Tuesday, 26 May 2015

Nabil Ahmad yang dulu kurus kering kini berbadan ketak ketak mantap!







Ramai yang terkejut dengan perubahan susuk tubuh Nabil Ahmad yang kini semakin sasa berikutan gambar tidak berbaju penghibur ini tersebar di laman sosial. Malah perkara tersebut juga menimbulkan pelbagai reaksi berbaur di kalangan peminatnya.



“Saya bukan sengaja nak tayang badan, cuma foto itu tersebar kerana ia dimuat naik oleh jurularih peribadi saya. Sedangkan sebelum ini saya tidak pernah memuat naik foto seperti itu”



“Apa-apapun saya tidak akan topless (tidak berbaju) dengan sengaja untuk menayang badan seperti kebanyakan lelaki lain melainkan ada sebab-sebab tertentu,” katanya kepada mStar Online mengulas kembali mengenai gambarnya yang tersebar itu.



Selain itu, Nabil juga mengakui dia telah menghabiskan wang kira-kira RM22,000 dalam tempoh dua bulan demi mendapatkan tubuh sasa itu yang mana banyak digunakan bagi membeli barangan penjagaan pemakanan hariannya.



“Nampak besar jumlahnya tetapi ia sangat berbaloi apabila melihat hasilnya. Jika dahulu berat saya 74 kilogram (kg), kini sudah naik kepada 88 kg. Tujuan saya mahu mengubah imej adalah untuk meningkatkan keyakinan diri dalam bekerja di luar mahupun di pentas hiburan selain atas sebab perniagaan”



” Alhamdulillah, isteri saya turut memberi sokongan untuk melihat perubahan ini. Isteri saya juga mula bersenam selepas habis pantang bersalin. Kalau boleh, saya ingin menjadi contoh kepada masyarakat sebagai keluarga yang mengamalkan kehidupan yang sihat,” katanya lagi.











Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





PUNCA DISINDIR KERANA BELI MOTORSIKAL UNTUK BOYFRIEND AMAT MEMERANJATKAN







"Salam, nak minta pendapat geng-geng dalam ni. Moto beli awal bulan Januari 2015. Beli untuk boyfriend tetapi dah clash.



"So dia pulangkan balik motor. Mileage baru 5,000. Masih fikir lagi nak jual ke tak. Kalau buka harga RM7,800. Okay tak?"









Demikian persoalan yang ditimbulkan oleh seorang gadis bernama Cik Amaa di Facebook.



Tidak menjadi masalah jika mahu menjual motosikal Yamaha 125zr itu. Tetapi apa yang menjadi kritikan netizen ialah,




"BERCINTA JE KOT? DAH MANJAKAN BOYFRIEND DENGAN BELI MOTOSIKAL??"



Gambar itu dimuat naik oleh sebuah page popular, KHK, yang dilihat menyindir tindakan gadis berkenaan yang dilihat tidak wajar.



Manakala, ada sesetengah netizen berpendapat, untung menjadi kekasih gadis ini yang sanggup memberikan apa-apa saja kepada boyfriend yang tercinta.



Mujurlah bekas teman lelaki memulangkan semula motosikal itu. Jika tidak, pasti pelaburan beribu-ribu ringgit itu tadi menjadi sia-sia.



Di peringkat masih bercinta ini, tidak wajar membelanjakan wang ribuan ringgit untuk kekasih yang belum tentu akan menjadi suami/isteri di masa akan datang.



Sepatutnya, simpanlah duit untuk melangsungkan perkahwinan yang berkat. Bukannya dengan membuat pinjaman peribadi di bank-bank tempatan.



Memang, 'duit aku, suka hati aku la nak belanja boyfriend', tetapi beringatlah sebelum terkena. Seperti mana yang ibu kita selalu ingatkan, jangan bercinta di waktu belajar, tapi ramai yang tak nak dengar.



Akibatnya? Pelajaran lingkup, kerja kat supermarket je lah kau. Itu pekerjaan paling koman, ada yang lebih teruk lagi.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





"CELAKA KAU' - PENUMPANG AIRASIA







PUTRAJAYA - Video seorang penumpang wanita ditarik oleh kakitangan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, tersebar di laman sosial.



Video berdurasi 24 saat itu tersebar di laman sosial sejak sejam yang lalu.














"Celaka Kau' - Penumpang AirAsia. Laporan penuh di sini: http://goo.gl/UaUSjNMore: #mediavids

Posted by My Media Hub on 26hb Mei 2015







Dalam kejadian yang berlaku di ruang aero bridge itu, kelihatan seorang penumpang wanita meronta-ronta meminta dilepaskan oleh kakitangan AirAsia itu, namun tidak diendahkan.



