkan dakwaan itu, memanipulasi fakta pelaburannya yang menurut peraturan dan mendapat kelulusan secara betul dan teratur.



Ia menyebut pembelian tanah dengan harga RM188.5 juta setelah mendapat potongan pada kadar pasaran semasa sebagai dinilai oleh penilai bebas dan profesional serta dalam pengetahuan.



Laporan polis itu turut menafikan Tabung Haji sedang dalam proses membeli Menara Signature sebagaimana didakwa.



Pelbagai pihak semalam menuntut penjelasan dan menyatakan perasaan tidak senangnya dengan pembelian yang didakwa melibatkan harga terlampau tinggi.



Mufti Perlis Datuk Mohamad Asri Zainul Abidin anara yang menuntut penjelasan dalam isu itu manakala NGO Islam terkenal Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pula membuat laporan polis supaya dakwaan blog itu disiasat.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Mahathir: TH memang 'bailout' 1MDB







Walaupun menteri Umno menafikan, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa pembelian tanah dalam projek 1Malaysia Developement Bhd (1MDB) oleh Tabung Haji sebagai tindakan penyelamatan.



“Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam.



"Wang ini bukan milik Tabung Haji.



“Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB,” katanya merujuk urus niaga tanah di Tun Razak Exchange (TRX).



Menulis di blognya hari ini, Mahathir berkata rancangan 1MDB itu perlu dibatalkan segera kerana Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka.



“Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya,” soalnya.



“Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbilion ringgit.”



Menteri: Pelaburan bukan penyelamatan



Beliau mendakwa urus niaga yang mendapat perhatianbanyak pihak itu juga membolehkan 1MDB mendapat untung besar.



”Tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 juta untuk 70 ekar.



"Sekarang Tabung Haji membeli satu setengah ekar dengan harga 188.5 juta ringgit, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB.



“Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputera.



"Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini,” katanya lagi.



Menteri Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan, ketika mengulas dakwaan penyelamatan 1MDB oleh Tabung Haji, menulis di Twitter bahawa terdapat perbezaan antara penyelamatan dan pelaburan.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Luahan sayu Mahathir atas kebangangan Najib segerombolan...







1. Tiada ada Negara yang begitu berjaya mengumpul wang dari orang Islam yang berhajat untuk mengerja haji dari Malaysia dengan Tabung Hajinya.



2. Wang yang ditabung sejak ditubuh Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta Ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan tabung haji dan subsidi kepada bakal haji.



3. Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji.



4. Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB.



5. Tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 million untuk 70 ekar.



6. Sekarang Tabung Haji membeli satu setengah ekar dengan harga 188.5 million Ringgit, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputra. Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini.



7. Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbillion Ringgit.



8. Rancangan ini perlu dibatal sekarang juga.



9. Tunku Aziz berkata dia sedia menyiasat Jho Low dan Riza Aziz jika saya buat laporan. Sebenarnya laporan telah dibuat oleh pihak lain tetapi tidak ada siasatan yang dibuat oleh sesiapa. Sebaliknya pihak yang melapor dimufliskan dan rumahnya telah digeledah.



10. Jika Tunku Aziz begitu prihatin terhadap gejala rasuah, siasatlah dan laporlah kes-kes berkenaan. Buktikan juga yang saya lesap duit kerajaan!!



Jika tidak dapat diam sajalah.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Punca Berita Pelesu Harga Tol Lebuhraya Naik Mulai 1 Ogos 2015 Terjawap

Tuesday, 5 May 2015

TRAGEDI DUKE, WAJIBKAN LETAK BAYI DALAM 'CAR SEAT'







IPOH - Kerajaan digesa memperkenalkan undang-undang yang mewajibkan pemilik kenderaan menggunakan tempat duduk khas untuk membawa bayi dan kanak-kanak di dalam kenderaan mereka.



Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Malaysia (Maconas), Datuk Amarjit Singh Gill berkata adalah penting supaya langkah itu diwajibkan kerana ia mampu menyelamatkan nyawa kanak-kanak yang duduk di dalam sesebuah kenderaan.



