3.45 petang, Bandar Tiram.
Setelah selesai kerja aku di HQ, aku singgah di petrol kiosk untuk mengisi minyak. Setelah selesai, ada yang menghampiriku menaiki motosikal Yamaha kapcai yang lampu signalnya senget sebelah. Aku ingatkan, kawan lama, tetapi bukan. Ternyata beliau kehabisan minyak. Lelaki itu memohon jasa baik aku untuk mengisi minyak motosikalnya yang kekeringan.
"Baiklah" kataku.
"Isilah minyak,".
Aku ke kaunter untuk isikan minyak. 'Penuhkan tangki', kataku. Setelah itu, aku terpandang dua kanak-kanak lelaki bersama lelaki tadi. Anggaran aku, seumur dengan Danish dan Danial, anak-anak aku.
Aku tanya pada si ayah, "Nak ke mana dan dari mana?"
"Saya dari Felda Bukit Besar, nak ke Hospital Sultanah Aminah (HSA). Orang rumah emergency nak bersalin tak cukup bulan dan dibawa menaiki ambulan," jawab si ayah dua beradik itu.
Jadinya, tiga beranak ini menaiki motosikal usang itu dari Felda ke HSA? Allah...
Panas cuaca hari ini. Aku mengajak anak-anak dia masuk eke dalam kiosk.
"Jom Acik belikan air,".
Aku tanyalah budak-budak itu apa yang terjadi untuk pengesahan.
Memang betul seperti apa yang diceritakan oleh ayah mereka dan mereka belum makan dan minum. Aku suruh mereka ambil apa yang mereka nak. Ambilkan untuk ayah dan ibu sekali.
Dengan penuh senyuman, mereka menuju ke peti ais mengambil air. Haus sangat agaknya. Yelah, budak-budak. Aku teringat anak-anak aku yang asyik nak beli air kalau isi minyak.
Selesai semuanya, aku berjumpa kembali dengan ayah mereka. Bertanya lagi cerita beliau.
Rupa-rupanya belia bergerak dengan tanpa sesen pun di tangan. Allah, hanya berserah. Kerana isteri hendak melahirkan, tak apalah kataku.
Aku dah isi minyak penuh tu. Aku jeling ke meter, RM6.25 sahaja dan aku bagi lagi kat dia untuk belanja ke hospital dan mereka menyambung perjalanan.
Tersentuh hati aku. Dikala cuaca yang panas mengila, mereka tiga beranak naik motor kapcai tanpa sesen di tangan. Macam mana nak minum? Makan? Isi minyak? Belikan air dan roti untuk isteri? Allah..
Teringat dulu sewaktu kecil aku pergi ke HSA bersama ayahku menaiki bas dan berjalan kaki dari PO ke HSA. Melawat ibuku yang melahirkan adikku. Terasa susahnya.
Moral of the story, kita sibuk dengan GST yang mengaut berjuta ringgit sehari, sedangkan kita ada insan yang masih susah rupanya. Aku teringat artikel dari satu page mengatakan kerajaan telah mencapai sasaran membantu asnaf dan fakir. Tercapaikan sasaran itu?
Dan aku terfikir, susah-susah aku, rupanya ada insan yang lebih susah lagi. Aku faham perasaan si ayah dikala beliau kehausan tanpa sesen di tangan. Allah.. Semoga Allah melindungi keluarga itu dan permudahkan urusan mereka.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
No comments:
Post a Comment