Wanita berbangsa Cina itu pada mulanya mempersoalkan mengapa kakitangan terbabit mahu membawanya keluar dari ruang itu.



Kakitangan itu bagaimanapun hanya menjelaskan dia mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Jawapannya itu membuatkan wanita berkenaan enggan berganjak dan terpaksa bergelut seketika.



"Saya akan saman awak! Okay?!"



Wanita itu juga dilihat sempat menendang seorang anggota polis yang cuba menenangkan wanita terbabit.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





'AKU MASIH SAYANGKAN DIA' - KISAH SAYU PERCINTAAN SEORANG SHEMALE







Minggu yang lepas, kami menyiarkan kisah seorang pelajar lelaki UiTM, Lisz Zara Aziz, beperwatakan seperti perempuan, ditinggalkan oleh teman lelakinya demi seorang janda.



Namun, hari ini kami menerima emel dari seorang lelaki yang mengaku sebagai 'bekas kekasih' Lisz Zara Aziz, meminta kami memperbetulkan keadaan.



Surat ini untuk 'clearkan' isu viral 'Gadis Yang Ditinggalkan Demi Janda,".



Aku SH (Hin), orang yang menjadikan isu ini viral di internet, memohon maaf kepada tuan punya badan atas perkara ini. Tapi aku nak clear satu benda sini, setiap manusia buat kesilapan, begitu juga aku.



Niat aku memang nak memalukan dia selepas apa yang dia buat pada aku.



Aku kenal 'gadis' ini pada tahun 2012 lagi. Setahun aku suka, minat pada dia. Macam-macam aku buat. Aku bagi bunga, hadiah dan macam-macam dan aku letak di meja dia.



Setahun aku jadi 'secret admire' dia sampailah aku start bekerja, dia tidak pernah tahu aku siapa. Aku dah ada 'awek', cuma aku minat untuk kenal dia sangat-sangat.



One day, baru aku tahu 'gadis' yang aku minat adalah 'shemale', bukan female. Tetapi aku terima kenyataan itu. Aku langsung tak kisah sebab aku tahu dia bukan macam 'shemale' yang lain, yang sosial.



Aku mula cari lubang nak rapat dengan dia. Aku tahu dia single time tu. Aku start berkawan dengan kawan-kawan dia. Aku pun mula ikut perkembangan dia di laman sosial, Instagram, WeChat, Facebook.



Pertengahan tahun 2014, aku mula rapat dengan dia di laman sosial. Tapi aku tak pernah jumpa dia 'face to face'. Cuma aku 'usha' dia dari jauh je selama ini. Aku seronok dapat kawan dengan dia. Baik, lembut pekerti, matang, betul-betul macam female.



Dari minat nak kenal dengan dia, aku start jatuh hati pada dia.



Tiga kali aku luahkan perasaan aku pada dia. Tapi dia tolak aku elok-elok. Aku hormat keputusan dia. Dia selesa jadi single.



Namun, awal tahun 2015, aku bertunang dengan 'awek' aku dan aku dapat tahu dia couple dengan seseorang. Aku mengaku aku cemburu dan aku buat macam-macam untuk pisahkan dia dengan balak dia.



Aku sampai guna jalan hitam, jumpa bomoh pisahkan dia dengan mamat itu.



Bila dia dah break dengan balak dia, aku approached dia. Dia share masalah dia semua dengan aku. Aku gunakan time kecewa dia untuk outing dengan dia. Dua kali aku outing dengan dia cukup buat aku rasa jauh dengan tunang aku.



Kami jadi rapat sebab dia dah single tapi hati dia masih pada ex balak dia. Tapi last, dia terima aku dan aku putuskan tunangan aku demi dia. Tapi dah sebulan kami berkawan rapat, dia masih lagi tak dapat melupakan ex balak.



Aku tak puas hati, sebab aku dah buat macam-macam. Yang dia nampak, ex balak dia. Kalau compare dengan aku, kerjaya rupa jauh sekali. Tapi aku bengang, sampai bila nak tunggu ex balak dia?



Aku sekali lagi menggunakan bomoh bagi dia lupakan ex balak dia. Tapi dia dapat tahu benda ini. Dia minta putus kawan, aku jadi macam orang gila tak boleh terima kenyataan. Aku betul-betul marah dan aku start fitnah dia macam-macam dan aku viralkan kisah dia untuk puaskan hati aku.