"Merujuk kepada kemalangan yang berlaku tiga hari lepas di Lebuhraya Duke, yang mana sepasang suami isteri dan bayi mereka berumur tujuh bulan meninggal dunia selepas tercampak keluar daripada kenderaan.



"Jika bayi itu diletakkan dalam tempat duduk khas bayi, yang diikat dengan selamat, mungkin nyawa bayi itu boleh diselamatkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Amarjit berkata, beribu kenderaan dipandu setiap hari dan kanak-kanak daripada bayi sehingga umur lima tahun yang duduk di tempat duduk belakang berhadapan risiko tercampak keluar kerana mereka duduk tanpa memakai tali pinggang keledar.



"Terdapat juga ibu bapa yang meletakkan anak mereka di tempat duduk hadapan atau di atas riba mereka semasa kereta dipandu. Ini bukan sahaja berbahaya kepada penumpang hadapan malah kepada bayi yang sedang duduk itu, kata Amarjit seorang peguam dari Ipoh.



Amarjit juga berkata berdasarkan kaji selidik dibuat, perangkaan menunjukkan tempat duduk khas bayi mengurangkan risiko kematian bayi sebanyak 71 peratus dan kematian kanak-kanak berusia antara setahun sehingga lima tahun sebanyak 54 peratus.



"Jika kita mahu serius dalam keselamatan jalan raya, maka kita perlu serius dalam memastikan langkah berjaga-jaga diwujudkan bagi memastikan keselamatan penumpang di dalam kenderaan," katanya.



Amarjit berkata pihak berkuasa patut menguatkuasakan peraturan mengenai tali pinggang keledar yang pasti meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya kerana tanpa penguatkuasaan undang-undang yang digubal tidak akan mencapai maksudnya.



Semasa musim perayaan dan cuti umum yang panjang, penguatkuasaan adalah penting untuk kebaikan dan keselamatan pengguna jalan raya, katanya.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Thursday, 30 April 2015

Punca Tun Mahathir Dedah Kos Perkahwinan Anak Perdana Menteri Di Kazakhstan Amat Memeranjatkan







Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau menyerang isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi tulisan dalam blognya.



Apa yang dibangkitkannya, hanya mengenai gaya hidup isteri kepada Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang kelihatan terlampau mewah.



“Ada khabar angin mengatakan Rosmah membelanjakan RM3 juta hanya untuk hiasan bunga-buangan ketika majlis perkahwinan anaknya. Masalahnya ialah, orang bercerita. Ia mungkin salah atau betul. Itu jadi masalah,” katanya.





Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Harga minyak Mei 2015. Naik? Turun? Punca?







Kita akan dihadiahkan dengan kenaikkan harga barang lagi. Selepas jam 12.00 malam, 1 Mei 2104 harga bagi minyak RON 95 dilapor akan mengalami kenaikkan.



Ketika dihubungi FMT, Salah seorang pegawai KPDNKK di Ibu Pejabat Putrajaya mengesahkan laporan tersebut apabila dihubungi FMT.



Harga minyak RON95 akan mengalami kenaikkan sehingga RM0.20 sen iaitu dari RM 1.95 seliter ke RM 2.15 seliter.



Harga minyak RON97 dan diesel tidak dinyatakan oleh pegawai tersebut.



“Harga minyak RON 97 mungkin akan kekal kerana minyak tersebut telah dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST),” kata pegawai berkenaan kepada FreemalaysiaToday.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Dr M tidak akan maafkan Najib kerana hilangkan RM42 bilion 1MDB







Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi kenyataannya tidak akan memaafkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana bertanggungjawab menghilangkan RM42 bilion wang melalui syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, jumlah wang yang hilang itu bukan kecil, malah memberi bayangan ia akan berterusan jika Najib tidak meletakkan jawatan.



