Sunday, 3 May 2015

Berita 30 peserta konvoi kemalangan maut di Port Dickson pelesu







PORT DICKSON - Polis menafikan berlakunya kemalangan yang membabitkan peserta konvoi bermotosikal dan kereta sehingga menyebabkan 30 maut di sini, malam kelmarin.



Maklumat berkenaan perkara itu disebarkan menerusi info ‘Set-fly Highway’ yang mendakwa kemalangan itu menyebabkan 30 maut, 80 cedera parah dan 60 cedera ringan di Port Dickson.



Malah info yang turut disertakan dengan gambar itu meminta orang ramai berkongsi maklumat berkenaan jika ada rakan atau ahli keluarga yang menyertai konvoi bermotosikal tersebut.



Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha berkata, maklumat berkenaan adalah tidak benar dan orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkannya.



“Berita ini palsu dan tiada kemalangan seperti didakwa. Orang ramai jangan sebarkan info tersebut kerana dikhuatiri mengganggu perjalanan pengunjung yang ingin datang bercuti ke Port Dickson.



“Tolong pastikan kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya. Polis sedang mengenal pasti individu yang mula menyebarkan berita berkenaan dan akan mengambil tindakan tegas,” katanya.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





No comments:

Post a Comment