Tapi aku tak sampai hati dapat tahu dia menangis dan ada masalah dengan study pasal benda ini.



Aku masih sayangkan dia.




"Lisz, kalau awak baca surat ini, I'm sorry my dear.. Bodoh! Fikir pendek malukan awak! Maafkan Hin. Hin cari awak untuk minta maaf tapi awak tolak. Ini cara terakhir Hin. Ampunkan Hin dunia dan akhirat.



Daripada Hin.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Tabung Haji Masih Belum Jual Tanah TRX Yang Dibeli Dari 1MDB -Abdul Azeez







Lembaga Tabung Haji (TH) belum menjual lagi tanah yang dibeli dengan harga RM188.5 juta daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun sebelum ini berjanji tanah tersebut akan dijual dalam tempoh 2 minggu.



Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengesahkan perkara ini kerana masih dalam proses memaktubkan perjanjian jual beli ketika ini, namun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut.



"TH dalam proses memaktubkan sales and purchase (jual beli) dengan keuntungan yang sedikit," katanya dipetk The Malaysian Insider ketika ditemui pemberita pada majlis penyampaian hadiah kereta Proton Preve sempena Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-58 di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur, pagi ini.



Beliau bagaimanapun tidak memberitahu kepada siapa tanah tersebut bakal dijual sebaliknya akan memaklumkan apabila tanah itu dijual.



"Ya, ada pembeli. Kami akan maklumkan kemudian," katanya.



April lalu, TH membeli tanah seluas 0.63 hektar itu daripada 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX).



Urusan jual beli tanah tersebut dari 1MDB telah didedahkan blog The Benchmark membuatkan ramai marah dan tidak senang terutama pendeposit TH, malah pemimpin politik pembangkang dan kerajaan.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Monday, 25 May 2015

Pelajar IPTA perjelas kejadian misteri RM1000 terselit di Wiper kereta







Baru-baru ini tersebar kisah seorang pelajar bernama Rashidah yang berkongsi dilaman Facebooknya mengenai satu kejadian misteri dialaminya ketika berada Lebuhraya Pantai Timur(LPT) untuk pulang ke pusat pengajiannya di Bangi.



Jika anda belum membacanya, kisah yang dikongsikan beliau seperti dibawah:









Walaupun status Rashidah menerima banyak komen positif yang kagum dengan kejadian itu, namun status itu turut mengundang reaksi negatif apabila ramai yang memberikan komen sinis seakan sangsi dengan kejadian itu. Malah, cerita itu juga didakwa rekaan dan ada yang cuba mempertikaikan keikhlasan Rashidah menolong wanita tersebut.



Rashidah yang kesal dengan komen-komen seperti itu tampil menjelaskan dalam status terbarunya. Dia juga berharap penjelasan ini dapat menjawab persoalan netizen mengenai kejadian misteri itu.



Baca lagi:



Sejak kes jadi viral, banyak mesej masuk. Tanya itu ini. Tak dan nak balas satu- satu. Yang komen macam2 pun ada. Terkoyak hati aku yang macam tisu nih. Huhuhu. Ni jawapan aku bagi. Lepas ni terpulang nak caya atau tak.



Kenapa akak yg minta tolong tu pakai macam bukan hantu? Macam bukan malaikat.Pakai legging, pakai kasut tumit tinggi bagai?



#‎Err.. Aku ade mention akak tu hantu ke?? Malaikat ke? Takde rasanya. Huhu. Derrr... Manalah aku boleh kawal dia nak pakai apa. Kalau dia pakai macam Mak Lampir, awal2 aku cabut oiii.. Lain cer jadinya. Ikut dia la nak pakai apa. Adeh...



Kau ni, takkan lah duit kat wiper tak nampak? Rabun ke apa?



#‎Memangaku rabun. Kemonnnn... Malam kot. Lampu jalan pun takde kat highway tu. Duit tu kecik kotttt..... Bukan kertas flyer org bagi iklan. Kalau kertas saman parking pun 2 -3 hari aku baru perasan, apatah lagi duit yg tersorok dari pandangan mata. Kedudukan duit tu terlindung dgn ketinggian dashboad meter, aku terpaksa jungkit sikit nak tengok apa yg ada kat wiper aku. ( aku ni ketot sikit. Hanya orang ketot faham perasaan aku. Hihi) dalam kepala aku time tu nak balik, pikir kelas esok. Tak dan nak usha sana sini. Ala.. Korang kekadang barang yang korang carik ada depan mata pun tak jumpa, apatah kes aku nih.



