Thursday, 30 April 2015

Harga Kad Prabayar Kembali Kepada Harga Asal Mulai 1 Mei 2015







PUTRAJAYA: Bermula 1 Mei ini, harga tambah nilai kad prabayar akan kembali kepada harga asal selepas satu surat arahan telah dihantar kepada empat CEO penyedia perkhidmatan telco iaitu Celcom, Maxis, U Mobile dan Digi.



Surat yang bertarikh 28 April 2015 itu berbunyi, " Setelah dipertimbangkan, keputusan telah diambil bahawa semua syarikat telekomunikasi hendaklah mengekalkan harga jualan kad prabayar pada harga RM5, RM10, RM20, RM30, RM60 dan RM100 termasuk GST. Ini adalah selaras dengan konsep monetary voucher dimana kada prabayar adalah 'face value voucher.'."



Ketua Pengarah Jabatan Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, syarikat telekomunikasi telah dimaklumkan supaya mengembalikan kadar sebelum pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 1 April lalu.















Perkara ini turut disahkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan di lamn Twitternya.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





No comments:

Post a Comment