"Kita tidak boleh lagi maafkan, kita mesti tumpukan kepada perkara (1MDB) ini.



"Kalau kita tak hentikan, ia akan terus berlaku," kata Dr Mahathir semasa forum Bicara Negarawan di Kelab K, Taman Melawati, Selangor hari ini.



Dalam dewan yang dipenuhi kira-kira 1,000 orang, Dr Mahathir sekali lagi mendakwa Najib tidak menjawab persoalan melibatkan 1MDB malah mempersoalkan ketelusan sama ada laporan audit yang dibuat seperti diarahkan perdana menteri sendiri.



Kelab K yang dahulu dikenali sebagai Kelab Century Paradise merupakan tempat awal Dr Mahathir bertemu rakyat pada 2006 semasa mengkritik pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.



Dr Mahathir berkata tidak mempunyai niat untuk masuk campur dalam pentadbiran Najib, bagaimanapun keadaan memaksanya untuk mengkritik.



"Orang akan kata saya tidak boleh bersetuju dengan sesiapa pun, kata saya mahu jadi perdana menteri selama-lamanya.



"Tapi isu ini melibatkan berbilion, jadi saya tanya diri sendiri bukan isteri saya tentang hal ini dan saya kata kepada diri saya ini tidak boleh diteruskan. Jadi saya soal mana wang itu, tapi tidak pernah dijawab. RM1 bilion atau RM2 bilion ok lah, tapi ini RM42 bilion," katanya.



Turut dipersoalkan Dr Mahathir peranan ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho yang diberikan sejumlah wang yang besar daripada 1MDB.



"Saya tidak kenal Low ini, tapi beliau menafikan terlibat dengan 1MDB.



"Tapi rekod mahkamah di London menunjukkan beliau mempunyai sokongan kerajaan dan 1MDB. Beliau diberikan wang sebanyak RM42 bilion untuk diuruskan, perkara ini tidak boleh berterusan," katanya.



Dr Mahathir juga membangkitkan beberapa urus niaga meragukan melibatkan syarikat pelaburan dana strategik negara tersebut, terutamanya dalam pembelian jana kuasa bebas dan beberapa keping tanah milik kerajaan.



Beliau turut mengulangi gesaan supaya Najib melepaskan jawatan jika tidak mahu Umno dan Barisan Nasional daripada hilang kuasa.



Dr Mahathir ketika ini dilihat sebagai pengkritik utama kepada pentadbiran Najib apabila mempersoalkan pelbagai skandal membabitkan pemimpin nombor satu negara itu



Beliau lantang membangkitkan skandal menyelubungi pentadbiran Najib seperti syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibebani hutang dan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibuu, yang penuh skandal.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Punca harga minyak kekal bagi bulan Mei terjawap







KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Mei 2015 akan kekal pada paras semasa, menurut jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kepada Bernama hari ini.



Harga tidak berubah bagi bulan ketiga berturut-turut, dengan petrol RON95 kekal pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter.



Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Mei.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Sunday, 26 April 2015

Dr Maza bantai teruk Mat Maslan!!







Kenyataan pedas dari Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin di Facebook kepada seorang menteri yang berkata bekas PM, Tun Mahathir tak faham GST.



Apabila Tun Mahathir yang pintar dikatakan tak faham tentang GST, bagaimana pula rakyat biasa ingin memahaminya. Juga jangan beri kepada orang bodoh urus harta walaupun harta sendiri, bantai Dr Asri.



Tun M Tak Faham GST?!



Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Tun M akan lebih faham tentang GST?!



Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai ‘kurang cerdik’ (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M?!!



Saya terfikir, dalam fekah orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik) tidak boleh diserahkan pengurusan harta sekalipun miliknya sendiri, persoalannya; apakah individu dalam kategori ini boleh diserahkan urusan negara yang membabit rakyat yang ramai?!. Patutkah golongan sufaha (kata banyak untuk safih iaitu bodoh ataupun kurang cerdik) diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya?! – Dr Maza



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri