Thursday, 30 April 2015

Berita RON95 dan Diesel Dikenakan GST Mulai 1 Mei 2015 Adalah Pelesu







Sebelum ini tersebar gambar yang menunjukkan sekeping kerats pekeliling kononnya dikeluarkan oleh pihak Shell kononnya mintak RON95 dan Diesel akan dikenakan GST bermula 1 Mei ini.



Kerana penyebaran pekeliling itu, kini kecoh di laman sosial bahawa pengguna akan dikenakan GST sebanyak 6 % terhadap pembelian bahan api Ron95 dan Diesel.









Untuk makluman semua bahawa cukai perkhidmatan GST sebanyak 6% terhadap RON95 dan Diesel hanya akan dikenakan kepada syarikat stesen minyak dan pembekal sahaja.



Kenaikan harga tidak melibatkan pengguna dan ini bermakna Syarikat Stesen Mintak perlu menyerap GST ke atas setiap penjualan dan pembelian minyak RON95 dan Diesel. Bagaimanapun seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia, RON97 tetap dikenakan cukai GST sebanyak 6% dan tiada cukai GST bagi RON95 mahupun Diesel.



Cukai berkenaan hanya akan melibatkan transaksi perniagaan di antara syarikat minyak dengan stesen minyak sahaja. Walaupun begitu stesen minyak pula dilarang mengenakan cukai tersebut ke atas pengguna.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





No comments:

Post a Comment