Satu blog pro-Umno mendakwa memiliki bukti ke atas dakwaan mereka berhubung usaha di kalangan Pemuda Umno untuk menggulingkan presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak.
Menurut blog tersebut, komplot berkenaan dinyatakan dalam satu laporan yang dihantar kepada Najib.
“MYKMU telah melihat salinan laporan yang akan dihantar kepada perdana menteri dan mempunyai sumber yang boleh dipercayai untuk mengesahkan laporan tersebut,” tulisan itu dipetik.
Komplot berkenaan berhubung satu mesyuarat didakwa untuk didakwa untuk menghasut ketua pemuda Umno bahagian Johor untuk menentang kepimpinan Najib.
Ia didakwa dihadiri Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan atau dikenali sebagai Azwan Bro, serta barisan exco Pemuda Umno Arman Azha Abu Hanifah, dan Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi dan Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman.
Selain itu, MYKMU turut menyebut nama penolong setiausaha Pemuda BN Datuk Mohamed Shafri Abd Aziz.
Pertemuan itu sepatutnya diadakan bagi membincangkan strategi bagi menghadapi kempen pilihan raya kecil parlimen Rompin.
Tengku Adnan nafi
Dalam pertemuan itu, Azwan seterusnya didakwa melahirkan rasa tidak percaya dengan satu penjelasan Najib semasa pertemuan bersama Pemuda Umno minggu lalu.
Blog MYKMU hari ini turut meneliti kenyataan pemimpin Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Armand Azha Abu Hanifah berhubung pertemuan tersebut.
Menurut MYKMU, Armand hanya menyebut di Facebook bahawa pertemuan tersebut hanya “membincangkan isu 1MDB dan menyalahkan pengurusan 1MDB semata-mata”.
“Jika demikian mengapakah status Facebook Armand pada jam 2 petang semalam dengan jelas menyatakan beliau lebih sayangkan parti dari individu?,” soal penulis MYKMU.
Ia merujuk kepada kenyataan Armand bahawa beliau lebih “sayangkan institusi Umno daripada individu” dan menandakannya dengan topik “#Jebat”.
MYKMU juga meneliti tulisan pemimpin Pemuda Umno lain yang turut hadir dalam pertemuan itu, termasuk anggota exco, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi.
“Status Facebook beliau seawal 21 April lalu sudah membayangkan hasutan kepada pemuda untuk menjatuhkan Mohd Najib,” tulisan itu dipetik.
Tulisan berkenaan seterusnya mencabar para pemimpin berkenaan untuk menyatakan dengan jelas sekiranya mereka tidak lagi menyokong perdana menteri.
Penulis blog tersebut juga mencabar agar laporan polis dibuat.
“Lebih elok jangan menegakkan benang basah. Isytihar sahaja dengan nyata dan jelas tidak lagi menyokong presiden parti.”
Keseluruhan dakwaan tersebut bagaimanapun dinafikan oleh setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Ketika dihubungi, beliau menggesa agar individu yang membuat dakwaan itu insaf dan berhenti menyebarkan perkara itu.
"Macam mana anda boleh percaya blog? Anda tahulah, kadang-kadang blog menipu. Mereka ada agenda lain," katanya.
Menurutnya, beliau sudah menghubungi Azwan, yang menafikan dakwaan terbabit.
"(Apa yang disebut oleh Azwan) sudah diputar belit," katanya lagi
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
No comments:
Post a Comment