PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed masih belum faham mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehingga mahu meminta kerajaan mengekalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang jelas lebih tinggi cajnya kepada rakyat.
Menurutnya, Tun Dr. Mahathir juga mungkin masih belum mendapat penerangan terperinci atau mungkin tersalah tafsir mengenai pelaksanaan GST daripada orang-orang di sekelilingnya.
"Saya rasa orang di sekelilingnya tidak memberi penerangan lengkap lagi terperinci mengenai GST kepada Dr Mahathir. Jelas peratus GST merupakan cukai yang lebih rendah daripada SST sebelum ini. Bagaimana boleh dia (Dr Mahathir) kata lebih baik jika kerajaan membatalkan GST?," katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri ke-4 itu semalam.
Dalam pada masa yang sama, Datuk Ahmad Maslan sendiri berkata beliau sedia meluangkan masa untuk memberikan penjelasan kepada Tun. Dr Mahathir mengenai GST.
"Rasanya tidak payahlah, dia boleh faham sendiri dan mungkin memperincikan cukai baharu ni yang lebih memberi manfaat kepada semua. Saya rasa mungkin orang-orang di sekelilingnya boleh memberi penerangan tepat dan tidak terlalu terpengaruh dengan pembangkang yang menyebarkan berita palsu tentang kesan negatif terhadap pelaksanaan GST," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
No comments:
Post a Comment