Kenapa duit tu tak terbang?



#‎Nikorang try sendiri. Letaklah kertas yg sama tebal dgn 20 keping duit rm50. Pastu p bawak kete, terbang tak? Ada yg terbang, ada yang tak terbang kan? Haa.. Ikut naseblah. Dah duit tu taknak terbang... Nak bt camne? Adeh~ aku sendiri pun pelikkkkk. (Kun faya kun) Ala kekadang flyer iklan tu , kite dah gerakan wiper pun masih tersangkut taknak gak terbang.



Apa aku buat dengan duit 1k tu?



#‎Apalagi... Berjoli lahhh. Hahah. Ops. Aku simpan. Tak berani nak guna. Duit tu masih lagi duit, takde tukar jadi daun.haha



Kata dah bagi semua duit , cukup ke duit utk tol?



#‎Aih... TnG kan ada. Aku pengguna TnG yg tegaaaaarr. Huhu. Kemungkinan aku akan upgrade guna smartag pasni. LOL



Dah tu, kata akak tol yg tegur. Belit lah cerita kau ni!



#‎Laa... Memangla akak tol yg tegur. Aku kat lorong TnG , tetibe akak tu melintas. (Jangan tanya aku sebab apa dia melintas. Aku tak tahu derrr, maybe tukar shift kot. Alaa korang takkan tak biase tengok pkerja tol melintas masa korang tengah bayar tol) akak tu pandang aku, then pandang kat wiper aku. Then dia tegurlah. Aku kene menjungkit nak tengok apa kejadah kat wiper aku tu. Orang kurang tinggi katakan....



Siapa yang letak duit tu?



#‎Adehhh.............aku taktahu derrrrr.... No clue. Hantu ke, manusia ke, malaikat ke. AKU TAK TAHU derrr... Semua kuasa Allah. Tu pun nk pertikaikan lagi? Adeh. Tak semua benda boleh explain.



Kau ni, tak payahlah uplod benda2 camni. Riak tahu tak riak!



#‎Wakluuuderr... Aku takde niat nak beriak-riakan. Huhuhu. Aip... Bersangka baik. Benda pelik kot. Ambik jela sbagai pengajaran. Jangan negatif sgt derr... Chill derr.... Chilllllll. Huu.



Ok, senyum... Jangan kerut2. Tak percaya takpe. Orang yg lalui je faham. Kuasa sedekah. Cubalah buat. Korang akan rasa keajaiban tu sendiri. Percayalah~



#‎senyumtusedekah



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri









'SAYA DAH 8 TAHUN MAKAN TAIK. TAIK PEREMPUAN SEDAP MENJILAT JARI'







GUANGDONG - Seorang lelaki usia 20'an dikesan kerap memasuki tandas wanita di sebuah pusat beli belah di daerah Pengjiang di bandar Jiangmen.



Menurut pengawal keselamatan pusat beli belah itu, lelaki itu kerap dilihat mengunjungi tandas semenjak awal tahun ini.



"Dia pergi ke tandas wanita di tingkat dua untuk mencari najis untuk dimakan. Kebiasaannya dia datang di antara jam 8 pagi ke 10 pagi dan 3 petang," kata pengawal keselamatan itu yang mendedahkan lelaki itu masuk ke tandas wanita yang telah digunakan tetapi tidak dipam.



Kehadiran lelaki itu dengan selera peliknya, menimbulkan rasa kurang senang pengunjung wanita di pusat beli belah tersebut.



Menurut doktor di Hospital Jiangmen, lelaki itu berkemungkinan menghadapi masalah mental.



Difahamkan, kesemua tandas wanita di pusat beli belah itu telah ditutup dan orang ramai mendesak agar kerajaan membantu merawat lelaki terbabit.



Seorang wartawan sempat bertemu dengan lelaki itu di sebuah tandas wanita dan cuba mengetahui apa motif sebenar memakan najis wanita.



Wartawan: Apa yang awak buat di sini?

Pesakit: Makan tahi.

Wartawan: Apa? Apa yang ada di tangan awak?

Pesakit: Saya makan tahi bila saya lapar.

Wartawan: Tapi kenapa awak pilih untuk pergi ke tandas wanita?

Pesakit: Sebab tahi wanita lebih sedap.

Wartawan: Keluarga awak tak risau pasal awak?

Pesakit: Mereka semua dah mati.

Wartawan: Tak risau ke kesihatan terjejas?

Pesakit: Saya dah makan tahi 8 tahun. Malah rasa semakin cergas selepas makan tahi.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri