REMBAU - Penduduk di Pekan Rembau, di sini, terkejut dan cemas apabila mendapati seorang wanita berdiri di atas bangunan tiga tingkat dalam keadaan menangis serta seolah-olah ingin terjun dari bangunan berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, wanita berusia 31 tahun berkenaan yang berasal dari Sarawak itu dikatakan bimbang dengan tahap kesihatan suaminya yang berusia 40an kerana mengidap penyakit barah hidung tahap empat.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, PPgB Mohd Ridwan Abd Rahman, sebaik menerima maklumat pihaknya bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu memujuk mangsa turun dari bangunan berkenaan dengan selamat.
“Sebaik tiba wanita berkenaan yang berada di atas bangunan tidak banyak bercakap, namun kelihatan agresif. Kita sentiasa cuba berkomunikasi dengan wanita berkenaan bagi mengelakkan mangsa memikirkan kembali hasratnya untuk terjun dari bangunan berkenaan.
“Dari masa ke masa, pasukan penyelamat terdiri dari bomba dan polis memegang mangsa dan sebaik mangsa berjaya ditarik ke atas stretcher, kita terpaksa mengikat mangsa berikutan mangsa agak agresif,” katanya, di sini semalam.
Mangsa berjaya di bawa turun kira-kira sejam kemudian iaitu 10.30 pagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif mengesahkan kejadian berkenaan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
No comments:
Post a Comment