PETALING JAYA - Datuk Ahmad Maslan berkata dia tidak akan gentar untuk terus memberikan penerangan mengenai kebaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) walaupun dirinya berisiko dibaling dengan batu.
Menurut Timbalan Menteri Kewangan itu, dia tidak kisah dikutuk ataupun dibaling dengan batu oleh rakyat asalkan rakyat mendapat penerangan yang sebenar mengenai kebaikan GST.
"Selagi rakyat marah dan ugut untuk membaling batu, selagi itulah saya akan turun padang untuk memberikan penerangan," katanya.
"GST merupakan usaha kerajaan untuk membantu rakyat dengan mengurangkan cukai dari 10% kepada 6%. Semua barang yang dipakai, baju, seluar, songkok, kasut, meja, kerusi, segala pinggan mangkuk dikenakan 10% cukai. Tetapi dengan GST menurunkan cukai itu kepada 6%," jelasnya dalam Ceramah Umum Penerangan GST di Kampung Guar Perahu, Kubang Semak, Bukit Mertajam 25 April lalu yang hanya dihadiri oleh 50 orang.
Lapor portal Free Malaysia Today, kedatangan Ahli Parlimen Pontian itu hanya untuk menerangkan kebaikan GST yang tidak membebankan rakyat.
Dalam ceramah itu juga, Ahmad Maslan turut menyentuh isu bayaran menggunakan tandas di KLCC yang juga dikenakan GST sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai.
"Siapa suruh pergi tandas yang dibayar RM2, siapa suruh? Di KLCC ada banyak tandas yang tak berbayar, kenapa tak pergi tandas yang tak berbayar?
"Saudara saudari ada kuasa yang pertama, kuasa untuk memilih. Kenapa dipilih tandas yang berbayar? Tandas yang berbayar hanya untuk pelancong dan orang kaya yang tidak ada apa-apa kesan bila bayar," jelasnya.PETALING JAYA - Datuk Ahmad Maslan berkata dia tidak akan gentar untuk terus memberikan penerangan mengenai kebaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) walaupun dirinya berisiko dibaling dengan batu.
Menurut Timbalan Menteri Kewangan itu, dia tidak kisah dikutuk ataupun dibaling dengan batu oleh rakyat asalkan rakyat mendapat penerangan yang sebenar mengenai kebaikan GST.
"Selagi rakyat marah dan ugut untuk membaling batu, selagi itulah saya akan turun padang untuk memberikan penerangan," katanya.
"GST merupakan usaha kerajaan untuk membantu rakyat dengan mengurangkan cukai dari 10% kepada 6%. Semua barang yang dipakai, baju, seluar, songkok, kasut, meja, kerusi, segala pinggan mangkuk dikenakan 10% cukai. Tetapi dengan GST menurunkan cukai itu kepada 6%," jelasnya dalam Ceramah Umum Penerangan GST di Kampung Guar Perahu, Kubang Semak, Bukit Mertajam 25 April lalu yang hanya dihadiri oleh 50 orang.
Lapor portal Free Malaysia Today, kedatangan Ahli Parlimen Pontian itu hanya untuk menerangkan kebaikan GST yang tidak membebankan rakyat.
Dalam ceramah itu juga, Ahmad Maslan turut menyentuh isu bayaran menggunakan tandas di KLCC yang juga dikenakan GST sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai.
"Siapa suruh pergi tandas yang dibayar RM2, siapa suruh? Di KLCC ada banyak tandas yang tak berbayar, kenapa tak pergi tandas yang tak berbayar?
"Saudara saudari ada kuasa yang pertama, kuasa untuk memilih. Kenapa dipilih tandas yang berbayar? Tandas yang berbayar hanya untuk pelancong dan orang kaya yang tidak ada apa-apa kesan bila bayar," jelasnya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
No comments:
Post a Comment