KUALA LUMPUR: Media sosial atau alternatif kini perlu ditapis, kata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Jangan sekat chedet.cc (blog milik Dr Mahathir). Jangan sekatnya. Tetapi sekat semua tidak elok yang mempengaruhi kita melalui Internet," katanya pada Sidang Kemuncak Blogger dan Media Sosial Dunia di sini, Khamis.
Dr Mahathir berkata, media sosial adalah baik untuknya bagi "merengsakan ramai orang".
Bagaimanapun, beliau menggesa pihak lain tidak menyalahgunakan media sosial kerana tindakan itu akan mencetuskan konflik.
"Sudah tentu jika ada sesuatu yang penting anda perlu lakukan, malah sekiranya ia menyebabkan kerengsaan terhadap segelintir orang... seperti mengatakan seseorang perlu meletakkan jawatan.
"Apa salahnya dengan perletakan jawatan? Saya letak jawatan," tambahnya, merujuk mengenai kenyataan di blognya yang menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur.
Dr Mahathir turut berkata, beliau diberitahu seramai 30 juta orang mengakses blognya.
"Tetapi mereka tidak bayar saya apa-apapun.
"Jika saya kenakan caj 10 sen kepada mereka, saya mungkin akan jadi jutawan sekarang. Tetapi itu tidak penting, selagi saya dapat menyampaikan mesej kepada mereka," tambahnya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
No comments:
Post a Comment