Seorang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di Mesir telah bertemu dengan Ahli Parlimen Gelang Patah iaitu Lim Kit Siang lalu mengajak pemimpin berkenaan memeluk Islam.
Perlawaan tersebut dibuat ketika Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah bersama-sama Teresa Kok dan Zairil Khir Johari mengadakan perjumpaan bersama-sama penuntut Islam di sana, baru-baru ini.
Pelajar tersebut yang dikenali Zaid Zainur Rashid berkongsi pengalamannya bertukar pandangan dengan Kit Siang sebelum mengutarakan hasrat tersebut.
Setelah peserta lain berhenti berborak, dia kembali menyambungkan persoalan yang diajukannya kepada Lim Kit Siang.
Pada mulanya, Kit Siang kurang jelas akan perlawaan tersebut dan bertanyakan Zaid sekali lagi tetapi selepas diulang, Kit Siang memberi responnya.
Walaupun dia cuba untuk meneruskan diskusi tersebut namun Lim Kit Siang terus berlalu pergi selepas mengucapkan ‘Apa-apapun, terima kasih atas perlawaan tersebut.”
Tak dinafikan, individu ini sememangnya berani mengajukan soalan tentang pandangan terhadap Islam kepada pemimpin bukan Islam.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
No comments:
Post a Comment