Sunday, 3 May 2015

BANGAU OH BANGAU. PEMANDU MYVI (FMC) BUAT LAPORAN POLIS, SALAHKAN MANGSA PUNCA KEMALANGAN







KUALA LUMPUR - "Pajero berada di sebelah kiri seakan mahu masuk ke kanan," demikian kata pemandu wanita kereta Myvi, Siti Noor Aini binti Mohd Said, yang melanggar kereta mangsa jenis Pajero sehingga tercampak keluar dari kereta.



"Semasa saya sedang memandu dari Danau Kota menuju ke Mont Kiara pada jam 1.30 pagi, semasa saya berada di Duke Highway, saya memandu di lorong kanan. Saya merasakan sebuah kereta jenis Pajero berada di sebelah kiri seakan mahu masuk ke kanan.



"Akibat dari itu, kenderaan saya telah terbabas dan kenderaan saya hilang kawalan. Selepas itu saya sedar saya berada di atas jalan raya mengalami kecederaan pada mulut (terkoyak), peha kanan dan tangan kiri," katanya dalam laporan polis yang dibuat pada 2 Mei 2015, tarikh yang sama dengan hari lahirnya.









Laporan polis yang dibuat oleh pemandu Myvi yang bekerja sebagai assistant manager itu bagaimanapun dikecam oleh orang ramai kerana cuba menyalahkan mangsa.



Difahamkan Siti Noor Aini telah ditahan oleh polis ketika mendapatkan rawatan di HKL.



Screenshot perbualan ahli Familia Myvi Club (FMC) juga turut tersebar dan menyatakan kereta mangsa (Pajero) yang mengubah laluan secara mengejut menyebabkan kemalangan itu berlaku.









"Sebab dari CCTV tak boleh nampak jelas sangat. Yang diorang cakap, kereta itu ubah lalu mengejut dan menyebabkan kereta belakang tak sempat elak.



"Serius memang ada (video CCTV), cuma Ketua Polis Bukit Aman bekukan sebab tak nak FMC kena hentam lagi teruk dia cakap. Yana dah lega sikit sebab JPJ Putrajaya dan Ketua Polis Bukit Aman tahu. Yana ada orang dalam," kata Yana FMC.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





No comments:

Post a Comment